1. Sebelum memasukki mana2 premis bagi melakukan tangkapan, hendaklah didahului dengan assalamualaikum (bagi penjenayah beragama Islam) dan ucapan Selamat Pagi, Petang atau Malam bagi menangkap penjenayah2 bukan Islam.
2. Selepas bagi salam, hendaklah diikuti dgn menjual beberapa rangkap pantun sebagai kata2 aluan. Gunakan pantun 4 kerat, kalau boleh digalakkan pakai pantun 6 kerat, atau sekurang2nya pantun dua kerat, kerana kalau tak berpantun, takut kita yang kena kerat.
3. Dilarang menembak walau dalam apa keadaan sekali pun, utk mengelakkan sebarang kematian, kerana nyawa penjenayah2 itu memang amat berhagra bagi sesetengah ahli2 politik dan hakim mahkamah kita.
4. Sekiranya penjenayah melepaskan tembakan, kita hanya dibenarkan mengelak peluru tersebut macam aksi Wong Fei Hong, atau pun menangkap peluru itu, sama seperti yg dilakukan Sivaji The Bos dalam aksi2 filem2 Tamil itu.
5. Sekiranya keadaan mendesak, kita hanya dibenarkan ‘mengfire’ penjenayah2 tersebut, itu pun pada kadar voltan yg rendah …. (ala2 lampu ultaman yg dah lip lap lip lap itu), utk mengelakkan kematian dipihak penjenayah.
6. Sekiranya mampu, kita juga digalakkan menggunakan pukau terhadap penjenayah (ala2 amalan gang Tuhan Harun itu), dengan harapan penjenayah akan menyerahkan senjatapi mereka selepas pukau dilakukan.
7. Sesuai dengan nasihat salah seorang ahli politik yg berstatus Presiden Parti dinegara kita ini … kita juga dinasihatkan supaya belajar silat, tak kiralah silat apa sekalipun, termasuk silat pulut.
8. Arahan2 ini perlu dipatuhi, kerana menurut sesetengah ahli2 politik dan hakim-hakim mahkamah di negara kita ini, penjenayah2 tersebut belum tentu bersalah … walau pun mereka mempunyai senjatapi, kerana mungkin saja senjatapi itu sengaja digunakan oleh penjenayah2 sebagai accessories tambahan sahaja.
9. Lagi satu, arahan supaya tidak menembak penjenayah2 ini juga perlu dipatuhi, kerana dikhuatiri kalau2 penjenayah2 ini saudara mara ahli2 politik atau hakim-hakim mahkamah, atau pun ada kabel dgn mereka. Yang lebih penting, perlu meminta kebenaran hakim terlebih dahulu untuk lepaskan tembakan walaupun penjenayah telah menembak mati beberapa orang anggota polis. Paling terbaik untuk mengelakkan kematian penjenayah, polis hendaklah memaklumkan kepada para hakim dan mengajak mereka ke tempat kejadian terlebih dahulu untuk memastikan SOP dipatuhi bagi mengelakkan 'PERTEMBUNGAN PALSU' sebagaimana yang dinyatakan oleh salah seorang hakim Mahkamah Rayuan beberapa hari lepas.
10. Akhir sekali, kejayaan sesuatu operasi itu bergantung kuat pada sejauh mana kita dapat mematuhi wSOP ini, dan eloklah SOP ini kita namakan ‘Silat Orang Polis’ kerana keunikannya.
Desyummmm!!!!
“Berkhidmat Untuk Ahli2 Politik dan Hakim-Hakim Mahkamah Malaysia”
Kahkahkah..... One of the most hilarious SOPs I have ever come across in my life. Gerenti Surendran approve punya.
ReplyDeleteharap ketua polis negara mengguna pakai sop diatas utk panduan jabatan polis..AG pasti setuju....senang kojo dio....alahai bongap amekk...
ReplyDeleteharap ketua polis negara mengguna pakai sop diatas utk panduan jabatan polis..AG pasti setuju....senang kojo dio....alahai bongap amekk...
ReplyDelete