Kedua-dua puak ini saling bermusuhan antara satu sama lain dan sentiasa berlumba-lumba mencari pengaruh di kalangan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Kedah.
Pada 9 Mei lalu, puak Interim telah mengadakan ceramah di Dewan Kang Har Tong, Seberang Jalan Putra, Alor Star Kedah dari jam 8:00 malam sehingga 10:45 malam. Jumlah yang hadir adalah seramai lebih kurang 100 orang. Antara yang turut berceramah adalah, Anthony Loke Siew Fook yang merupakan Setiausaha Organisasi DAP Pusat; Vincent Wu Him Ven yang merupakan Penolong Setiausaha Organisasi DAP Pusat; Hew Kuan Yau, penceramah bebas; Tan Kok Yew, ADUN Derga merangkap Setiausaha DAP Kedah; dan Teoh Boon Kok, ADUN Kota Darul Aman merangkap Pengerusi DAP Cawangan Kota Darul Aman.
Dalam ucapannya, Tan Kok Yew mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang telah memberikan sokongan kepada calon-calon dari DAP pada PRU lalu. Bagaimanapun, menurutnya dia sangat bimbang melihat keadaan Menteri Besar Kedah yang telah diberikan pelbagai publisiti hebat tetapi gagal dan masih tidak dapat melakukan sebarang perubahan kepada Negeri Kedah.
Tan Kok Yew juga menyentuh berkenaan Tanah Rezab Melayu yang menurutnya satu pembaziran kepada Negeri Kedah, memandangkan pembinaan sebarang premis di atas Tanah Rezab Melayu hanyalah untuk orang Melayu. Pemilikan oleh bangsa lain, tidak dibenarkan dan itu menurutnya sangat tidak adil, memandangkan hampir keseluruhan kawasan-kawasan berpotensi di bandar-bandar seperti Alor Star merupakan Tanah Rezab Melayu.
Oleh kerana itu, katanya, Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh Mukhriz Mahathir sepatutnya memberikan bantuan dan kemudahan kepada rakyat Negeri Kedah tanpa mengira kaum.
DAP katanya juga, tidak bersetuju HUDUD dilaksanakan di negara ini.
Sementara itu, Teoh Boon Kok pula berkata, Wakil-Wakil Rakyat DAP akan membawa apa-apa juga masalah rakyat ke dalam Dewan Undangan Negeri Kedah. Teoh Boon Kok turut menyelar Dr. Leong Yong Kong yang berkata, bantuan kepada SJKC tidak perlu diberikan kerana SJKC berbelanja secara tidak berhemah. Menurutnya, MCA tidak ada hak untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu memandangkan MCA sendiri adalah sebuah parti yang tidak ada sistem.
Malah menurutnya, Pemuda MCA Kedah tidak berani langsung menggunakan logo MCA dalam risalah-risalah anti Hudud yang disebarkan dalam penganjuran majlis anti-hudud di Sungai Petani beberapa hari lepas. MCA juga menurutnya sebuah parti muflis yang tidak mampu membantu orang Cina. Tidak seperti MCA, DAP katanya juga, tidak mempunyai sebarang peruntukan.
Teoh Boon Kok turut menyatakan perasaan bangga kerana DAP telah menang 38 kerusi Parlimen dan 107 kerusi DUN dan ini merupakan satu sejarah kepada DAP.
Vincent Wu Him Ven pula menyatakan kesedihan berhubung kematian Karpal Singh yang disifatkanya sebagai pemimpin yang dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Sama seperti Tan Kok Yew, Vincent Wu Him Ven turut menyatakan penentangan terhadap hudud kerana menurutnya negara ini terdiri daripada pelbagai jenis masyarakat dan bukannya beragama Islam semata-mata.
Dia turut menuduh, HUDUD sebenarnya merupakan permainan UMNO selain parti lawan itu turut dituduh memainkan isu perkauman bagi memecah belahkan Pakatan Rakyat. Katanya, dalam PRU13, BN hanya mampu mendapat sokongan rakyat sebanyak 47% sahaja dan sekiranya perkara ini berterusan, sudah pasti pada PRU14 nanti, Pakatan Rakyat akan berjaya menguasai Putrajaya dengan DAP menjadi parti dominan yang akan memecahkan tradisi sebagai pemain kuasa utama di Malaysia.
Anthony Loke Siew Fook turut memperkatakan perkara yang sama. Katanya, kejayaan Pakatan Rakyat menguasai undi popular sebanyak 51% memberikan harapan yang cerah kepada DAP untuk menggantikan UMNO sebagai pemain kuasa utama di negara ini. Oleh kerana itulah, DAP akan memastikan persempadanan semula akan memberikan kelebihan kepada DAP khususnya dan sekiranya itu tidak berlaku, DAP tidak akan sokong dan meluluskan persempadanan semula.
Anthony Loke turut menyentuh tentang pesawat MAS MH370 yang menurutnya Kerajaan Malaysia amat tidak bertanggungjawab kerana sehingga sekarang gagal memberikan sebarang jawapan berhubung nasib pesawat itu bersama-sama anak-anak kapal serta penumpangnya. Dalam insiden feri karam di Korea Selatan, menurutnya Perdana Menteri Korea Selatan telah memohon maaf dan sanggup meletakkan jawatan sedangkan Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak pula, sanggup pergi ke Australia semata-mata untuk merakamkan gambar dan bukan meletakkan jawatan.
