Bagaimanapun, selepas namanya disebut-sebut dan bakal menjadi calon mewakili DAP di Pilihanraya Negeri Sarawak, Dr. Ting kemudiannya menggugurkan kerakyatan Australia pada 4 April 2016 iaitu sebulan sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak pada 8 Mei tahun lepas.
Disebabkan itulah, menurut Pengerusi DAP Sarawak yang tidak fasih berbahasa kebangsaan, juga tidak boleh menyanyikan lagu Negaraku serta langsung tidak tahu tentang Prinsip Rukunegara, Chong Chien Jen berkata, DAP akan membawa isu perlucutan jawatan tersebut ke mahkamah.
DAP mahu mahkamah mengembalikan jawatan ADUN Pujut kepada Dr. Ting Tiong Choon kerana menurutnya perlucutan jawatan tersebut merupakan 'satu perlanggaran semangat perlembagaan Malaysia'.
Perkara 24 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan;
"Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa seseorang warganegara telah memperolehi kewarganegaraan mana-mana negeri luar Persekutuan dengan cara pendaftaran, masukan atau perbuatan lain yang sengaja serta menurut peraturan (lain daripada perkahwinan), maka Kerajaan Persekutuan boleh dengan perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu."
Dengan kata lain, bermula dari 20 Januari 2010 lagi, Dr. Ting Tiong Choon sudah tidak ada apa-apa hak di Malaysia, termasuklah hak untuk mengundi apatah lagi menjadi calon pilihanraya kerana status kerakyatannya di Malaysia telah gugur secara automatik.
Justeru, ikrar Chong Chien Jen dan Lim Guan Eng bahawa mereka akan memanipulasikan undang-undang serta institusi mahkamah di negara ini bagi membolehkan seorang penderhaka dan pengkhianat seperti Dr. Ting kembali menikmati hak-haknya selaku warga negara Malaysia, sebenarnya menunjukkan perangai dan niat jahat DAP ke atas negara ini.
Seharusnya, bekas ADUN Pujut itu perlu menjalani proses kembali mendapatkan kerakyatannya yang telah hilang secara automatik pada 20 Januari 2010, bukannya mereka membawa kesnya sehingga ke Mahkamah Persekutuan untuk membolehkan pengkhianat dan penderhaka seperti Dr. Ting bermaharajalela dan berbuat apa-apa sahaja di negara ini.
Apatah lagi dengan dua kes muflisnya di Australia, kepulangan Dr. Ting ke Malaysia dan pengguguran status kerakyatan Australianya itu sendiri boleh dipertikaikan.
Dulu pengundi hantu sekarang wakil rakyat Hantu.
ReplyDelete