SIRI 2 SKANDAL EMPANGAN BAKUN: Kedudukan Istimewa EKRAN BERHAD dan TING PEK KING Yang Kepakaran Mereka Hanya Bersihkan Balak

Thursday, 31 December 2015 | 0 comments

Adakah anda masih ingat akan kisah Empangan Bakun? Jika ada yang telah terlupa, saya ingin memberikan anda peluang untuk mengimbau kisah tersebut. Empangan Bakun adalah sebuah empangan berskala besar yang bertujuan untuk menjanakan tenaga elektrik menggunakan teknologi elektrik hidro.

Pada tahun 70′an, telah terdapat sebuah empangan bersaiz besar iaitu Empangan Temenggor di Perak yang dibina dimana bermanfaat menjanakan sehingga 384 MW tenaga elektrik. Empangan Temenggor dibina dengan cara mengepung air sungai yang menyebabkan kawasan berhampiran ditenggelami air sehingga membentuk Tasik Temenggor (Tasik Banding). Teknik yang digunakan ini amatlah tidak mesra alam dimana kemusnahan hutan secara kekal telah berlaku.

Kemudian pada awal tahun 1990 pula Tenaga Nasional Berhad membina satu lagi empangan yang tidak mengganggu alam sekitar dimana aliran air sungai disekat dan dipindahkan kedalam satu sistem terowong bawah tanah yang canggih (stesen penjana hidro terletak di dalam tanah) yang dikenali sebagai Empangan Sg Piah di Sungai Siput Perak. Empangan ini bina dengan oleh Ret Ser Engineering Agency (Ret Ser) serta Kerjaya Balfour Beatty Cementation (KBBC) International dengan kawalselia sebuah syarikat dari Kanada (Shawinigan-Lavalin). Empangan ini berjaya menjanakan tenaga elektrik sehingga 54 MW pada Sg Piah Lower Power Station dan 14.6 MW pada Sg Piah Upper Power Station.

Projek Empangan Sg Piah sememangnya berjaya dan menjadi satu model kepada sebuah lagi empangan iaitu Empangan Pergau di Kuala Yong, Kelantan. Namun pembinaan Empangan Pergau tercalar dengan satu insiden peringkat antarabangsa yang mana melibatkan Kerajaan Britain dan Malaysia. Empangan Pergau yang menjanakan kuasa sehingga 600 MW telah menjadi satu insiden yang memalukan kerajaan Margaret Thatcher kerana nilai bantuan sebanyak 234 Juta Pound untuk projek tersebut adalah datangnya dari perbuatan “tumbuk rusuk” (rasuah) dalam pembelian jet pejuang Hawk yang bernilai 1.3 Bilion Pound pada bulan March 1988. Pada November 1994, Mahkamah Tinggi Britain telah menetapkan bahawa tindakan menyalurkan 234 Juta Pound tersebut (oleh Setiausaha Luar Britain Douglas Hurd) adalah salah dari segi undang-undang British.

Teknik pembinaan yang sama juga digunakan sebahagiannya untuk membina sebuah lagi empangan di Sarawak iaitu Empangan Bakun. Rekabentuk empangan tersebut menggabungkan kedua-dua konsep empangan iaitu Empangan Temenggor dan Empangan Pergau. Namun kos yang dicadangkan untuk membinanya amatlah tidak rasional kerana bernilai lebih dari 7 Bilion Dolar yang mana secara tidak langsung akan menyebabkan ianya akan menjadi empangan yang paling besar di Asia Tenggara (2400 MW janaan elektrik). Konsesi pembinaannya diberikan secara terus kepada Konsortium Ekran Berhad yang juga dianggotai oleh Kerajaan Sawarak, TNB, SESCO, MMC dan beberapa syarikat lain. Ekran Berhad pula kemudiannya dengan keizinan Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat Asea dari Sweden dan Brown Boveri dari Switzerland (yang akhirnya membentuk syarikat ABB) untuk menyelia dan menjalankan kerja kejuruteraan dan agihan tenaga pada bulan Jun 1996.

Pihak ABB pula telah meminta sebuah syarikat iaitu Companhia Brasileira de Projetos e Obras (CBPO) dari Brazil untuk menjalankan kerja-kerja kejuruteraan awam, malah projek ini dijalankan dengan seliaan perundingan dari syarikat Lahmeyer dari Jerman dan Harza dari Amerika Syarikat.

Atas bantahan beberapa pihak termasuklah aktivis alam sekitar dan kegawatan ekonomi 1997, projek Empangan Bakun ini terhenti sehingga menyebabkan pihak ABB telah membuat “write off” sebanyak 100 Juta Dolar atas suku ketiga akaun mereka. Pada Disember 1997, Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa itu) telah mengeluarkan arahan supaya pemberhentian semua projek mega demi untuk menyelamatkan aliran tunai dan kewangan negara.

Pada penghujung 1999 projek Empangan Bakun ini dimulakan semula dengan segala beban diletakkan dibawah Tenaga Nasional Berhad (TNB).Malah beberapa siri pembayaran pampasan telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia kepada Bakun Hydroelectric Corp (diketuai oleh Ekran Berhad) sebanyak lebih dari 250 Juta Dolar. Namun kemudiannya projek tersebut terhenti sekali lagi sehingga diambil alih oleh Kumpulan Sime Darby Berhad dengan kerjasama dari Malaysian China Hydro Consortium pada Ogos 2003. Malah sebuah konsortium lain iaitu Gulf International Investment Group (GIIG Capital) juga telah meletakkan deposit sebanyak 500 Juta Dolar untuk mengambil 60 % kepentingan dalam empangan ini.

Kini Empangan Bakun diserahkan pula kepada Synergy Drive Berhad (November 2007) sebagai usaha (kononnya) untuk mengerakkan projek berskala mega yang beberapa kali terbengkalai ini. Projek ini sejak dari awal lagi tidak pernah menepati keperluan alam sekitar (EIA) dan membahayakan kepentingan kaum Penan di Sarawak.

Dari apa yang dapat kita lihat, kemungkinan Synergy Drive Berhad akan membuat beberapa siri pembayaran pampasan lagi kepada beberapa pihak yang seterusnya menunjukkan bahawa tindakan ini tidak lebih dari satu usaha untuk mengaburi mata rakyat akan satu proses “bail-out” sekali lagi. Malah kini dengan dana yang amat besar adalah dikhuatiri Synergy Drive Berhad akan menjadi seperti Khazanah Nasional atau Danaharta yang memungkinkan akan menyebabkan rakyat (secara umumnya) akan menjadi rugi sekali lagi.

Yang pastinya pihak yang akan untung dalam insiden Empangan Bakun ini tidak lain dan tidak bukan ialah Ekran Berhad dan beberapa kroni yang berkaitan. Nilai pampasan yang telah mereka terima selama ini sebenarnya tidak wajar diberikan kepada mereka jika dibandingkan dengan kerja yang telah mereka lakukan.

Jika salah percaturan Synergy Drive Berhad akan pastinya terjual kepada pihak lain seperti yang pernah saya tulis dalam artikel sebelum ini. Temasek Group memang menunggu peluang dengan meletakkan beberapa orang kepercayaan mereka didalam beberapa industri tempatan dan bersedia untuk memindah-milikkan aset dan kepentingan Synergy Drive Berhad pada bila-bila masa. Malah proksi Temasek Group kini dikenalpasti telah berada didalam Synergy Drive Berhad.

SIRI 1 SKANDAL EMPANGAN BAKUN : LAPORAN POLIS OLEH ANWAR IBRAHIM

Laporan Anwar pada 12.11.1999 di Balai Polis berhubung dengan skandal Projek Empangan Bakun.

TUN HS LEE 30375/99
12.22 tengahari, 12 Nov 1999

Laporan Polis
Mahkamah Persekutuan
K. Lumpur

Saya ingin mengemukakan dokumen surat-surat dari Tan Sri Ting Peck King kepada Tun Daim Zainuddin dan kepada Dato' Seri Dr Mahathir Muhammad serta nota arahan Dato' Seri Dr Mahathir kepada saya selaku Menteri Kewangan supaya segera meluluskan pembayaran kepada Tan Sri Tingtanpa mematuhi peraturan dan prosedur kewangan atau merujuk terlebih dahulu kepada Syarikat Juruaudit Price Waterhouse yang telah dilantik meneliti permohonan pampasan dari Syarikat Ekran yang menyelenggara pembinaan projek Empangan Bakun di Sarawak.

