(VIDEO) Pergaduhan Antara Penyokong Abdullah Sani Dengan Radhakrishnan Yang Dipanggil 'PARIAH! PARIAH!' Dalam Pemilihan PKR Kuala Langat

Sunday, 11 May 2014

Satu pergaduhan telah tercetus ketika proses pembuangan undi di Dewan Wawasan, Batu 9, Kampung Medan, Teluk Panglima Garang tengah hari tadi. Pergaduhan membabitkan penyokong-penyokong dua orang calon Ketua Cabang Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Radhakrishnan a/l Nallusamy.

Pergaduhan mulai tercetus lebih kurang pukul 11:00 pagi. Walaupun dikatakan punca pergaduhan adalah disebabkan beberapa orang lelaki Melayu yang merupakan penyokong tegar Abdullah Sani menceroboh masuk ke dewan pengundian yang kemudian dibantah oleh para penyokong Radhakrishnan namun, sumber memberitahu punca sebenar pergaduhan tersebut adalah apabila salah seorang daripada lelaki Melayu yang menyokong Abdullah Sani berteriak 'PARIA! PARIA!' kepada penyokong-penyokong Radhakrishnan yang cuba merempuh masuk dewan pengundian bagi menghalang perbuatan sabotaj penyokong Abdullah Sani.

Hampir-hampir sahaja berlaku pergaduhan berdarah kalau tidak dileraikan oleh para petugas pemilihan. Pekarangan dewan tempat berlangsungnya proses pemilihan riuh rendah dengan jerit pekik serta maki hamun kedua-dua belah penyokong.

Memandangkan keadaan semakin tegang, satu perbincangan telah diadakan membabitkan calon-calon Ketua Cabang. Untuk mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang lebih buruk, akhirnya JPP memutuskan untuk meneruskan proses pengundian dengan tambahan masa mengundi sebanyak satu jam dan pusat pengundian hanya akan ditutup pada pukul 6:00 petang.

4 comments:

  1. AYOHYOYOYO.......PARTY PUNYA ELECTION SUDAH FAILED.
    APAMACA MAHU TADBIR NEGARA.............TAKUT NANTI HURUHARA JUGA..AYOYOYO

    ReplyDelete
  2. Muahahaha, Tu la.... Lain kali mulut jangan gatal nak kondem orang lain , SPR lah , UMNO lah , BN lah. Kau orang punya undi pun macam DAP jugak Kalam kabut , kalut dan melalut. Ada cabang kertas undi lagi banyak daripada pengundi ? Kau orang memang kaki sembang , kutuk orang je pandai. Macam mana nak perintah negara macam ni?

    ReplyDelete
  3. Pariah vs melayu belacan, ha ha ha… . bersih ambiga makan biawak…

    ReplyDelete
  4. Kau orang mana tau inilah dipanggil demokrasi al Jubori,satu sistem demokrasi baru yg luarbiasa,seperti luarbiasanya jik seseorang yg boleh main depan belakang.

    ReplyDelete

(VIDEO) Pergaduhan Antara Penyokong Abdullah Sani Dengan Radhakrishnan Yang Dipanggil 'PARIAH! PARIAH!' Dalam Pemilihan PKR Kuala Langat

Sunday, 11 May 2014 ·

Satu pergaduhan telah tercetus ketika proses pembuangan undi di Dewan Wawasan, Batu 9, Kampung Medan, Teluk Panglima Garang tengah hari tadi. Pergaduhan membabitkan penyokong-penyokong dua orang calon Ketua Cabang Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Radhakrishnan a/l Nallusamy.

Pergaduhan mulai tercetus lebih kurang pukul 11:00 pagi. Walaupun dikatakan punca pergaduhan adalah disebabkan beberapa orang lelaki Melayu yang merupakan penyokong tegar Abdullah Sani menceroboh masuk ke dewan pengundian yang kemudian dibantah oleh para penyokong Radhakrishnan namun, sumber memberitahu punca sebenar pergaduhan tersebut adalah apabila salah seorang daripada lelaki Melayu yang menyokong Abdullah Sani berteriak 'PARIA! PARIA!' kepada penyokong-penyokong Radhakrishnan yang cuba merempuh masuk dewan pengundian bagi menghalang perbuatan sabotaj penyokong Abdullah Sani.

Hampir-hampir sahaja berlaku pergaduhan berdarah kalau tidak dileraikan oleh para petugas pemilihan. Pekarangan dewan tempat berlangsungnya proses pemilihan riuh rendah dengan jerit pekik serta maki hamun kedua-dua belah penyokong.

Memandangkan keadaan semakin tegang, satu perbincangan telah diadakan membabitkan calon-calon Ketua Cabang. Untuk mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang lebih buruk, akhirnya JPP memutuskan untuk meneruskan proses pengundian dengan tambahan masa mengundi sebanyak satu jam dan pusat pengundian hanya akan ditutup pada pukul 6:00 petang.

4 comments:

Anonymous said...
11 May 2014 at 20:09  

AYOHYOYOYO.......PARTY PUNYA ELECTION SUDAH FAILED.
APAMACA MAHU TADBIR NEGARA.............TAKUT NANTI HURUHARA JUGA..AYOYOYO

Anonymous said...
11 May 2014 at 20:48  

Muahahaha, Tu la.... Lain kali mulut jangan gatal nak kondem orang lain , SPR lah , UMNO lah , BN lah. Kau orang punya undi pun macam DAP jugak Kalam kabut , kalut dan melalut. Ada cabang kertas undi lagi banyak daripada pengundi ? Kau orang memang kaki sembang , kutuk orang je pandai. Macam mana nak perintah negara macam ni?

Anonymous said...
11 May 2014 at 21:23  

Pariah vs melayu belacan, ha ha ha… . bersih ambiga makan biawak…

Anonymous said...
11 May 2014 at 21:57  

Kau orang mana tau inilah dipanggil demokrasi al Jubori,satu sistem demokrasi baru yg luarbiasa,seperti luarbiasanya jik seseorang yg boleh main depan belakang.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks