KERANA AZHAR IDRUS, ANWAR IBRAHIM KEMBALI DAPAT TARIK LEBIH RAMAI PENDEMONSTRASI PADA 28 DAN 29 OKTOBER

Thursday, 23 October 2014

Seperti yang dijangkakan oleh ramai orang, menjelang 28 Oktober, semakin banyak perkara pelik yang akan berlaku, sepertimana dalam kes-kes melibatkan perbicaraan Anwar Ibrahim yang lain. Ramai sudah menjangkakan, Anwar Ibrahim dan konco-konconya tidak akan tinggal diam apatah lagi melihat sokongan yang begitu lembap dan tidak menggalakkan sepanjang kempen untuk menggalakkan orang ramai menyertai demonstrasi pada 28 dan 29 Oktober di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya.

Sesuatu yang lebih dahsyat perlu dilakukan, sekaligus akan menimbulkan kebencian yang teramat sangat kepada UMNO dan Barisan Nasional. UMNO yang sudah lama dikatakan menyebarkan fitnah, sekali lagi akan menjadi kambing hitam dalam usaha yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Bermula daripada Oktoberfest, hari sentuh anjing, Zairil-Dyana Sofya dan kini, jauh lebih diyakini dapat menarik lebih ramai pendengar ceramahnya, Azhar Idrus pula digunakan untuk tujuan tersebut.

Klip video membabitkan individu menyerupai Azhar Idrus dan isteri ketiganya, sekurang-kurangnya telah seminggu beredar. Namun oleh kerana penerima peringkat awal menyedari ia hanyalah merupakan umpan untuk sokongan kepada Anwar Ibrahim, klip video tersebut tidak disiarkan.

Perangkap tersebut menggunakan orang UMNO yang pro-Anwar Ibrahim. Menyedari bahawa klip video tersebut tidak akan menjadi viral jikalau tidak melibatkan golongan pemain media sosial, taktik diubah. Akhirnya bermula pada tengah malam tadi, sebahagian daripada klip video atau print-screen klip video tersebut disebarkan secara meluas menerusi blog dan Facebook.

Minat kepada perkara-perkara sensasi mendorong, kepantasan penyebaran berkenaan tanpa pemain-pemain media sosial berkenaan sedar yang mereka sedang masuk perangkap bagi mendapatkan simpati untuk Anwar Ibrahim dengan mengorbankan Azhar Idrus.

Kalau diperhatikan ini adalah modus operandi yang sama dikenakan kepada Mustafa Ali ketika Mustafa Ali yang merupakan Setiausaha Agung PAS menyatakan tentangan dan kemarahan kepada sikap biadap PKR yang mencampuri urusan dalaman PAS. PKR cukup dengan menggunakan pemain-pemain media sosial pro-UMNO untuk tujuan berkenaan. Hasilnya, Mustafa Ali menikus dan jadi seorang penakut apabila klip videonya bersama-sama seorang wanita Melayu menjadi viral.

Begitu juga dengan Nurul Izzah. Nurul Izzah hampir pasti kalah di Parlimen Lembah Pantai di tangan Nong Chik. Sesuatu yang drastik perlu dilakukan. Klip video yang menampilkan individu yang kelihatan seperti Nurul Izzah dalam sebuah video kabur, telah digunakan pada saat-saat akhir PRU-13 untuk menarik simpati kepada Nurul Izzah. Hasilnya, Nurul Izzah menang walaupun tipis di Parlimen Lembah Pantai.

Dalam kedua-dua pendedahan itu, UMNO telah dijadikan punching bag. UMNO dipersalahkan kerana menyebarkan fitnah. UMNO juga dikatakan amat berminat dengan seks, sekalipun yang didedahkan ketagihan seks sampai ke peringkat terlarang adalah para pemimpin Pakatan Rakyat.

