Parti-parti komponen dalam Barisan Nasional yang aktif di Semenanjung dan Sabah, tidak terlibat di Sarawak. Sebaliknya obor dan panji-panji Barisan Nasional digalas utama oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai oleh Adenan Satem, yang juga merupakan Ketua Menteri Sarawak.
UMNO tidak wujud di Sarawak. Dan UMNO juga tidak memainkan peranan utama di Sarawak, sekalipun sepanjang kempen, ramai pemimpin UMNO yang turun membantu kempen Barisan Nasional di Sarawak.
Momokan oleh DAP dan PKR tentang UMNO di Sarawak, secara tidak langsung berbalik ke batang hidung mereka sendiri kerana DAP dan PKR merupakan parti-parti Semenanjung @ Malaya yang sedang mencari kuasa di Sarawak.
Walaupun Chong Chien Jen, Pengerusi DAP Sarawak menyatakan bahawa DAP Sarawak adalah berbeza daripada DAP di Semenanjung, hakikatnya ia adalah pembohongan semata-mata kerana berbanding Chong Chien Jen, kuasa sebenar DAP Sarawak, masih di tangan Lim Guan Eng yang merupakan orang yang terpalit dengan skandal tanah dan penyelewengan kuasa di Pulau Pinang.
Pertandingan sesama sendiri membabitkan DAP-PKR di DUN-DUN tersebut, pastinya akan memberikan ruang yang lebih besar kepada Barisan Nasional. Dendam antara PKR dengan DAP, membuatkan mereka saling tuding-menuding dan salah menyalah serta menuduh pihak lain sebagai 'perampas' dan 'pemungkir janji', pastinya akan memberi ruang dan peluang kepada calon-calon Barisan Nasional yang sudah lama bekerja untuk rakyat di kawasan tersebut berbanding calon-calon PKR dan DAP yang hanya muncul pada musim pilihanraya.
'Perang' antara parti-parti politik tempatan Sarawak dengan parti-parti politik yang berasal dari Semenanjung @ Malaya yang rakus memburu kuasa, tanah dan balak, pasti akan menelurkan situasi yang pelik tetapi menarik.
Namun yang pastinya, keagresifan dan kebiadapan parti-parti politik dari Semenanjung yang sedang memburu kuasa, balak dan tanah di Sarawak itu, mungkin sedikit terencat kerana masyarakat pengundi di Sarawak, tidaklah sebodoh dan senaif sebagaimana yang mereka sangkakan!
klu rkyat sarawak tolak dap yg paling sedih ialah pan...parti kesayangan dap.
ReplyDeleteSeorang lelaki asnaf fakir miskin. Berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.
ReplyDelete