Permohonan bayaran gantirugi telah dibuat oleh Tan Sri Ting terus kepada Tun Daim meskipun beliau tidak berkaitan dari segi bidang kuasa atau otoriti meluluskannya. Permohonan juga dibuat terus kepada Dato' Seri Dr Mahathir yang sekali lagi membuktikan cara beliau mengendalikan projek-projek mega seperti Perwaja, Putrajaya dan KLCC. Projek Bakun telah beliau luluskan tanpa mematuhi Prosedur Penswastaan atau tender. Beliau melancarkan projek tersebut sebelum kabinet meluluskannya. Sapertimana juga dalam laporan polis saya yang terdahulu bersabit projek Perwaja, beliau menjalin perhubungan langsung dengan Tan Sri Ting dan mengenepikan kementerian dan agensi berkaitan. Kabinet hanya menggerakkan kemudiannya dan meminta saya mengawasinya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Bakun. Bahkan dalam kes permohonan pampasan tersebut sapertimana yang tertera dari surat-surat yang disertakan, saya diketepikan samasekali meskipun pada ketika itu saya adalah Menteri Kewangan dan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Bakun. Ketegasan saya serta keengganan meluluskan peruntukan dengan sewenang-wenangnya tanpa mematuhi peraturan kewangan dan dasar berhemat menyebabkan saya dicurigai.

Kepentingan terbesar projek Bakun dipegang oleh Syarikat Ekran yang dikuasai oleh sahabat karib Dato' Seri Dr Mahathir dan rakan seperniagaan Tun Daim iaitu Tan Sri Ting Peck King.. Rasip Haron, rakan perniagaan Tun Daim turut memegang ekuiti. Rasip Haron dan Robert Tan Hua Choon, seorang lagi rakan perniagaan Tun Daim menguasai syarikat Jasa Kita.Jasa Kita terlibat dalam skandal Saham STM (Telekom) kerana penyalahgunaan pengagihan saham yang kononnya diperuntukkan oleh Tun Daim ketika menjadi Menteri Kewangan kepada masyarakat India. Tetapi disebaliknya, saham-saham tersebut disalorkan kepada tiga syarikat yang mempunyai hubungan dengan Dato' Samy Vellu. Ini termasuk Syarikat Clearway di mana pemandu Robert Tan, Baharuddin M. Arip adalah pengarah Clearway dan Jasa Kita.

Syarikat Robert Tan lainnya, Spanco kemudiannya dengan secara terburu-buru mendapat kelulusan penswastaan kenderaan Kerajaan, oleh unit Penswastaan Jabatan Perdana Menteri. Perkhidmatan syarikat dipertikai sebagai lemah dan mengenakan kos yang mahal, bahkan saya telah meminta beberapa peruntukan perjanjian diteliti semula. Oleh kerana Tun Daim umumnya mempunyai kepentingan, segala teguran dan bantahan diketepikan oleh Dato' Seri Dr Mahathir.

Projek Bakun memerlukan dukungan penuh Kerajaan Negeri Sarawak. Maka syarikat Ekran telah mendapatkan penyertaan dua orang putera Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri iaitu Mahmud Abu Bakir dan Sulaiman Abdul Rahman sebagai pemegang ekuiti dalam Ekran dan Pacific Chemicals. Maka Ekran dengan mudah memperolehi konsesi ribuan hektar balak disekitar kawasan Empangan, meskipun masyarakat asli tempatan dan pertubuhan alam sekitar membantah keras. Selain itu, anak Dato' Seri Ling Liong Sik turut dilantik dalam pengurusan projek dengan ganjaran lumayan.

Dengan restu dan kelulusan Dato' Seri Dr Mahathir, keputusan dan projek serta kontrak diluluskan tanpa merujuk kepada Lembaga Pengarah Syarikat Bakun atau Kementerian Kewangan. Diketika itu, tatkala viabiliti projek dicurigai, Perdana Menteri telah mengarahkan supaya HICOM Holdings, KWSP dan TNB turut memegang ekuiti. Syarikat-syarikat tersebut bersama SESPO Sarawak terus-menerus membantah kerana Tan Sri Ting mengambil keputusan bersendirian "dengan persetujuan Perdana Menteri" " tanpa mendapat kelulusan Lembaga Pengarah terlebih dahulu. Kontrak dianugerahkan dengan sewenang-wenang kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ekran. Umpanya, Pacific Chemicals memperolehi kontrak pembalakan kawasan Bakun seluas hampir 20 000 hektar. FCW Holdings dijanjikan kontrak 4 billion ringgit pembinaan kabel submarine dasar laut yang turut melibatkn kepentingan syarikat anak Dato' Seri Dr Mahathir.

Tan Sri Ting Pek King - Pengerusi EKRAN Berhad

Dan akhirnya setelah nyata projek tesebut akan gagal dan buntu serta akan mengulangi pengalaman kerugian Perwaja yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan, saya menggunakan alasan krisis ekonomi yang melanda ketika itu untuk membatalkan projek tesebut. Lagi pun terlalu banyak keputusan didapati tidak telus dan menimbulkan masalah dengan Bursa Saham Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Sekuriti. Tindakan terhadap Ekran gagal diambil kerana perlindungan yang diberikan oleh Perdana Mentei dan Tun Daim. Pembatalan projek bukan sahaja menimbulkan kemarahan mereka berdua tetapi juga keluarga dan syarikat kroni yang berkepentingan.

Permohonan pampasan sebanyak 2.2 billion ringgit adalah keterlaluan sepertimana yang terpapar dalam surat Tan Sri Ting kepada Yun Daim bertarikh 11 Julai 98 (Eksibit Satu). Surat beliau kepada Dato' Seri Dr Mahathir menyebut mengenai pembayaran awal sebanyak 120 juta ringgit. Perdana Menteri dalam notanya bertarikh 12 Ogos '98 mengarahkan saya membayar tanpa merujuk kepada peraturan dan prosedur kewangan (Eksibit Dua).

Saya sedar bahawa beberapa laporan polis terdahulu beserta dokumen dan surat terutama yang melibatkan Dato' Seri Dr Mahathir dan Tun Daim tidak disiasat dan diambil tindakan. Seolah-olah pemimpin-pemimpin tersebut adalah kebal dari siasatan dan tindakan. Disebaliknya, pemimpin-pemimpin parti alternatif terdedah kepada tindakan dan tekanan berlebihan. Saya menggesa agar pihak polis berkhidmat secara profesional. Sekali lagi saya mengemukakan dokumen dan surat yang menunjukkan bahawa wujudnya percanggahan kepentingan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan Dato' Seri Dr Mahathir dan Tun Daim. Kami masih menunggu siasatan dan tindakan pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah.

Disertakan Eksibit Satu dan Eksibit Dua.
Terima kasih.

Wassalammualaikum WarahmatuLlah.

(tandatangan : Anwar Ibrahim)

ISU KERETANYA TIDAK DISELESAIKAN, LELAKI MENGAMUK DI PEJABAT JPJ PULA AKAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH!!!

Wednesday, 30 December 2015 | 2 comments

Lelaki yang menimbulkan kekecohan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Batu Uban, di sini yang rakaman video insiden itu menjadi viral semalam, akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata kertas siasatan berhubung rakaman video itu telah dikemukakan kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya (DPP) dan pihaknya telah mendapat arahan untuk mendakwa peniaga berusia 45 tahun itu.

"DPP telah meneliti kertas siasatan kes berkenaan dan mengeluarkan arahan mendakwa lelaki itu di mahkamah esok mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan rakaman video seorang lelaki yang berang menimbulkan kekecohan di pejabat JPJ itu menjadi viral selepas dikongsi semula di beberapa laman sosial antaranya Facebook semalam.

Video berdurasi empat minit menerusi akaun dipercayai milik peribadi lelaki atas nama Amin Beyond itu memaparkan dia sedang naik angin selepas mendakwa tidak boleh memperbaharui cukai jalan keretanya.

Mior Faridalatrash berkata berdasarkan siasatan polis, kejadian dalam rakaman video yang tersebar sejak semalam itu berlaku kira-kira pukul 4.45 petang 26 Nov lepas dan lelaki yang merupakan peniaga itu datang ke pejabat JPJ Batu Uban untuk memperbaharui cukai jalan kenderaannya.

"Bagaimanapun dia menimbulkan kekecohan dan bertindak memaki hamun serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai JPJ di situ selepas gagal berbuat demikian kerana kenderaannya disenarai hitam ekoran terdapat beberapa saman yang belum dijelaskan.

"Ekoran kejadian itu, pegawai JPJ yang terlibat membuat laporan polis pada hari yang sama," katanya.

Menurut beliau polis turut menerima satu laporan polis daripada lelaki itu semalam yang mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa oleh JPJ berhubung kes memperbaharui cukai jalan keretanya.

"Berhubung laporan polis yang dibuat lelaki itu, kami merujuk ia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang untuk tindakan lanjut," katanya. - ASTRO AWANI

ERL Hanya Satu Contoh Bagaimana Pentadbiran Najib Tidak Boleh Hanya Menuding Jari Tetapi Segera Cari Jalan Penyelesaian Untuk Sekat Keserakahan Kroni!

Isu ERL masih belum berakhir... masih ada lagi pendedahan yang dibuat sebagai 'membalas' tuduhan bahawa tambang ERL telah dinaikkan kerana kelemahan Najib Abdul Razak. Cuma kali ini, lebih menarik kerana wujudnya pembabitan Anwar Ibrahim menerusi ABRAR Group yang turut terlibat dalam pengambilan untung serta penganiayaan kepada rakyat awam yang perlu membayar lebih untuk kepentingan kroni.

Ramai yang keliru tentang pegangan-pegangan dalam ERL ketika projek tersebut mula-mula dilancarkan.

Apabila perjanjian konsesi ditandatangani pada tahun 1997, pemegang-pemegang saham adalah YTL (40%), Tabung Haji (40%) dan ABRAR Corp - kemudian dikenali sebagai Mun Loong Bhd (20%).

Syarikat konsesi ERL kemudiannya dianugerahkan kepada Syarikat Pembinaan YTL sebagai kontraktor utama untuk projek tersebut manakala Tabung Haji dan Bank Pembangunan sebagai pembiaya projek berkenaan.

Selepas Anwar Ibrahim disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, pegangan 20% ABRAR Corp telah dijual - 10% dibeli oleh YTL manakala 10% lagi dibeli oleh Trisilco Equity yang 100% dimiliki oleh bekas CEO dan Pengerusi Proton, Nadzmi Salleh.

Berdasarkan dokumen yang dibocorkan oleh RPK, masalah konsesi ini ialah terma-terma perjanjian yang membolehkan:

(a) Beberapa peratus cukai lapangan terbang antarabangsa dan domestik - sama ada penumpang KLIA menggunakan ERL atau tidak - perlu membayar kepada ERL dengan peningkatan bayaran sebanyak 10% setiap 5 tahun sehinggalah tahun berakhir konsesi.

(b) Modal berbayar usahaniaga itu hanyalah RM69 juta sedangkan keseluruhan kos projek adalah RM2.4 bilion dengan pembiayaan datangnya daripada Tabung Haji dan Bank Pembangunan dalam bentuk pinjaman mudah.

(c) Peningkatan kadar tambang agak 'lumayan' iaitu peningkatan dari RM35 menjadi RM97 pada tahun 2019 dan RM126 setiap hala pada tahun 2024.

(d) Perolehan yang bakal diperolehi daripada projek tersebut adalah berdasarkan penepatan dan berdasarkan perolehan sebanyak RM1 bilion setahun bermula 2014 dan meningkat menjadi RM2.5 bilion setahun menjelang 2024 yang mana sangat tinggi berbanding keseluruhan kos iaitu RM2.4 bilion.

(e) Kerajaan perlu membayar pampasan sekiranya harga tiket tidak dibenarkan naik. Kali terakhir adalah sebanyak RM2.9 bilion perlu dibayar sekiranya kadar harga baru tidak dinaikkan, sekaligus jauh lebih besar berbanding jumlah kos keseluruhan projek sebanyak RM2.4 bilion. Jumlah tersebut akan menjadi lebih besar pada tahun 2019 apabila kajian semula kadar harga tiba.

(6) Konsesi ini akan berlangsung selama 30 tahun dan boleh diperbaharui untuk 30 tahun seterusnya.

Memang benar bahawa 40% pegangan dimiliki oleh Tabung Haji yang turut menikmati kenaikan perolehan tetapi YTL sebenarnya yang membolot perolehan besar daripada perjanjian berat sebelah itu selepas mereka berjaya mengaut keuntungan menerusi pembinaan apatah lagi dengan pegangan sebanyak 50% dan tidak mengeluarkan walau sesen pun modal memandangkan setiap modal dibiayai oleh Tabung Haji dan Bank Pembangunan.

Bak kata Tengku Razaleigh Hamzah, hentikan tuding jari kerana perjanjian tetap perjanjian, namun yang menanggung adalah rakyat. (RUJUK SINI) Sama ada menuding pentadbiran lalu yang menyediakan perjanjian berat sebelah yang menekan dan menghirup darah rakyat tersebut, atau pun menyalahkan Najib kerana gagal memanipulasi undang-undang untuk mengkaji semula perjanjian tersebut sekaligus sanggup berhadapan dengan natijah undang-undang kerana mengganggu PERJANJIAN YANG TELAH DILINDUNGI oleh pentadbiran terdahulu.

Kerajaan di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak nampaknya perlu melakukan sesuatu yang sangat drastik dan tidak lagi bersifat konvensional untuk mengelakkan wang rakyat daripada mengalir ke dalam saku kapitalis-kapitalis yang selama ini bergayut di jari kepimpinan terdahulu.

Persoalannya, bila lagi selepas 1MDB yang dilihat merupakan jalan yang dirintis oleh Najib untuk mengubah keadaan tersebut diserang bertalu-talu dan Najib pula kelihatan seperti orang salah tanpa dapat menerangkan secara jelas tentang matlamat sebenar 1MDB untuk membetulkan kepincangan dan perjanjian berat sebelah yang telah dicipta oleh kepimpinan terdahulu?

JPJ PULAU PINANG Bagi Penjelasan Setelah Lelaki Mengamuk Keretanya Yang Disita Lupus Tahun 2001 Sekarang Digunakan Oleh Individu Lain di Jalan Raya

Penjelasan JPJ Pulau Pinang berkenaan seorang lelaki buat kecoh di Pejabat JPJ Batu Uban yang viral di laman sosial. Harap kita lebih rasional dan menerima penjelasan mereka dengan fikiran positif.

PERKARA : VIRAL DI FACEBOOK - LELAKI BUAT KECOH DI PEJABAT JPJ CAWANGAN BATU UBAN PULAU PINANG

KEJADIAN BERLAKU PADA 26 NOV 2015 JAM LEBIH KURANG 4 PETANG DI HADAPAN PINTU UTAMA PEJABAT JPJ CAWANGAN BATU UBAN PULAU PINANG.

PENGADU TELAH CUBA MELAKUKAN PROVOKASI DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT KEPADA PENJAWAT AWAM APABILA PERMOHONAN BELIAU UNTUK MEMPERBAHARUI LESEN KERETA MOTOR (LKM) / CUKAI JALAN SEBUAH KENDERAAN MILIK BELIAU TIDAK DAPAT DIPROSES KERANA TELAH DISENARAI HITAM OLEH PIHAK PDRM ATAS KESALAHAN TIDAK MEMASANG LAMPU MOTOSIKAL PADA SIANG HARI PADA TAHUN 2012.

SISTEM SENARAI HITAM PIHAK PDRM MENGGUNAKAN NOMBOR KAD PENGENALAN PEMILIK TELAH MENYEBABKAN SEMUA KENDERAAN MILIK PENGADU TIDAK DAPAT MEMBAHARUI CUKAI JALAN.

PENJELASAN TELAH DISAMPAIKAN DENGAN JELAS OLEH PETUGAS KAUNTER.

TERDAPAT DUA ISU BERBEZA IAITU :

SENARAI HITAM PDRM YANG MENYEBABKAN PENGADU TIDAK DAPAT MEMPERBAHARUI LKM (CUKAI JALAN) SEMUA KENDERAAN MILIK BELIAU.

SENARAI HITAM JPJ HANYA KE ATAS SEBUAH KENDERAAN BELIAU YANG PERNAH DISITA (DAN TELAH DILEPASKAN KEPADA PENGADU PADA 30 OKTOBER 2003) KERANA MENGALAMI GANGGU USIK PADA NOMBOR CASIS KENDERAAN .

ISU KEDUA - KENDERAAN MILIK BELIAU YANG TELAH DISITA OLEH JPJ PULAU PINANG PADA APRIL 2003 KERANA GANGGU USIK PADA NOMBOR CASIS.

DISITA PADA 17 APRIL 3003 OLEH JPJ PULAU PINANG SETELAH KENDERAAN TERSEBUT GAGAL SEMASA PEMERIKSAAN PUSPAKOM DALAM PEMERIKSAAN PENUKARAN ENJIN.

JPJ PULAU PINANG TELAH MEMBUAT SIASATAN DAN TELAH MENDAPAT PENGESAHAN DARI JABATAN KIMIA PULAU PINANG PADA 21 MEI 2003 MENGESAHKAN GANGGU USIK PADA NOMBOR CASIS.

JPJ PULAU PINANG JUGA TELAH MENERIMA ARAHAN DARI BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF AGAR KENDERAAN INI DILARANG UNTUK DILESENKAN.

JPJ PULAU PINANG TELAH MENYENARAI HITAM KENDERAAN INI PADA 14 OGOS 2003.

JPJ PULAU PINANG MENERIMA PERMOHONAN DARI PENGADU UNTUK MENGELUARKAN KENDERAAN DARI SITAAN JPJ BAGI DIGUNAKAN SEBAGAI BARANG ALAT GANTI SEPERTI MANA SURAT AKUAN BERSUMPAH BERTARIKH 29 OKTOBER 2003 JUGA DIIKRARKAN OLEH PENGADU DI HADAPAN PESURUHJAYA SUMPAH

PADA 30 OKTOBER 2003 KENDERAAN TERSEBUT TELAH DISERAHKAN KEPADA PENGADU SELAKU PEMILIK BERDAFTAR MELALUI SATU SURAT AKU TERIMA YANG DITANDATANGANI OLEH PENGADU.

PADA 14 JULAI 2013, KENDERAAN INI TELAH DITAHAN OLEH JPJ KEDAH DI JALAN KULIM-BALING YANG DIPANDU OLEH SEORANG LELAKI MELAYU LAIN DAN MELAKUKAN KESALAHAN LESEN KERETA MOTOR (ROAD TAX) TAMAT TEMPOH PADA 09 FEBRUARI 2004 DAN TIDAK DILINDUNGI INSURAN. SAMAN KEPADA PEMANDU DIKELUARKAN SECARA KENDIRI MANAKALA SAMAN KEPADA PEMILIK TELAH DIKELUARKAN SECARA POS BERDAFTAR KEPADA ALAMAT TERKINI DALAM SISTEM JPJ.

SAMAN PEMILIK TELAH DIJELASKAN DI MAHKAMAH BALING PADA 30 OKT 2013 MANAKALA SAMAN PEMILIK TIDAK DIJELASKAN MENYEBABKAN SENARAI HITAM JPJ DIJANA ATAS KENDERAAN INI SAHAJA.

RUMUSAN

NOMBOR K/P PENGADU TELAH DISENARAI HITAM OLEH PDRM DARI MEMPERBAHARUI LESEN KERETA MOTOR (CUKAI JALAN) MANAKALA SENARAI HITAM JPJ HANYA KE ATAS KENDERAAN YANG PERNAH DISITA PADA TAHUN 2003 YANG DILARANG DARI DILESENKAN.

PENGADU JUGA TIDAK PERNAH MEMBUAT ADUAN ATAU PERTANYAAN KEPADA BAHAGIAN KHIDMAT PELANGGAN JPJ PULAU PINANG BERKAITAN MASALAH YANG DIHADAPI SEPANJANG TEMPOH DARI 26 NOV 2015 HINGGA 29 DIS 2015.

PRO JPJ PULAU PINANG TELAH MENGAMBIL INISIATIF MENDAPATKAN NOMBOR TELEFON PENGADU DAN MENGHUBUNGI PENGADU BEBERAPA JAM SELEPAS VIDEO DIMUAT NAIK DALAM LAMAN FACEBOOK, NAMUN PENGADU ENGGAN MEMBERI KERJASAMA DAN BERJANJI UNTUK MENGHUBUNGI PRO SEMULA. MALANGNYA SEHINGGA JAM 5 PETANG TIADA PANGGILAN DITERIMA OLEH PRO DARI PENGADU.

PRO JPJ PULAU PINANG TERUS MENGAMBIL INISIATIF MENGHANTAR MESEJ KEPADA PENGADU DAN MEMAKLUMKAN AKAN STATUS SEBENAR MASALAH YANG DIHADAPI BAGI MEMUDAHKAN BELIAU MENYELESAIKANNYA

ISU Pertahankan Diri dan Harta Dari Dirompak... Antara Pendapat Bijak Pandai FACEBOOK Dengan Pendapat Seorang Pengamal Undang-Undang

Hanya di Malaysia yg aman saja perkara macam ni berlaku....hak rakyat dicabul...only in malaysia...jika bertindak mempertahankan diri ianya adalah satu kesalahan
Adakah polis dapat melakukan sesuatu tanpa mencederakan mangsa dlm sekelip mata diwaktu kejadian...wallahualam

#SELAMATKANZULKIFLI
#ZULKIFLIHERORAKYAT Minta sokongan semua.

Zulkifli, 50 tahun, hampir 3 minggu lalu telah mempertahankan diri dan harta dari dirompak. Perompak telah mati setelah ditikam oleh Zulkifli namun Zulkifli pula direman bawah seksyen 302. 2 minggu direman Zulkifli kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 15 ribu apabila kes ditukar kepada 304.

Baru beberapa hari keluar dari reman Zulkifli kemudian ditahan semula atas perintah mahkamah dengan pertuduhan 302 dan 326 kanun keseksaan.

302 jika sabit kesalahan maka digantung sampai mati mandatori.

Patutkah ayah pada 3 anak kecil ini (anak kedua menghidap autisme) dihukum sebagai penjenayah hanya kerana mempertahankan diri dan harta?

Minta like page ini, tukar dari mode following kepada see first, kemudian sebarkan. Page ini akan update dari masa ke semasa perkembangan Zulkifli dan keluarga.

#ZulkifliHeroRakyat #SelamatkanZulkifli

https://m.facebook.com/selamatkanZulkifli/

INI PULA TULISAN SEORANG PEGUAM:

Assalamualaikum semua.

Izinkan saya memberi pandangan utk menjelaskan apa yg berlaku. Memang kita semua bersimpati dengan Abg Zulkifli ini tetapi proses undang2 itu harus di lalui dahulu oleh Abg Zulkifli sebelum keadilan di tegakkan.

Mempertahankan diri dan maruah keluarga sememangnya adalah satu pembelaan bermerit yg di benarkan di dalam Kanun Keseksaan walaupun ketika mempertahankan diri itu, kita menyebabkan kematian orang lain.

Tetapi, fakta ini tak boleh di selesaikan di fb. Abg Zulkifli perlu juga menjalani proses tahanan reman, pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah Hakim yg membicarakan kes itu nanti memutuskan beliau tidak bersalah kerana mempertahankan diri dan keluarga dari rompakan. 

Tempohmasa perbicaraan pula boleh selesai dlm tempoh 1 tahun. Di sebabkan kes yg di tuduh terhadap abg Zulkifli ini adalah kes bunuh, maka Peguam yang akan mewakili abg zulkifli nanti adalah peguam lantikan mahkamah. Ini bermaksud tak perlu kita nak kumpul duit cari peguam utk membela kerana kerajaan kita memang menyediakan peguam percuma jika tertuduh menghadapi kes yg melibatkan hukuman gantung.

Ok selesai bab abg Zulkifli. So apa jadi dgn keluarga beliau sementara beliau melalui proses mahkamah ini? Maka inilah tanggungjawab warganegara yg prihatin utk membantu meringankan beban keluarga. Nak kutip derma kutiplah untuk bantu keluarga abg zulkifli ni.

Tapi tak perlulah nak kritik sistem kehakiman negara ke apa sebab apa yg di lalui oleh abg zulkifli ni adalah prosedur biasa. Memang dia tak salah tapi sebab membunuh tu tetap suatu jenayah maka dia tetap kena menghadap Hakim dan melalui proses bicara.

Cuma sbb beliau mempertahankan diri dan keluarga maka mudahlah Peguam yg akan mewakili beliau nanti menimbulkan keraguan yg munasabah atas kes pendakwaan dan seterusnya membebaskan abg zulkifli.

Itu saja yg saya nak cakap sekarang.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul AzizPeguam

NIZAR JAMALUDDIN PAN Tertekan di Perak, Namun Mengharapkan Ulangan 2008 Dia Jadi MB Perak Berlaku Lagi

Parti Amanah Negara (PAN) yang dipimpin oleh Mat Sabu semakin malap walaupun para pemimpinnya yang merupakan buangan PAS, sedang berusaha mencipta ilusi kononnya parti pimpinan Mat Sabu itu sedang mendapat sambutan hangat daripada para pengundi.

Dengan sasaran menggantikan dan menghapuskan PAS yang enggan tunduk lagi kepada DAP, PAN menjadikan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor sebagai tempat mereka menunjuk kuat. PAN kelihatan amat yakin kerana di negeri-negeri berkenaan, DAP telah menjanjikan akan memberikan sokongan dan dokongan kepada PAN untuk bertanding di kawasan-kawasan PAS.

Tidak banyak cerita tentang PAN di Perak yang diketuai oleh Nizar Jamaluddin yang masih berilusi dia adalah Menteri Besar Perak. Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham yang merupakan orang kuat DAP Perak pula tidak sebulu dengan Lim Guan Eng, sekaligus menjadikan PAN di Perak sedikit suam-suam kuku berbanding di negeri-negeri lain di mana PAN mendapat sokongan utuh DAP pimpinan Guan Eng.

Pada PRU-13 lalu, DAP berjaya memenangi 18 kerusi DUN, manakala PAS dan PKR masing-masing 5 kerusi DUN. Manakala Barisan Nasional pula berjaya menguasai 31 kerusi DUN.

Dengan hanya berkekuatan 5 kerusi DUN, PAN di bawah kepimpinan Nizar Jamaluddin berhadapan dengan masalah yang sangat besar untuk memenuhi kehendak Lim Guan Eng. Apatah lagi, PKR sudah tentu tidak akan bertolak ansur untuk membenarkan PAN bertanding di kerusi mereka. Manakala DAP pula sudah berkira-kira untuk menambah kerusi menerusi pertandingan di kerusi-kerusi yang secara tradisinya ditandingi oleh PAS dan PKR terutama di kawasan bermajoritikan Cina.

Justeru tidak mustahillah, Nizar Jamaluddin apabila ditanya tentang peluang PAN untuk menguasai Perak sebagai TERDESAK. Nizar Jamaluddin sendiri tidak mempunyai sebarang keyakinan untuk PAN menguasai kerajaan negeri Perak seandainya gabungan dengan PKR-PAN-DAP berjaya mengambilalih Perak daripada Barisan Nasional.

Bagaimanapun, Nizar mungkin melihat peluangnya untuk kembali menjadi Menteri Besar Perak lebih cerah ekoran kekuatan DAP yang semakin bertambah. Apatah lagi dengan pergolakan dalaman UMNO sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat negeri, menjadikan peluang untuk DAP menambah kekuatan, bertambah cerah, terutama sekali yang membabitkan kawasan-kawasan utara Perak.

TERDESAK, kata Nizar Jamaluddin apabila ditanya peluang PAN menguasai Perak, tetapi sama seperti 2008, pengalaman dibantu dan didokong oleh Ngeh-Nga pasti akan memudahkan Nizar Jamaluddin dan kali ini, dia akan 'menambahbaik' apa yang tidak sempat dilakukannya, termasuklah status tanah 999 tahun serta ghanimah-ghanimah lain di Perak untuk DAP.

DAP Sabah Pecah Dua Angkara DUA WONG Berebut Kuasa

Tuesday, 29 December 2015 | 0 comments

Jimmy Wong - Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Tidak banyak yang diketahui tentang perjalanan DAP kecuali yang berkisar tentang Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Lim Kit Siang yang sengaja mencari fasal agar digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan sebelum ini bagi mengelakkan malu besar setelah kempennya yang bersungguh-sungguh untuk menggulingkan Najib Abdul Razak, mengambil kesempatan daripada cuti panjangnya itu dengan melaksanakan kempen di seluruh negara bagi memperbaiki kedudukan anaknya yang sedang berhadapan dengan tentangan sengit dari dalam parti.

Lim Kit Siang mulai mengesan masalah yang bakal dihadapi oleh Lim Guan Eng, tidak sahaja di Pulau Pinang apabila para pemimpin Cina tempatan pro-BN melipatgandakan usaha mendedahkan petualangan serta perjalanannya ke Hong Kong yang sangat kerap, tetapi juga daripada para pemimpin DAP Pulau Pinang yang enggan menerima ketuanan Lim Guan Eng lagi.

Sabah merupakan antara negeri selain Sarawak yang menjadi sasaran utama DAP untuk menambah kuasa. Apatah lagi, perkembangan DAP di kedua-dua negeri tersebut amat pantas sekaligus merancakkan dan melancarkan perancangan Lim Kit Siang untuk memastikan DAP menjadi kuasa politik unggul di negara ini setelah 5 tahun menggunakan PAS dan PKR menambahkan sokongan untuk partinya.

Namun perancangan Lim Kit Siang tidak selamanya bersih dan diikuti dengan baik oleh para pemimpin DAP. Masih ada para pemimpin DAP yang cuba keluar daripada kongkongan Dinasti Lim yang pusat kuasa mereka adalah Lim Kit Siang-Lim Guan Eng.

Kalau di Pulau Pinang dan Kedah, DAP sudah berpecah kepada dua fraksi utama dengan salah satu fraksi menentang Lim Guan Eng dan konco-konconya, di Sabah juga berlaku perkara yang sama.

Terbaru ialah apabila Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang pernah menggemparkan negara kerana serangan dan penghinaannya kepada kewujudan masjid yang disifatkannya sebagai mengganggu ketenteraman awam, Jimmy Wong enggan menerima kepimpinan Stephen Wong, Ahli Parlimen Sandakan.

Stephen Wong - Ahli Parlimen Sandakan

Jimmy Wong dan ahli-ahli kumpulannya termasuklah Chang Fong Hin (ADUN Sri Tanjing) dan Dr. Edwin Bose, ADUN Kapayan telah ditawarkan untuk menyertai Jawatankuasa DAP Sabah yang diketuai oleh Stephen Wong setelah dia dan kumpulannya ditendang dan dikalahkan dalam pemilihan pada November lepas.

Jimmy, Chang dan Edwin telah diundi keluar daripada jawatankuasa yang terdiri daripada 15 orang pemimpin DAP dipilih itu.

Stephen Wong telah menawarkan jawatan sebagai Bendahari DAP Sabah kepada Jimmy Wong manakala Chan dan Dr. Edwin yang merupakan bekas Naib Pengerusi dan bekas Setiausaha telah ditawarkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

Pada PRU lalu, DAP berjaya menguasai empat DUN dan 2 Parlimen. Bagaimanapun, ADUN Luyang, Dr. Hiew King Cheu keluar dari DAP dan menyertai MCA setelah berlaku perselisihan faham dua tahun lalu.

Pemilihan parti pada November lepas menyaksikan perpecahan teruk dengan tiga wakil rakyat (dua ADUN dan seorang Ahli Parlimen) telah disepak keluar manakala Stephen dan ADUN Likas Junz Wong yang dilantik sebagai Setiausaha DAP Sabah yang baru, dikekalkan memandangkan kiblat mereka adalah Lim Guan Eng.

Lebih malang lagi ialah apabila satu-satunya wakil daripada kaum Kadazan-Murut, Dr. Bosie juga hilang jawatan menjadikan DAP Sabah sama seperti DAP-DAP negeri lain, adalah parti yang dikuasai oleh kaum Cina chauvinist semata-mata!

SIRI 2 SKANDAL EMPANGAN BAKUN: Kedudukan Istimewa EKRAN BERHAD dan TING PEK KING Yang Kepakaran Mereka Hanya Bersihkan Balak

Thursday, 31 December 2015 · 0 comments

· 0 comments

Wednesday, 30 December 2015 · 2 comments

Lelaki yang menimbulkan kekecohan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Batu Uban, di sini yang rakaman video insiden itu menjadi viral semalam, akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata kertas siasatan berhubung rakaman video itu telah dikemukakan kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya (DPP) dan pihaknya telah mendapat arahan untuk mendakwa peniaga berusia 45 tahun itu.

"DPP telah meneliti kertas siasatan kes berkenaan dan mengeluarkan arahan mendakwa lelaki itu di mahkamah esok mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan rakaman video seorang lelaki yang berang menimbulkan kekecohan di pejabat JPJ itu menjadi viral selepas dikongsi semula di beberapa laman sosial antaranya Facebook semalam.