Kini, perkara yang sama digunakan. Azhar Idrus merupakan ikon penceramah agama walaupun banyak pendapat serta perbuatannya tidak selari sebagai tokoh agama. Namun tidak dinafikan, kepopularitiannya sebagai penceramah, telah digunakan secara meluas oleh PAS bagi menarik kehadiran ramai pendengar setiap kali PRK melibatkan Pakatan Rakyat. PKR turut menumpang kepopularitian Azhar Idrus.

Pendedahan klip video hubungan intim antara Azhar Idrus dengan salah seorang isterinya, pasti menaikkan kemarahan para peminat dan pemercayanya. Pihak yang dimarah dan dibenci serta dituduh menyebarkan klip video tersebut sudah tentulah UMNO. Dan kemarahan tersebut sudah tentu akan menjadi sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim yang sedang kemarau sokongan, tiba-tiba sahaja akan mendapat perhatian serta sokongan yang lebih besar kesan kemarahan para pemercaya dan pengikut Azhar Idrus kepada UMNO.

Permainan yang ringkas dan mudah, tetapi seperti biasa, kerapkali menjerat UMNO yang tidak tahu apa-apa!

10 comments:

  1. takkan tak boleh dicari puncanya..

    ReplyDelete
  2. Tak dapat guna PAS dapat guna Ustaz idrus pun jadilah. Dah tak ada puak yang nak berguling-guling atas jalan lagi.

    ReplyDelete
  3. tu pasal politik tu kotor,,,..orang politik mana boleh harap ,,,kita baca macam ni....isu ni jadi pasal ada orang tengah terdessak,.....UAI bukan orang politik pun...tak dapun dia sebelah mana2 pun...semua parti politik pernah kena hentam dgn dia......kalau isu ni jadi nampak sangat nak tumpang populiriti dia...agak2 nya siapa yang tumpang....siapa yang terdesak...MANUSIA HANYA MERANCANG....SEMOGA PENABUR FITNAH....KENA LAKNAT...kita sama2 doa ...semoga di beri petunjuk.....amin

    ReplyDelete
  4. tapi kalu kerja2 mcm ni siapa lagi yg buat, mesti geng parpukari n papagomo la..

    ReplyDelete
  5. Media di Malaysia bukan seperti di Indonesia yang suka mereka reka cerita.....masakan pokok boleh bergoyang kalau tiada angin.....wait and see je!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn jd pasif sgt. Sapa kata xde angin pokok tak goyang? Masalahnya atas pokok bnyk beruk dan monyet sedang melompat. Itu pasal pokok goyang..!!! Beruk dan monyet sedang kepanasan sbb tarikh 28hb makin dekat. Beruk dan monyet sedang all out...

      Delete
  6. UAI jgn sentuh politik politik lg, jgn pro mana mana, be neutral.
    This video / picture abaikan aje, tak payah layan. Org tanya pun tak payah layan.
    Blogger and facebooker, tweeterer and whatsuprer, stop spreading.

    ReplyDelete
  7. Jangan masuk perangkap Bang Non. Taktik ni sering kali digunakan kalau Bang Non terdesak. Senang je salahkan UMNO. Masa PRK Teluk Intan, gambar seakan dyana sofya pakai bikini disiarkan...masa tu bloggers terus masukkan dalam blog dan jadi viral tetibe rupanya bukan. Ni lah taktik tersedak ....Senang je salahkan UMNO. Now UAI pon kene??!! aduyai....Bloggers pro kerajaan hati2 ..umpan telah dipasang...kalau tak makan ia belum berakhir lagi. Setuju ngan artikel sbb setiap kali ada perkara besar ada sahaja bende pelik keluar. Sbelum2 ni semua umpan dimakan. takkan nak diperbodohkan lagi??

