Menariknya, Nga Kor Ming yang cuba menyindir kononnya kenaikan harga minyak akan menyebabkan rakyat Malaysia jatuh muflis dan papa kedana, sekadar menggambarkan penggunaan kereta lembu di dalam akaun Facebooknya.
Bagaimana pula dengan kekayaan yang dimiliki oleh Nga Kor Ming? Tidakkah ia diperolehi ketika negara ini di bawah pentadbiran Barisan Nasional?
Hakikatnya, kenaikan harga minyak tidak akan menyebabkan sesiapa pun menjadi miskin sepertimana yang cuba digambarkan walaupun pada masa yang sama peningkatan kos berlaku dalam semua sektor terutama sekali harga barangan dan perkhidmatan.
Nga Kor Ming yang begitu mengkagumi Singapura dan Lee Kuan Yew merupakan antara golongan yang mendapat banyak keistimewan serta peluang yang tidak diperolehi oleh orang lain, mahupun oleh Melayu-Bumiputera. Di sebalik laungannya kononnya kenaikan harga minyak boleh menyebabkan rakyat menjadi susah, Nga Kor Ming sendiri berjaya mengumpul kekayaan dengan cara luar biasa, seolah-olah dia mendapat lampu ajaib Aladdin.
Dari seorang ahli politik dan peguam biasa, kini Nga Kor Ming memiliki puluhan ribu hektar tanah menerusi syarikat-syarikat proksinya selain menerusi syarikat-syarikat pemaju hartanah yang sudah tentu memberi tanah-tanah secara murah dengan menggunakan pendekatan 'dalaman' bukannya berdasarkan tanding dan tender.
Kita percaya, Nga Kor Ming tidak akan hidup melarat walaupun dia cuba menimbulkan persepsi bahawa rakyat Malaysia akan hidup susah. Malahan dia akan bertambah-tambah kaya walaupun harga minyak naik 1000%. Koleksi hartanya juga akan bertambah, malah dia boleh bertukar-tukar kereta mewah walaupun sekadar menjadi ahli politik pembangkang!
Cina DAP jadi kaya ....kena tanya Nik aziz.....dia ganti Nizar Lilin dgn apa ?? ......tak kan lupa kot !
ReplyDeleteItu sedekah bro, SADAQAH aaaa.. jangan sebut rasuah aaa. Nt tak dapat masuk sorga.
DeleteMinta izin WM untuk iklan
ReplyDeleteAda sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??
Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah
Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar (boleh runding) walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!
Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hubungi segera sms ke 013 2704567..ayuh tolong saya selamatkan tanah melayu !!
Bukan Kok Min sahaja yang kaya dan mewah.Anwar, Azmin, Mat Sabu, Guan Eng, Mak Lampir Nizar jika mereka ini melarat sudah tentu mereka naik bas, keretapi atau kayuh sampan.
ReplyDeleteMreka boleh terbang ke pelusuk dunia memburukan negara. Ada bas mewah untuk berkempen ada jet peribadi. Kaya sungguh jadi pembangkang. Boleh anjur demonstrasi dengan upah yang cukup banyak.
Mana ada pemimpin pembangkang naik kapcai pergi kerja. Kononnya bela rakyat. Hampas!