Pihak berkuasa seperti JAKIM sendiri telah mengesahkan bahawa 'daging babi' yang disiarkan itu sebenarnya adalah 'kambing biri-biri' yang telah diproses. (RUJUK SINI)
Sensitiviti yang bukan-bukan, telah memudahkan pelbagai fitnah melanda di negara ini. Isu daging babi dijual secara terbuka, amat mudah diterima tanpa sebarang usul periksa. Malah berita tersebut turut dikongsi dan disebarkan tanpa sebarang usul periksa.
Semuanya dibuat kerana sensitiviti dan cubaan menaikkan sentimen.
Kenapa ramai sangat suka share dosa? Dosa sendiri dah tak ada ke maka nak tambah dengan klik share cerita yang tidak sahih kebenaran.
Pernah anda lihat frozen lamb? Biri-biri agak gemok dari kambing. Malaysia memang import biri-biri frozen tetapi TIDAK import babi frozen.
Lihat apa chef Fidze Rahman ni kata, " Maaf : kalau sy mencelah sikit.....sy seorang chef di hotel kl hampir 20thn,utk makluman semua itu adalah whole lamb carcase dr negeri aust,cuba anda perhatikn kain membalut lamb itu ada tulisan merah,tulisan merah itu adalah lebel dr negeri ia dtg,tarikh di sembelih,expire date,berat dan tanda ia telah di inspection di australia,sy menggunany setiap hari di hotel sy bekerja,klau anda biasa mkn di hotel apabila ramadhan anda akan dpt lihat kambing panggang jd itu lah bentukny,klau anda ke NSK ia akan di jual dlm bentuk part by part kambing,ini bermakna lamb atau pun mutton carcase yg anda lihat itu belum di potong part by part lagi..."
Saya ni cuma berpesan kerana kita ni beragama Islam. "Demi masa manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."
Sekadar berikan nasihat. Sebelum kita share sesuatu, pastikan apa yang kita share tu perkara yang benar2 jelas dan betul.
Saya tidak menyalahkan sesiapa, cuma takut2 kita tersebar fitnah jika ia tidak benar..
Sudah siasatkah gambar itu benar2 babi? Bukan biri-biri yang diimport?
Malaysia tidak import frozen babi, kerana Malaysia pengeksport babi keluar negara. Untuk eksport pemotongan tidak dilakukan dipasaraya tetapi dikilang.
Malaysia memang pengimport biri-biri frozen. kambing agak kurus, tetapi biri-biri memang gemok.
Jika itu babi sepatutnya laporkan ke JAKIM, bukan sebarkan di fesbuk jika kita seorang yang benar2 bertanggung jawap.
Mohon maaf jika teguran saya ni salah. -sumber:fb
0 comments:
Post a Comment