    ReplyDelete

KERANA AZHAR IDRUS, ANWAR IBRAHIM KEMBALI DAPAT TARIK LEBIH RAMAI PENDEMONSTRASI PADA 28 DAN 29 OKTOBER

Thursday, 23 October 2014 ·

Seperti yang dijangkakan oleh ramai orang, menjelang 28 Oktober, semakin banyak perkara pelik yang akan berlaku, sepertimana dalam kes-kes melibatkan perbicaraan Anwar Ibrahim yang lain. Ramai sudah menjangkakan, Anwar Ibrahim dan konco-konconya tidak akan tinggal diam apatah lagi melihat sokongan yang begitu lembap dan tidak menggalakkan sepanjang kempen untuk menggalakkan orang ramai menyertai demonstrasi pada 28 dan 29 Oktober di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya.

Sesuatu yang lebih dahsyat perlu dilakukan, sekaligus akan menimbulkan kebencian yang teramat sangat kepada UMNO dan Barisan Nasional. UMNO yang sudah lama dikatakan menyebarkan fitnah, sekali lagi akan menjadi kambing hitam dalam usaha yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Bermula daripada Oktoberfest, hari sentuh anjing, Zairil-Dyana Sofya dan kini, jauh lebih diyakini dapat menarik lebih ramai pendengar ceramahnya, Azhar Idrus pula digunakan untuk tujuan tersebut.

Klip video membabitkan individu menyerupai Azhar Idrus dan isteri ketiganya, sekurang-kurangnya telah seminggu beredar. Namun oleh kerana penerima peringkat awal menyedari ia hanyalah merupakan umpan untuk sokongan kepada Anwar Ibrahim, klip video tersebut tidak disiarkan.

Perangkap tersebut menggunakan orang UMNO yang pro-Anwar Ibrahim. Menyedari bahawa klip video tersebut tidak akan menjadi viral jikalau tidak melibatkan golongan pemain media sosial, taktik diubah. Akhirnya bermula pada tengah malam tadi, sebahagian daripada klip video atau print-screen klip video tersebut disebarkan secara meluas menerusi blog dan Facebook.

Minat kepada perkara-perkara sensasi mendorong, kepantasan penyebaran berkenaan tanpa pemain-pemain media sosial berkenaan sedar yang mereka sedang masuk perangkap bagi mendapatkan simpati untuk Anwar Ibrahim dengan mengorbankan Azhar Idrus.

Kalau diperhatikan ini adalah modus operandi yang sama dikenakan kepada Mustafa Ali ketika Mustafa Ali yang merupakan Setiausaha Agung PAS menyatakan tentangan dan kemarahan kepada sikap biadap PKR yang mencampuri urusan dalaman PAS. PKR cukup dengan menggunakan pemain-pemain media sosial pro-UMNO untuk tujuan berkenaan. Hasilnya, Mustafa Ali menikus dan jadi seorang penakut apabila klip videonya bersama-sama seorang wanita Melayu menjadi viral.

Begitu juga dengan Nurul Izzah. Nurul Izzah hampir pasti kalah di Parlimen Lembah Pantai di tangan Nong Chik. Sesuatu yang drastik perlu dilakukan. Klip video yang menampilkan individu yang kelihatan seperti Nurul Izzah dalam sebuah video kabur, telah digunakan pada saat-saat akhir PRU-13 untuk menarik simpati kepada Nurul Izzah. Hasilnya, Nurul Izzah menang walaupun tipis di Parlimen Lembah Pantai.

Dalam kedua-dua pendedahan itu, UMNO telah dijadikan punching bag. UMNO dipersalahkan kerana menyebarkan fitnah. UMNO juga dikatakan amat berminat dengan seks, sekalipun yang didedahkan ketagihan seks sampai ke peringkat terlarang adalah para pemimpin Pakatan Rakyat.

Kini, perkara yang sama digunakan. Azhar Idrus merupakan ikon penceramah agama walaupun banyak pendapat serta perbuatannya tidak selari sebagai tokoh agama. Namun tidak dinafikan, kepopularitiannya sebagai penceramah, telah digunakan secara meluas oleh PAS bagi menarik kehadiran ramai pendengar setiap kali PRK melibatkan Pakatan Rakyat. PKR turut menumpang kepopularitian Azhar Idrus.

Pendedahan klip video hubungan intim antara Azhar Idrus dengan salah seorang isterinya, pasti menaikkan kemarahan para peminat dan pemercayanya. Pihak yang dimarah dan dibenci serta dituduh menyebarkan klip video tersebut sudah tentulah UMNO. Dan kemarahan tersebut sudah tentu akan menjadi sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim yang sedang kemarau sokongan, tiba-tiba sahaja akan mendapat perhatian serta sokongan yang lebih besar kesan kemarahan para pemercaya dan pengikut Azhar Idrus kepada UMNO.

Permainan yang ringkas dan mudah, tetapi seperti biasa, kerapkali menjerat UMNO yang tidak tahu apa-apa!

10 comments:

Anonymous said...
23 October 2014 at 11:16  

takkan tak boleh dicari puncanya..

Anonymous said...
23 October 2014 at 11:42  

Tak dapat guna PAS dapat guna Ustaz idrus pun jadilah. Dah tak ada puak yang nak berguling-guling atas jalan lagi.

Anonymous said...
23 October 2014 at 11:45  

tu pasal politik tu kotor,,,..orang politik mana boleh harap ,,,kita baca macam ni....isu ni jadi pasal ada orang tengah terdessak,.....UAI bukan orang politik pun...tak dapun dia sebelah mana2 pun...semua parti politik pernah kena hentam dgn dia......kalau isu ni jadi nampak sangat nak tumpang populiriti dia...agak2 nya siapa yang tumpang....siapa yang terdesak...MANUSIA HANYA MERANCANG....SEMOGA PENABUR FITNAH....KENA LAKNAT...kita sama2 doa ...semoga di beri petunjuk.....amin

Anonymous said...
23 October 2014 at 11:56  

tapi kalu kerja2 mcm ni siapa lagi yg buat, mesti geng parpukari n papagomo la..

Anonymous said...
23 October 2014 at 12:05  

Butoh pak hang la!!!

Anonymous said...
23 October 2014 at 12:12  

Media di Malaysia bukan seperti di Indonesia yang suka mereka reka cerita.....masakan pokok boleh bergoyang kalau tiada angin.....wait and see je!!!

Anonymous said...
23 October 2014 at 12:55  

Jgn jd pasif sgt. Sapa kata xde angin pokok tak goyang? Masalahnya atas pokok bnyk beruk dan monyet sedang melompat. Itu pasal pokok goyang..!!! Beruk dan monyet sedang kepanasan sbb tarikh 28hb makin dekat. Beruk dan monyet sedang all out...

Anonymous said...
23 October 2014 at 13:01  

UAI jgn sentuh politik politik lg, jgn pro mana mana, be neutral.
This video / picture abaikan aje, tak payah layan. Org tanya pun tak payah layan.
Blogger and facebooker, tweeterer and whatsuprer, stop spreading.

Anonymous said...
23 October 2014 at 14:05  

pantat mak hang la..!!!

Anonymous said...
23 October 2014 at 14:35  

Jangan masuk perangkap Bang Non. Taktik ni sering kali digunakan kalau Bang Non terdesak. Senang je salahkan UMNO. Masa PRK Teluk Intan, gambar seakan dyana sofya pakai bikini disiarkan...masa tu bloggers terus masukkan dalam blog dan jadi viral tetibe rupanya bukan. Ni lah taktik tersedak ....Senang je salahkan UMNO. Now UAI pon kene??!! aduyai....Bloggers pro kerajaan hati2 ..umpan telah dipasang...kalau tak makan ia belum berakhir lagi. Setuju ngan artikel sbb setiap kali ada perkara besar ada sahaja bende pelik keluar. Sbelum2 ni semua umpan dimakan. takkan nak diperbodohkan lagi??

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks