Hakikatnya, ia adalah berita lama dan menggunakan grafik lama yang diubahsuai dengan memasukkan tarikh pada hari ini.
Oleh kerana yang disandarkan membuat fitnah adalah akhbar Sinar Harian, akhbar milik Karangkraf itu segera mengeluarkan siaran penafian.
Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed berkata, pihaknya mengesan penyebaran keratan artikel bertajuk ‘Harga RON95, diesel naik 20 sen bermula esok’ sejak awal pagi tadi selepas menerima panggilan telefon daripada pembaca bertanyakan tentang kesahihan perkara ini.
“Sebenarnya artikel berkenaan telah disiarkan Sinar Online pada 2 September 2013 selepas kerajaan memperkenalkan rasionalisasi subsidi.
“Artikel itu juga disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp telah diubahsuai dengan meletakkan tarikh hari ini iaitu 7 April 2015,” katanya. (SUMBER)
Apa lagi sinar, pergi la buat laporan polis. Takkan nak diamkan diri siapa yang menipu menggunakan nama Sinar Online tu...
ReplyDeletekalau tak buat laporan polis bermakna akhbar ni pun nampak bersekongkol dgn pembangkang haramjadah ler....
ReplyDeleteHanya yang bodoh dan pemalas akan percaya dengan berita bodoh pakatan sesat. Kalau rajin tengok-tengok harga minyak mentah dunia akan tahu sejauh mana aliran harga pasaran dunia. Satu lagi kerajaan sudah beritahu akan buat adjustment harga minyak runcit on monthly basis. Ini lah kaum yang pemalas dan asyik nak caya cai2 peliwat.
ReplyDelete