Video berdurasi empat minit menerusi akaun dipercayai milik peribadi lelaki atas nama Amin Beyond itu memaparkan dia sedang naik angin selepas mendakwa tidak boleh memperbaharui cukai jalan keretanya.

Mior Faridalatrash berkata berdasarkan siasatan polis, kejadian dalam rakaman video yang tersebar sejak semalam itu berlaku kira-kira pukul 4.45 petang 26 Nov lepas dan lelaki yang merupakan peniaga itu datang ke pejabat JPJ Batu Uban untuk memperbaharui cukai jalan kenderaannya.

"Bagaimanapun dia menimbulkan kekecohan dan bertindak memaki hamun serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai JPJ di situ selepas gagal berbuat demikian kerana kenderaannya disenarai hitam ekoran terdapat beberapa saman yang belum dijelaskan.

"Ekoran kejadian itu, pegawai JPJ yang terlibat membuat laporan polis pada hari yang sama," katanya.

Menurut beliau polis turut menerima satu laporan polis daripada lelaki itu semalam yang mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa oleh JPJ berhubung kes memperbaharui cukai jalan keretanya.

"Berhubung laporan polis yang dibuat lelaki itu, kami merujuk ia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang untuk tindakan lanjut," katanya. - ASTRO AWANI

ERL Hanya Satu Contoh Bagaimana Pentadbiran Najib Tidak Boleh Hanya Menuding Jari Tetapi Segera Cari Jalan Penyelesaian Untuk Sekat Keserakahan Kroni!

· 3 comments

Isu ERL masih belum berakhir... masih ada lagi pendedahan yang dibuat sebagai 'membalas' tuduhan bahawa tambang ERL telah dinaikkan kerana kelemahan Najib Abdul Razak. Cuma kali ini, lebih menarik kerana wujudnya pembabitan Anwar Ibrahim menerusi ABRAR Group yang turut terlibat dalam pengambilan untung serta penganiayaan kepada rakyat awam yang perlu membayar lebih untuk kepentingan kroni.

Ramai yang keliru tentang pegangan-pegangan dalam ERL ketika projek tersebut mula-mula dilancarkan.

Apabila perjanjian konsesi ditandatangani pada tahun 1997, pemegang-pemegang saham adalah YTL (40%), Tabung Haji (40%) dan ABRAR Corp - kemudian dikenali sebagai Mun Loong Bhd (20%).

Syarikat konsesi ERL kemudiannya dianugerahkan kepada Syarikat Pembinaan YTL sebagai kontraktor utama untuk projek tersebut manakala Tabung Haji dan Bank Pembangunan sebagai pembiaya projek berkenaan.

Selepas Anwar Ibrahim disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, pegangan 20% ABRAR Corp telah dijual - 10% dibeli oleh YTL manakala 10% lagi dibeli oleh Trisilco Equity yang 100% dimiliki oleh bekas CEO dan Pengerusi Proton, Nadzmi Salleh.

Berdasarkan dokumen yang dibocorkan oleh RPK, masalah konsesi ini ialah terma-terma perjanjian yang membolehkan:

(a) Beberapa peratus cukai lapangan terbang antarabangsa dan domestik - sama ada penumpang KLIA menggunakan ERL atau tidak - perlu membayar kepada ERL dengan peningkatan bayaran sebanyak 10% setiap 5 tahun sehinggalah tahun berakhir konsesi.

(b) Modal berbayar usahaniaga itu hanyalah RM69 juta sedangkan keseluruhan kos projek adalah RM2.4 bilion dengan pembiayaan datangnya daripada Tabung Haji dan Bank Pembangunan dalam bentuk pinjaman mudah.

(c) Peningkatan kadar tambang agak 'lumayan' iaitu peningkatan dari RM35 menjadi RM97 pada tahun 2019 dan RM126 setiap hala pada tahun 2024.

(d) Perolehan yang bakal diperolehi daripada projek tersebut adalah berdasarkan penepatan dan berdasarkan perolehan sebanyak RM1 bilion setahun bermula 2014 dan meningkat menjadi RM2.5 bilion setahun menjelang 2024 yang mana sangat tinggi berbanding keseluruhan kos iaitu RM2.4 bilion.

(e) Kerajaan perlu membayar pampasan sekiranya harga tiket tidak dibenarkan naik. Kali terakhir adalah sebanyak RM2.9 bilion perlu dibayar sekiranya kadar harga baru tidak dinaikkan, sekaligus jauh lebih besar berbanding jumlah kos keseluruhan projek sebanyak RM2.4 bilion. Jumlah tersebut akan menjadi lebih besar pada tahun 2019 apabila kajian semula kadar harga tiba.

(6) Konsesi ini akan berlangsung selama 30 tahun dan boleh diperbaharui untuk 30 tahun seterusnya.

Memang benar bahawa 40% pegangan dimiliki oleh Tabung Haji yang turut menikmati kenaikan perolehan tetapi YTL sebenarnya yang membolot perolehan besar daripada perjanjian berat sebelah itu selepas mereka berjaya mengaut keuntungan menerusi pembinaan apatah lagi dengan pegangan sebanyak 50% dan tidak mengeluarkan walau sesen pun modal memandangkan setiap modal dibiayai oleh Tabung Haji dan Bank Pembangunan.

Bak kata Tengku Razaleigh Hamzah, hentikan tuding jari kerana perjanjian tetap perjanjian, namun yang menanggung adalah rakyat. (RUJUK SINI) Sama ada menuding pentadbiran lalu yang menyediakan perjanjian berat sebelah yang menekan dan menghirup darah rakyat tersebut, atau pun menyalahkan Najib kerana gagal memanipulasi undang-undang untuk mengkaji semula perjanjian tersebut sekaligus sanggup berhadapan dengan natijah undang-undang kerana mengganggu PERJANJIAN YANG TELAH DILINDUNGI oleh pentadbiran terdahulu.

Kerajaan di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak nampaknya perlu melakukan sesuatu yang sangat drastik dan tidak lagi bersifat konvensional untuk mengelakkan wang rakyat daripada mengalir ke dalam saku kapitalis-kapitalis yang selama ini bergayut di jari kepimpinan terdahulu.

Persoalannya, bila lagi selepas 1MDB yang dilihat merupakan jalan yang dirintis oleh Najib untuk mengubah keadaan tersebut diserang bertalu-talu dan Najib pula kelihatan seperti orang salah tanpa dapat menerangkan secara jelas tentang matlamat sebenar 1MDB untuk membetulkan kepincangan dan perjanjian berat sebelah yang telah dicipta oleh kepimpinan terdahulu?

JPJ PULAU PINANG Bagi Penjelasan Setelah Lelaki Mengamuk Keretanya Yang Disita Lupus Tahun 2001 Sekarang Digunakan Oleh Individu Lain di Jalan Raya

· 0 comments

Penjelasan JPJ Pulau Pinang berkenaan seorang lelaki buat kecoh di Pejabat JPJ Batu Uban yang viral di laman sosial. Harap kita lebih rasional dan menerima penjelasan mereka dengan fikiran positif.

PERKARA : VIRAL DI FACEBOOK - LELAKI BUAT KECOH DI PEJABAT JPJ CAWANGAN BATU UBAN PULAU PINANG

KEJADIAN BERLAKU PADA 26 NOV 2015 JAM LEBIH KURANG 4 PETANG DI HADAPAN PINTU UTAMA PEJABAT JPJ CAWANGAN BATU UBAN PULAU PINANG.

PENGADU TELAH CUBA MELAKUKAN PROVOKASI DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT KEPADA PENJAWAT AWAM APABILA PERMOHONAN BELIAU UNTUK MEMPERBAHARUI LESEN KERETA MOTOR (LKM) / CUKAI JALAN SEBUAH KENDERAAN MILIK BELIAU TIDAK DAPAT DIPROSES KERANA TELAH DISENARAI HITAM OLEH PIHAK PDRM ATAS KESALAHAN TIDAK MEMASANG LAMPU MOTOSIKAL PADA SIANG HARI PADA TAHUN 2012.

SISTEM SENARAI HITAM PIHAK PDRM MENGGUNAKAN NOMBOR KAD PENGENALAN PEMILIK TELAH MENYEBABKAN SEMUA KENDERAAN MILIK PENGADU TIDAK DAPAT MEMBAHARUI CUKAI JALAN.

