Ahli SAMM mendedahkan bahawa mereka yang berpakaian SAMM dan mencetuskan pergaduhan dengan Unit Amal serta membaling bom asap sebenarnya bukanlah dari kumpulan Chegu Bard sebaliknya dari kumpulan Azmin Ali.
Ini adalah kerana Azmin Ali dikatakan telah mengupah beberapa orang samseng untuk menyertai SAMM bagi membuat provokasi dan seterusnya membaling bom asap ke dalam perhimpunan semalam bagi mencetuskan pergaduhan lebih besar.
Tindakan tersebut telah menyebabkan Unit Amal PAS marah dan menganggap SAMM yang cuba menimbulkan provokasi.
Kumpulan SAMM yang diketuai Badrul Hisham Shaharin @ Chegu Bard, kemudiannya telah diarahkan ke Restoran Pelita untuk berbincang dgn Unit Amal PAS serta memberi penerangan bahawa kumpulan SAMM yang membaling bom asap sebenarnya bukan dari kumpulan Chegu Bard dan sebaliknya dari kumpulan Azmin Ali.
Keadaan tegang melibatkan pertengkaran mulut tercetus apabila Unit Amal PAS tidak dapat menerima penjelasan daripada Chegu Bard yang hadir bersama-sama kumpulan SAMM di Restoran Pelita.
Jam 8:45 malam, kumpulan SAMM meninggalkan Restoran Pelita.
Sementara itu ,berikut adalah kenyataan media daripada Persatuan Jurufoto Media Malaysia ekoran kekasaran dan serangan ganas yang dilakukan oleh anggota-anggota SAMM terhadap wartawan dan jurufoto media semalam.
1 MEI 2014 6PM
KUALA LUMPUR 1 MEI 2014- Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) membidas tindakan segelintir sekumpulan peserta perhimpunan bantah GST menyerang jurufoto media di Dataran Merdeka Kuala Lumpur di sini hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku selepas perhimpunan bersurai, sekumpulan anak muda bertopeng berpakaian serba hitam cuba memprovokasi sekumpulan jurufoto yang membuat liputan dengan kata-kata kesat dan isyarat lucah.
Jurufoto Malaysia Focus, Sharil Amin Abdul Rahim disepak dan ditumnuk manakala jurufoto Malaysia Reseved, Hafzi Mohamad terkena balingan kayu dalam kejadian tersebut.
Menurut Sharil Amin semasa kejadian beliau ternampak sekepul asap yang dinyalakan dari suar oleh kumpulan (pemuda) berkenaan. Semasa menghampiri mereka menghambur kata-kata kesat seterusnya adengan kekecohan mula berlaku.
" MPPA memandang serius kejadian ini kerana perhimpunan ini adalah perhimpunan aman dan di bawah seliaan permit pihak berkuasa. Seharusnya tiada kekecohan tercetus.
" Kami kesal dengan segelintir kumpulan pemuda yang masih bertindal liar dengan menyerang jurufoto media bertugas" jelas Setiausaha Agung MPPA, Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz.
Sehubungan dengan itu MPPA bercadang akan mengemukakan satu laporan polis berhubung kejadian tersebut dan akan mempertimbangkan ke pihak peguam kerana bukti bergambar wujud dalam kejadian tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Macamana nak perintah negara,kalau dalam parti sendiri dok bergaduh
ReplyDelete