Menurut Anthony Loke, PRK Parlimen Bukit Gelugor dan PRK Parlimen Teluk Intan merupakan pilihanraya kecil yang amat penting bagi DAP. Kedua-dua PRK tersebut perlu digunakan oleh DAP untuk menerangkan tentang GST yang akan merugikan rakyat, khususnya para peniaga berbangsa Cina kerana cukai yang dikenakan sebanyak 6% akan membebankan.
Anthony Loke turut menyalahkan Jamil Khir Baharom yang telah menyoong hudud dilaksanakan di Kelantan. Sedangkan menurut Anthony Loke, PAS perlu MENDAPATKAN KEIZINAN daripada DAP dan PKR terlebih dahulu sebelum berniat mahu membentangkan usul HUDUD di Parlimen atau mahu melaksanakannya di Kelantan atau di mana-mana bahagian di Malaysia.
Hew Kuan Yau yang turut terkenal kerana maki hamunnya terhadap Kerajaan Malaysia, UMNO dan Barisan Nasional membuat pengumuman kepada para hadiri bahawa mereka boleh membaca semua akhbar berbahasa Cina kecuali SIN CHEW DAILY yang menurutnya tidak memberikan sebarang kebaikan kepada DAP. Dia turut menceritakan bagaimana dia telah tidur di Kuala Lumpur selama beberapa hari semata-mata untuk menyertai perhimpunan Anti-GST.
Katnaya, negara luar melaksanakan GST kerana mereka tidak mengamalkan rasuah sedangkan di Malaysia, segala-galanya adalah rasuah. Jadi menurutnya, GST tidak boleh dilaksanakan kerana ia akan merugikan rakyat Malaysia, khususnya para peniaga berbangsa Cina. Dia turut berkata, segala benda akan dikenakan GST termasuklah seragam sekolah. GST yang akan turut mengawal harga dan mengekang kenaikan harga secara sewenang-wenangnya seperti yang dilakukan oleh kalangan peniaga dan pemborong di negara ini, akan mendatangkan kerugian besar dan mengurangkan keuntungan kepada kaum peniaga yang didominasi oleh orang Cina.
Hew turut menyatakan bahawa perbuatan Bomoh 1Malaysia telah memalukan rakyat Malaysia kerana cuba mencari pesawat MH370 dengan kaedah yang tidak masuk akal. Hew turut mengecam PDRM kerana kes kehilangan senjata api di dalam laut selain kes 29 buah kenderaan polis yang hilang kerana dicuri. Ini merupakan sesuatu yang amat memalukan Malaysia apatah lagi, hampir kesemua anggota polis dari yang berpangkat tinggi sehinggalah berpangkat rendah didominasi oleh orang Melayu.
Begitu juga dengan sistem pendidikan di negara ini yang menurutnya, langsung tidak adil kepada bukan Melayu-Bumiputera apabila pelajar-pelajar bukan Melayu-Bumiputera yang mendapat 10A gagal diterima masuk ke IPTA. Dasar kerajaan yang memberikan keutamaan kepada Melayu-Bumiputera menyebabkan mutu IPTA di Malaysia merosot dengan teruk. Apatah lagi katanya lagi, pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera bukannya berminat dengan pelajaran dan hasilnya dapat dilihat menerusi ranking IPTA Malaysia berbanding dunia.
Menyentuh PRK Bukit Gelugor menurutnya, DAP perlu pilih HARIMAU dan bukannya ANJING.
Majlis ceramah berkenaan merupakan anjuran INTERIM DAP Kedah dan melihat kepada sambutan yang diberikan, masyarakat setempat ternyata memberikan reaksi yang baik. Rata-rata hadirin yang hadir berumur dalam lingkungan 21 tahun sehingga 70 tahun. Hadiri terdiri daripada kalangan masyarakat Cina yang merupakan ahli dan penyokong DAP.
Sebelum ceramah dijalankan penganjur telah menjemput semua hadirin berdiri sebagai tanda penghormatan terhadap kematian mendiang karpal singh selama seminit. Kutipan derma telah dijalankan dan berjaya memungut sebanyak RM1032.
Pada masa yang sama, pada sebelah pagi, 2 banner berukuran 3x6 bertulisan Bahasa Cina berwarna hijau telah dikesan. Maksud tulisan tersebut adalah, 'MENYOKONG HUKUMAN HUDUD' di pasang di hadapan Pejabat INTERIM DAP KEDAH dan dua lagi banner turut dikesan di hadapan Pasaraya Sentosa, Jalan putra, Alor Star.
Difahamkan banner tersebut dipasang oleh satu puak DAP Kedah sebagai tanda sokongan terhadap pas yang mahu melaksanakan hukuman hudud di Malaysia.
Apa kata ISMA...
ReplyDeleteKAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
Deletedan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka [1867] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 570 JUTA , wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI JAYA WARSITO akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]
ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D
ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND
ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D
DAN PESUGIHAN TUYUL
DIA TAKUT GST KERANA,DIA TAHU KUASA PENIAGA BANGSA DIA YG HARAMI LAGI PENGHISAP DARAH TU AKAN TERBANTUT,DIA TUDUH KERAJAAN BN RASUAH PULAK IBARAT KATA PEPATAH ARAB ( DIA PUKUL ORANG,DIA DAKWA ORANG PUKUL DIA) PADAHAL KAUM DIA TERSOHOR SELURUH DUNIA SEBAGAI BANGSA PERASUAH PALING TOP.DIA HINA PELAJAR MELAYU KERANA KALAU BOLEH SEMUA STUDENT U ADALAH BANGSA DIA SAJA,TAK PAYAH ADA BANGSA LAIN
ReplyDelete