Sekarang, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menjalankan operasi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan membabitkan lampu, nombor pendaftaran dan cermin gelap. Ramai yang kena dan ramai yang terkena. Ramai yang tidak berpuas hati dan ramai juga yang merasakan, JPJ tidak bersikap adil kerana kebanyakan kenderaan mewah yang melanggar ketiga-tiga peraturan membabitkan lampu, nombor pendaftaran dan cermin gelap lepas begitu sahaja.
Barangkali kerana terkilan dengan sikap double-standard yang ditunjukkan oleh JPJ, orang ramai mulai menyiarkan gambar-gambar membabitkan kenderaan JPJ sendiri. Antara yang menjadi 'mangsa' adalah kenderaan Ketua Pengarah JPJ.
Ada yang berkata, cermin gelap diperlukan bagi menjaga keselamatan Ketua Pengarah JPJ. Lantas orang ramai turut mempersoalkan, adakah keselamatan orang awam juga tidak sepenting keselamatan Ketua Pengarah JPJ?
Justeru, orang ramai mendesak agar JPJ tampil memberikan penjelasan berhubung perkara ini.
0 comments:
Post a Comment