Sebelum itu, DAP mensensasikan isu Bible berbahasa Melayu yang dirampas oleh pihak berkuasa di Semenanjung dengan mengapi-apikan masyarakat pengundi Kristian di Sarawak, kononnya Kerajaan Barisan Nasional tidak membenarkan kaum Kristian pribumi membaca Bible dalam Bahasa Melayu sedangkan peruntukan Perlembagaan amat jelas tentang 'keistimewaan' tersebut bagi penduduk dan rakyat Sabah serta Sarawak.
Akhirnya DAP 'menang besar' buat kali pertama dalam sejarah Pilihanraya Negeri Sarawak.
Kini, nampaknya isu tersebut kembali muncul.
Kalau dahulu, mubaligh-mubaligh Kristian dilaporkan berkeliaran di kawasan-kawasan perumahan di Selangor, bahkan dalam satu kes, turut berkempen di hadapan sekolah, taktik yang sama juga kini diulang. Cuma pada waktu itu, mubaligh-mubaligh tersebut datangnya dari Korea, Jepun dan Taiwan, kali ini dilaporkan, sudah ada mubaligh berkulit putih.
Menurut Perlembagaan Persekutuan terutama sekali dalam Artikel 11 Fasal 4 menyatakan:
Undang-Undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang mengauti agama Islam.
Insiden ini sebenarnya kalau diperhatikan betul-betul sebenarnya bertujuan untuk memancing publisiti dan mensensasikan emosi terutama sekali di kalangan umat Islam. Sebarang reaksi negatif yang ditunjukkan oleh umat Islam, mahupun pihak berkuasa, akan digunakan oleh pihak tertentu sebagai modal kempen di Sarawak terutama di DUN-DUN bermajoritikan umat Kristian.
Apa yang berlaku di Semenanjung membabitkan Kristian-Islam, akan diimport ke Sarawak sebagai modal politik. Disokong dan didokong pula oleh kumpulan-kumpulan seperti S4S dan SSKM, isu ini pastinya akan disensasikan untuk menunjukkan betapa perlunya umat Kristian Sarawak menolak parti pemerintah sekarang kerana amalan agama mereka sedang diancam.
Maka, berhati-hatilah...
0 comments:
Post a Comment