Pada PRU-13 lalu, Saifuddin Abdullah merupakan watak yang paling hanyir, paling biadap dan paling tidak diperlukan tetapi masih diberikan peluang kerana pujuk rayunya yang sangat hebat untuk dia kekal menjadi calon Barisan Nasional di Parlimen Temerloh. Biarpun menyedari yang dia tidak akan mendapat sokongan dan Barisan Nasional akan kalah di kerusi tersebut sekiranya dia menjadi calon, Saifuddin Abdullah tidak peduli kerana matlamat utamanya, bukanlah untuk memenangkan Barisan Nasional tetapi untuk memastikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Anwar Ibrahim adalah idola terbesar Saifuddin Abdullah.
Selepas kalah memalukan kepada Nasruddin Hasan Tantawi di Parlimen Temerloh pada PRU-13, sekali lagi Saifuddin Abdullah berjaya menempatkan dirinya dalam hierarki kepimpinan menerusi peranannya mengetuai sebuah entiti yang cuba meminimakan sifat konservatif UMNO menjadi lebih liberal yang sebenarnya dibawa secara menyeleweng oleh Saifuddin Abdullah menerusi sokongan kepada nilai-nilai yang tidak bermoral, sama ada dari segi agama, bangsa mahupun nilai-nilai moral.
Sokongannya kepada kumpulan LGBT, perusuh, anarkis, bahkan kepada subversif yang cuba merosakkan akidah umat Islam di negara ini, sudah banyak kali dikecam oleh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian.
Justeru apabila dia menyatakan tidak bersetuju dan menentang keras penangkapan warga kerja penting The Malaysian Insider, yang merupakan milik Tong Koii Ong, kroni terbesar Anwar Ibrahim, itu adalah sifat sebenar parasit Saifuddin Abdullah.
Telah terbukti, The Malaysian Insider bukan sahaja melakukan pemberitaan fitnah tetapi turut memberikan gambaran tidak benar tentang negara ini dalam usaha memastikan kuasa beralih kepada Pakatan Rakyat. Fitnah The Malaysian Insider ke atas badan-badan berkuasa, termasuklah PDRM, JAKIM, malah yang terbaru, Majlis Raja-Raja seharusnya membolehkan Kerajaan Malaysia mengambil tindakan lebih keras dan tegas sepertimana yang diamalkan di Singapura ke atas The Malaysian Insider dan pemiliknya.
Membaca tulisan Saifuddin Abdullah yang cuba menggambarkan dia adalah seorang ahli politik matang, memang membolehkan kita ketawa. Walaupun dikatakan sebagai pemimpin UMNO, hakikatnya Saifuddin Abdullah tidak memberikan kebaikan walau secuit pun kepada UMNO sebaliknya berusaha menjahanamkan UMNO dari dalam sepertimana DAP lakukan kepada PAS menerusi penubuhan PASMA. Bezanya, Saifuddin Abdullah ditanam oleh Anwar Ibrahim untuk terus menjadi dedalu kepada UMNO dan UMNO pula tidak boleh berbuat apa-apa kepadanya kerana UMNO terlalu lembut dan lembik.
Tidak hairanlah mengapa pengundi-pengundi di Temerloh yang lebih mengenalinya kerana masalah peribadinya, enggan menjadikan dia sebagai Ahli Parlimen mereka pada PRU-13 lepas. Tidak hairanlah juga bagaimana janji pengundi-pengundi Parlimen Temerloh, sekiranya dia kekal sebagai calon, UMNO-BN akan kehilangan kerusi.
0 comments:
Post a Comment