PENJELASAN TELAH DISAMPAIKAN DENGAN JELAS OLEH PETUGAS KAUNTER.

TERDAPAT DUA ISU BERBEZA IAITU :

SENARAI HITAM PDRM YANG MENYEBABKAN PENGADU TIDAK DAPAT MEMPERBAHARUI LKM (CUKAI JALAN) SEMUA KENDERAAN MILIK BELIAU.

SENARAI HITAM JPJ HANYA KE ATAS SEBUAH KENDERAAN BELIAU YANG PERNAH DISITA (DAN TELAH DILEPASKAN KEPADA PENGADU PADA 30 OKTOBER 2003) KERANA MENGALAMI GANGGU USIK PADA NOMBOR CASIS KENDERAAN .

ISU KEDUA - KENDERAAN MILIK BELIAU YANG TELAH DISITA OLEH JPJ PULAU PINANG PADA APRIL 2003 KERANA GANGGU USIK PADA NOMBOR CASIS.

DISITA PADA 17 APRIL 3003 OLEH JPJ PULAU PINANG SETELAH KENDERAAN TERSEBUT GAGAL SEMASA PEMERIKSAAN PUSPAKOM DALAM PEMERIKSAAN PENUKARAN ENJIN.

JPJ PULAU PINANG TELAH MEMBUAT SIASATAN DAN TELAH MENDAPAT PENGESAHAN DARI JABATAN KIMIA PULAU PINANG PADA 21 MEI 2003 MENGESAHKAN GANGGU USIK PADA NOMBOR CASIS.

JPJ PULAU PINANG JUGA TELAH MENERIMA ARAHAN DARI BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF AGAR KENDERAAN INI DILARANG UNTUK DILESENKAN.

JPJ PULAU PINANG TELAH MENYENARAI HITAM KENDERAAN INI PADA 14 OGOS 2003.

JPJ PULAU PINANG MENERIMA PERMOHONAN DARI PENGADU UNTUK MENGELUARKAN KENDERAAN DARI SITAAN JPJ BAGI DIGUNAKAN SEBAGAI BARANG ALAT GANTI SEPERTI MANA SURAT AKUAN BERSUMPAH BERTARIKH 29 OKTOBER 2003 JUGA DIIKRARKAN OLEH PENGADU DI HADAPAN PESURUHJAYA SUMPAH

PADA 30 OKTOBER 2003 KENDERAAN TERSEBUT TELAH DISERAHKAN KEPADA PENGADU SELAKU PEMILIK BERDAFTAR MELALUI SATU SURAT AKU TERIMA YANG DITANDATANGANI OLEH PENGADU.

PADA 14 JULAI 2013, KENDERAAN INI TELAH DITAHAN OLEH JPJ KEDAH DI JALAN KULIM-BALING YANG DIPANDU OLEH SEORANG LELAKI MELAYU LAIN DAN MELAKUKAN KESALAHAN LESEN KERETA MOTOR (ROAD TAX) TAMAT TEMPOH PADA 09 FEBRUARI 2004 DAN TIDAK DILINDUNGI INSURAN. SAMAN KEPADA PEMANDU DIKELUARKAN SECARA KENDIRI MANAKALA SAMAN KEPADA PEMILIK TELAH DIKELUARKAN SECARA POS BERDAFTAR KEPADA ALAMAT TERKINI DALAM SISTEM JPJ.

SAMAN PEMILIK TELAH DIJELASKAN DI MAHKAMAH BALING PADA 30 OKT 2013 MANAKALA SAMAN PEMILIK TIDAK DIJELASKAN MENYEBABKAN SENARAI HITAM JPJ DIJANA ATAS KENDERAAN INI SAHAJA.

RUMUSAN

NOMBOR K/P PENGADU TELAH DISENARAI HITAM OLEH PDRM DARI MEMPERBAHARUI LESEN KERETA MOTOR (CUKAI JALAN) MANAKALA SENARAI HITAM JPJ HANYA KE ATAS KENDERAAN YANG PERNAH DISITA PADA TAHUN 2003 YANG DILARANG DARI DILESENKAN.

PENGADU JUGA TIDAK PERNAH MEMBUAT ADUAN ATAU PERTANYAAN KEPADA BAHAGIAN KHIDMAT PELANGGAN JPJ PULAU PINANG BERKAITAN MASALAH YANG DIHADAPI SEPANJANG TEMPOH DARI 26 NOV 2015 HINGGA 29 DIS 2015.

PRO JPJ PULAU PINANG TELAH MENGAMBIL INISIATIF MENDAPATKAN NOMBOR TELEFON PENGADU DAN MENGHUBUNGI PENGADU BEBERAPA JAM SELEPAS VIDEO DIMUAT NAIK DALAM LAMAN FACEBOOK, NAMUN PENGADU ENGGAN MEMBERI KERJASAMA DAN BERJANJI UNTUK MENGHUBUNGI PRO SEMULA. MALANGNYA SEHINGGA JAM 5 PETANG TIADA PANGGILAN DITERIMA OLEH PRO DARI PENGADU.

PRO JPJ PULAU PINANG TERUS MENGAMBIL INISIATIF MENGHANTAR MESEJ KEPADA PENGADU DAN MEMAKLUMKAN AKAN STATUS SEBENAR MASALAH YANG DIHADAPI BAGI MEMUDAHKAN BELIAU MENYELESAIKANNYA

ISU Pertahankan Diri dan Harta Dari Dirompak... Antara Pendapat Bijak Pandai FACEBOOK Dengan Pendapat Seorang Pengamal Undang-Undang

· 1 comments

Hanya di Malaysia yg aman saja perkara macam ni berlaku....hak rakyat dicabul...only in malaysia...jika bertindak mempertahankan diri ianya adalah satu kesalahan
Adakah polis dapat melakukan sesuatu tanpa mencederakan mangsa dlm sekelip mata diwaktu kejadian...wallahualam

#SELAMATKANZULKIFLI
#ZULKIFLIHERORAKYAT Minta sokongan semua.

Zulkifli, 50 tahun, hampir 3 minggu lalu telah mempertahankan diri dan harta dari dirompak. Perompak telah mati setelah ditikam oleh Zulkifli namun Zulkifli pula direman bawah seksyen 302. 2 minggu direman Zulkifli kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 15 ribu apabila kes ditukar kepada 304.

Baru beberapa hari keluar dari reman Zulkifli kemudian ditahan semula atas perintah mahkamah dengan pertuduhan 302 dan 326 kanun keseksaan.

302 jika sabit kesalahan maka digantung sampai mati mandatori.

Patutkah ayah pada 3 anak kecil ini (anak kedua menghidap autisme) dihukum sebagai penjenayah hanya kerana mempertahankan diri dan harta?

Minta like page ini, tukar dari mode following kepada see first, kemudian sebarkan. Page ini akan update dari masa ke semasa perkembangan Zulkifli dan keluarga.

#ZulkifliHeroRakyat #SelamatkanZulkifli

https://m.facebook.com/selamatkanZulkifli/

INI PULA TULISAN SEORANG PEGUAM:

Assalamualaikum semua.

Izinkan saya memberi pandangan utk menjelaskan apa yg berlaku. Memang kita semua bersimpati dengan Abg Zulkifli ini tetapi proses undang2 itu harus di lalui dahulu oleh Abg Zulkifli sebelum keadilan di tegakkan.

Mempertahankan diri dan maruah keluarga sememangnya adalah satu pembelaan bermerit yg di benarkan di dalam Kanun Keseksaan walaupun ketika mempertahankan diri itu, kita menyebabkan kematian orang lain.

Tetapi, fakta ini tak boleh di selesaikan di fb. Abg Zulkifli perlu juga menjalani proses tahanan reman, pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah Hakim yg membicarakan kes itu nanti memutuskan beliau tidak bersalah kerana mempertahankan diri dan keluarga dari rompakan. 

Tempohmasa perbicaraan pula boleh selesai dlm tempoh 1 tahun. Di sebabkan kes yg di tuduh terhadap abg Zulkifli ini adalah kes bunuh, maka Peguam yang akan mewakili abg zulkifli nanti adalah peguam lantikan mahkamah. Ini bermaksud tak perlu kita nak kumpul duit cari peguam utk membela kerana kerajaan kita memang menyediakan peguam percuma jika tertuduh menghadapi kes yg melibatkan hukuman gantung.

