POLIS SABAH Siasat Dakwaan Lima Lelaki Bersenjata Menceroboh Lahad Datu

Tuesday, 16 May 2017

Polis Sabah sedang menyiasat laporan seorang pekerja ladang yang mendakwa terserempak dengan lima orang lelaki yang memakai pakaian celoreng dan lengkap bersenjata yang mendakwa ingin 'menyelamatkan' orang di Sabah.

Berdasarkan laporan, pekerja ladang berkenaan mendakwa kelima-lima orang lelaki yang berceloreng dan lengkap bersenjata itu dilihat berada berhampiran sungai di FELDA Sahabat 2, Lahad Datu. Laporan berkenaan dibuat oleh seorang pekerja ladang berusia 52 tahun di Balai Polis Cenderawasih.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci bagi menyiasat dakwaan pekerja ladangn berkenaan. Menurutnya lagi, polis telah dan sedang melakukan siasatan dari pelbagai aspek berhubung laporan pekerja ladang itu. 

Berdasarkan laporan itu, pekerja ladang berkenaan mendakwa terserempak dengan lima individu terbabit pada 30 April lalu ketika membersihkan kebun pisang di tebing sungai ladang berkenaan. Difahamkan laporan itu juga menyebut dua daripada lelaki terbabit yang menyedari kehadiran pekerja ladang itu telah memberitahu kehadiran mereka bukan untuk menyusahkan sebaliknya bagi menyelamatkan orang Sabah. 

Pekerja ladang yang sudah tinggal di Sabah semenjak 2010 itu juga mendakwa, kumpulan tersebut membawa dua laras mesingan M60, dua laras M16 dan satu laras M14. Dia bercakap dengan dua daripada lelaki berkenaan dalam bahasa Tagalog. Daripada perbualan itu, pekerja ladang itu melaporkan, lima orang terbabit mendakwa mereka adalah sebahagian daripada 37 orang yang datang melalui jalan laut.

Dia kemudiannya dibenarkan untuk meninggalkan ladang berkenaan dan tidak dicederakan. 

Pesuruhjaya Polis Sabah berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan dan meminta agar orang ramai tidak panik. Polis juga memberi jaminan, keadaan di Sabah masih dalam keadaan selamat dan dia meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang perkara berkenan.

Pada Februari 2013, kumpulan bersenjata yang diketuai oleh Sulu Force Royal menceroboh Tanduo di kawasan Felda Tungku sebelum operasi besar-besaran dilancarkan untuk mengusir mereka.

0 comments:

Post a Comment

POLIS SABAH Siasat Dakwaan Lima Lelaki Bersenjata Menceroboh Lahad Datu

Tuesday, 16 May 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks