Pada petang tu juga saya ride lalu highway itu dan telah menjumpai satu objek di tgh highway dipercayai sebahagian dahan pokok yg jatuh dari lori. beratnya lebih kurang 5 kg. mcm mana andai malam dan tidak nampak objek tersebut? tidakkah sy masuk paper hari ini?
Setiap tahun, pada hujung tahun Ketua Pengarah JPJ akn mengumumkan statistik bilangan kemalangan serta kematian tahun tersebut dan juga langkah2 Beliau ingin menanganinya. Mcm tahun lepas Ketua Pengarah ada sebut yg Beliau ingin 10 716 org mati menjelang tahun 2020. (Video ada pada saya dan juga dlm youtube).
Yg paling lawak di sini, Operasi yg paling kerap dilakukan adalah operasi berfokuskan
1. Nombor Plet
2. Ekzoz
3. Lampu2 Tambahan
4. Tinted
5. Visor Gelap
6. Footrest
Ya saya xpernah ke sekolah engineering, sy x bljr aerodynamics dan seangkatan, tetapi tanpa semua ilmu itu sy yakin ianya bukan punca kemalangan. Adakah anda nak tahu punca2 sebenar?
Statistik dan org rmai juga menyatakan yg kemalangan selalunya melibatkan motosikal ( majoriti kes kemalangan). Inilah punca2 utama.
1. Keadaan jalan tidak sekata, berkawah, berlubang, berpasir, berbatu bsr.
2. Tiada lampu jalan di kwsn2 kerap berlaku kemalangan. ( Selekoh tajam, bonggol) Untuk pengetahuan semua banyak kawasan highway Utara Selatan yg langsung tiada lampu jalan.
3. Driver2 yg tidak tahu menggunakan signal ketika ingin membelok.
i - Tiada Signal
ii - Signal Terus Belok.Tidak tahu menggunakan cermin sisi dahulu.
iii - Sambil Belok Sambil Signal.
iv - Signal kanan belok kiri.
4. Kenderaan2 lain yg bygkn diri mereka glow in the dark. 8, 9 , 10 malam pun drive xbuka lampu.
5. Kenderaan2 dibenarkan menggunakan tayar celup oleh agensi2 yg sepatutnya membantu mengurangkn kadar kemalangan serta membantu memastikan keselamatan pengguna jalanraya.
6. Kenderaan2 dibenarkan "Overload" , atau membawa muatan yg tidak diikat, dibalut dgn betul dan selamat. Smpai brg2 jatuh ke jalan mcm dlm gmbr diatas.
7. Lori dan bas yg mcm F1 di highway.
8. Pemandu2 kenderaan bsr kerja melebihi had jam yg dibenarkan. (lori/bas).
9. Pemandu2 mabuk.
(slalu buat roadblok siang2 memang xjumpa la org mcm tu kn. lol)
10. Pemandu/penunggang yg dirve/ride dengan cara tidak selamat.
Kami guna ada sebab. Kalau nk berdebat saya bersedia. Kes ini saya dah fight di mahkamah tahun 2015.
1. Nombor Plet
Nombor plet kcil or shining menyukarkan kita kesan andai berlaku kecurian, ragut dan sebagainya. Yes benar. Namun pada kepingan plet kadang ada satu logo Yamaha pun saman? apa cerita ni? bukan lekat atas huruf dan nombor.
2. Ekzoz
Ekzoz disaman ats kesalahan ubahsuai ekzoz. bising la kononnya. Pernah dgr Harley Davidson? Sunyi sepi ke ekzoz asalnya? Bising kan? Jd adakah asas saman itu masih merujuk kepada bunyi? Tahukah anda ekzoz sgt2 mampu mnyelamatkn nyawa? Kes ini yg saya fight habis habisan di mahkamah 2015.
3. Lampu2 Tambahan
Motosikal ada berapa lampu di belakang dan dpn? 1 je kn? Andai kata blow lampu tersebut, mcm mana?bygkn malam.. nk stop perjalanan tnggu smpai pagi? nk call plus tlg tkrkn lampu? nk repair sndri tgh highway malam2? tapi andai ada lampu extra, led extra, tidakkah rider tersebut masih kelihatan walaupun blow 1 lampu?
4. Tinted
Tinted gelap kononnya bnyk jenayah berlaku dan lain2. yes ok, ada benarnya. tapi yg x gelap, dah brapa kes kna pecah di lampu isyarat? dah brapa kes handbag, laptop dan lain2 brjaya dilarikan, nk letak di bwh? xnampak ke letak di bwh? nk letak handbag di boot?? logik ke? bnyk kebaikkan ke keburukkan tinted ni?
5. Visor Gelap
visor gelap memang kadang digunakan sewaktu merompak. namun xsmestinya sorg salahguna semua haramkn.
Yg kluarkn statement ni sememangnya mat kereta dan xpernah ride jauh. klau ride ke pasar tidak dikira ride k. ride jauh, silau, matahari terpacak dpn mata, xbahaya ke? x burn ke muka andai clear visor? depa mana tau, dduk dlm keta tinted ada aircond ada. kami x kaya.
6. Footrest
Bygkn dduk dgn keadaan kaki 90 darjah berjam jam. xlenguh ke? footrest dicipta dgn angle kedudukan kaki yg selesa untuk rider2. kalau 90 darjah je msti kurang selesa andai ride jauh. (xsemua org rsa mcm tu, lain org lain rasa).
mana datangnya bahaya item tersebut?
Lupa nk mention. apabila sy upkn isu2 ni di Page Utama Jpj , Saya diblock je. Mcm ni ke satu organisasi bsr hndle pertanyaan? ke memang dah kehabisan peluru. oops jpj mana ada peluru lupa pulak.
Jadi di sni sy nk bg cadangan pada organisasi2 terlibat, Tlglah, nk buat kerja tu buatlah tp fikir fikirkan dulu apa yg dikuatkuasakan, apa yg disaman, apa tujuan dan asas operasi. Jgn dgr je kata2 org atas. Kita diberi akal untuk berfikir sndri dan untuk kita bndingkn baik buruk. Jgn pentingkn KPI,Target. Hari ini kita buat kt org, esk mana tahu.
Andai ada yg berminat, saya ada lagi satu posting berkenaan saman ekzoz di wall saya. andai free boleh la tgk2kn. Tq.
Sekian
Jeremy Ng
Lori laju bas laju kereta laju. Tangkap & daman
ReplyDeleteAda asas...TERBAEK Otak ko..cume diorang bole terima ke? Rasenya kita cume bole mengeluh dan bising...diorang tetap cam tu jugak.
ReplyDeleteTerbaek ape nye.. ntt geng pemandu bas lori plak komplen apesal JPJ sibuk saman diorang kes tak pasang terpan, tayar botak bla2..tp biarkan pemandu kete memandu mcm pelesit dan setan??
ReplyDeletemoralnya JPJ dan Polis jgn bagi muka kepada semua jenis kesalahan kenderaan, pemandu atau penunggang.. kerana ini akan jadikan mereka BEBAL dan BERLAGAK seolah2 kebal undang2.
Penunggang motor besar berlagak mcam mereka raja atas jalan.. mana ada peduli speed limit atau kenderaan lain...tp sekali kena terpelanting mampos mcm katak.. dh tak de makna..
so kesalahan JPJ dan Polis ialah tak ketat dan regular kuatkuasa undang2 mcm di negara maju. Polis JPJ buat kerja ikut musim dan ikut arahan Pengarah. Pengarah mereka pula mana faham masalah sebenar perangai pemandu di negara ini yg BEBAL dgn 1001 kebodohan memandu tak pro mana lagak samseng je lebih... ego mengalahkan SUltan bila di atas jalan... bila eksiden org yg tk bersalah jadi mangsa.
Cermin gelap jga jgn kompromi. USah dibodohkan dgn ayat2 riders atau pemilik keta yg bebal ini. Cermin gelap yg tidak iku specs punca macam2 jenayah.
No plt mesti ikut specs. Tgk plet kete SIam. ade ke fancy2 huruf besar kecik fancy mcm Malaysia? Kalau kesalahan kecik pn JPJ Polis tak boleh betulkan.. jgn haraplah boleh cegah masalah kemalangan tinggi dan jenayah menggunakan kenderaan.
Itu belum lagi citer pasal 4wd sp Hilux, Ranger yg memandu mcm PEMBUNUH.. mengangkutan barang seludup, dadah, curi lembu, kabel dgn kenderaan bercermin gelap.
Jgn jadi rakyat yg bodoh.. kemalangan dh tak terkawal di Malaysia sehingga aku sudah takut nak memandu di jalan utama Malaysia...sbb ramai pemandu gila yg tidak di ambil tindaka segera dan tegas!
Syabas JPJ Polis. teruskan kerja anda...jgn tnduk dgn suara2 nyamuk.. !!
Saya setuju pendapat ini. Harap jpj dan agensi yg berkaitan pemanduan di jalanraya ini dapat mengambil kira .ini harapan kami pengguna jalanraya.terima kasih kepada jeremy ng.
ReplyDeleteMemang mereka perlu buka pintu kepada keluhan pandangan pengguna jalanraya....tolongla ambil perhatian.
ReplyDelete