Ok selesai bab abg Zulkifli. So apa jadi dgn keluarga beliau sementara beliau melalui proses mahkamah ini? Maka inilah tanggungjawab warganegara yg prihatin utk membantu meringankan beban keluarga. Nak kutip derma kutiplah untuk bantu keluarga abg zulkifli ni.

Tapi tak perlulah nak kritik sistem kehakiman negara ke apa sebab apa yg di lalui oleh abg zulkifli ni adalah prosedur biasa. Memang dia tak salah tapi sebab membunuh tu tetap suatu jenayah maka dia tetap kena menghadap Hakim dan melalui proses bicara.

Cuma sbb beliau mempertahankan diri dan keluarga maka mudahlah Peguam yg akan mewakili beliau nanti menimbulkan keraguan yg munasabah atas kes pendakwaan dan seterusnya membebaskan abg zulkifli.

Itu saja yg saya nak cakap sekarang.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul AzizPeguam

NIZAR JAMALUDDIN PAN Tertekan di Perak, Namun Mengharapkan Ulangan 2008 Dia Jadi MB Perak Berlaku Lagi

· 0 comments

Parti Amanah Negara (PAN) yang dipimpin oleh Mat Sabu semakin malap walaupun para pemimpinnya yang merupakan buangan PAS, sedang berusaha mencipta ilusi kononnya parti pimpinan Mat Sabu itu sedang mendapat sambutan hangat daripada para pengundi.

Dengan sasaran menggantikan dan menghapuskan PAS yang enggan tunduk lagi kepada DAP, PAN menjadikan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor sebagai tempat mereka menunjuk kuat. PAN kelihatan amat yakin kerana di negeri-negeri berkenaan, DAP telah menjanjikan akan memberikan sokongan dan dokongan kepada PAN untuk bertanding di kawasan-kawasan PAS.

Tidak banyak cerita tentang PAN di Perak yang diketuai oleh Nizar Jamaluddin yang masih berilusi dia adalah Menteri Besar Perak. Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham yang merupakan orang kuat DAP Perak pula tidak sebulu dengan Lim Guan Eng, sekaligus menjadikan PAN di Perak sedikit suam-suam kuku berbanding di negeri-negeri lain di mana PAN mendapat sokongan utuh DAP pimpinan Guan Eng.

Pada PRU-13 lalu, DAP berjaya memenangi 18 kerusi DUN, manakala PAS dan PKR masing-masing 5 kerusi DUN. Manakala Barisan Nasional pula berjaya menguasai 31 kerusi DUN.

Dengan hanya berkekuatan 5 kerusi DUN, PAN di bawah kepimpinan Nizar Jamaluddin berhadapan dengan masalah yang sangat besar untuk memenuhi kehendak Lim Guan Eng. Apatah lagi, PKR sudah tentu tidak akan bertolak ansur untuk membenarkan PAN bertanding di kerusi mereka. Manakala DAP pula sudah berkira-kira untuk menambah kerusi menerusi pertandingan di kerusi-kerusi yang secara tradisinya ditandingi oleh PAS dan PKR terutama di kawasan bermajoritikan Cina.

Justeru tidak mustahillah, Nizar Jamaluddin apabila ditanya tentang peluang PAN untuk menguasai Perak sebagai TERDESAK. Nizar Jamaluddin sendiri tidak mempunyai sebarang keyakinan untuk PAN menguasai kerajaan negeri Perak seandainya gabungan dengan PKR-PAN-DAP berjaya mengambilalih Perak daripada Barisan Nasional.

Bagaimanapun, Nizar mungkin melihat peluangnya untuk kembali menjadi Menteri Besar Perak lebih cerah ekoran kekuatan DAP yang semakin bertambah. Apatah lagi dengan pergolakan dalaman UMNO sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat negeri, menjadikan peluang untuk DAP menambah kekuatan, bertambah cerah, terutama sekali yang membabitkan kawasan-kawasan utara Perak.

TERDESAK, kata Nizar Jamaluddin apabila ditanya peluang PAN menguasai Perak, tetapi sama seperti 2008, pengalaman dibantu dan didokong oleh Ngeh-Nga pasti akan memudahkan Nizar Jamaluddin dan kali ini, dia akan 'menambahbaik' apa yang tidak sempat dilakukannya, termasuklah status tanah 999 tahun serta ghanimah-ghanimah lain di Perak untuk DAP.

DAP Sabah Pecah Dua Angkara DUA WONG Berebut Kuasa

Tuesday, 29 December 2015 · 0 comments

Jimmy Wong - Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Tidak banyak yang diketahui tentang perjalanan DAP kecuali yang berkisar tentang Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Lim Kit Siang yang sengaja mencari fasal agar digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan sebelum ini bagi mengelakkan malu besar setelah kempennya yang bersungguh-sungguh untuk menggulingkan Najib Abdul Razak, mengambil kesempatan daripada cuti panjangnya itu dengan melaksanakan kempen di seluruh negara bagi memperbaiki kedudukan anaknya yang sedang berhadapan dengan tentangan sengit dari dalam parti.

Lim Kit Siang mulai mengesan masalah yang bakal dihadapi oleh Lim Guan Eng, tidak sahaja di Pulau Pinang apabila para pemimpin Cina tempatan pro-BN melipatgandakan usaha mendedahkan petualangan serta perjalanannya ke Hong Kong yang sangat kerap, tetapi juga daripada para pemimpin DAP Pulau Pinang yang enggan menerima ketuanan Lim Guan Eng lagi.

Sabah merupakan antara negeri selain Sarawak yang menjadi sasaran utama DAP untuk menambah kuasa. Apatah lagi, perkembangan DAP di kedua-dua negeri tersebut amat pantas sekaligus merancakkan dan melancarkan perancangan Lim Kit Siang untuk memastikan DAP menjadi kuasa politik unggul di negara ini setelah 5 tahun menggunakan PAS dan PKR menambahkan sokongan untuk partinya.

Namun perancangan Lim Kit Siang tidak selamanya bersih dan diikuti dengan baik oleh para pemimpin DAP. Masih ada para pemimpin DAP yang cuba keluar daripada kongkongan Dinasti Lim yang pusat kuasa mereka adalah Lim Kit Siang-Lim Guan Eng.

Kalau di Pulau Pinang dan Kedah, DAP sudah berpecah kepada dua fraksi utama dengan salah satu fraksi menentang Lim Guan Eng dan konco-konconya, di Sabah juga berlaku perkara yang sama.

Terbaru ialah apabila Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang pernah menggemparkan negara kerana serangan dan penghinaannya kepada kewujudan masjid yang disifatkannya sebagai mengganggu ketenteraman awam, Jimmy Wong enggan menerima kepimpinan Stephen Wong, Ahli Parlimen Sandakan.

Stephen Wong - Ahli Parlimen Sandakan

Jimmy Wong dan ahli-ahli kumpulannya termasuklah Chang Fong Hin (ADUN Sri Tanjing) dan Dr. Edwin Bose, ADUN Kapayan telah ditawarkan untuk menyertai Jawatankuasa DAP Sabah yang diketuai oleh Stephen Wong setelah dia dan kumpulannya ditendang dan dikalahkan dalam pemilihan pada November lepas.

Jimmy, Chang dan Edwin telah diundi keluar daripada jawatankuasa yang terdiri daripada 15 orang pemimpin DAP dipilih itu.

Stephen Wong telah menawarkan jawatan sebagai Bendahari DAP Sabah kepada Jimmy Wong manakala Chan dan Dr. Edwin yang merupakan bekas Naib Pengerusi dan bekas Setiausaha telah ditawarkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

Pada PRU lalu, DAP berjaya menguasai empat DUN dan 2 Parlimen. Bagaimanapun, ADUN Luyang, Dr. Hiew King Cheu keluar dari DAP dan menyertai MCA setelah berlaku perselisihan faham dua tahun lalu.

Pemilihan parti pada November lepas menyaksikan perpecahan teruk dengan tiga wakil rakyat (dua ADUN dan seorang Ahli Parlimen) telah disepak keluar manakala Stephen dan ADUN Likas Junz Wong yang dilantik sebagai Setiausaha DAP Sabah yang baru, dikekalkan memandangkan kiblat mereka adalah Lim Guan Eng.

Lebih malang lagi ialah apabila satu-satunya wakil daripada kaum Kadazan-Murut, Dr. Bosie juga hilang jawatan menjadikan DAP Sabah sama seperti DAP-DAP negeri lain, adalah parti yang dikuasai oleh kaum Cina chauvinist semata-mata!

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks