JET PEJUANG UKRAINE TEMBAK MH17... SATU PERDEBATAN!

Sunday, 16 November 2014

Jika semalam sebuah laporan dari egensi penyiasatan Rusia melaporkan mengenai satu atau dua jet pejuang dikesan berdekatan dengan pesawat MH17 ketika ianya terhempas di Ukrain, hari ini satu gambar yang didakwa saat pesawat pejuang Ukrain melepaskan tembakan tepat ke pesawat MH17 pula disebar oleh media Rusia.



Baca : Pesawat Lain Berdekatan Dengan MH17 Ketika Terhempas - Laporan



Gambar tersebut didakwa diambil dari satelit US ataupun British.







Bagaimanpun, ramai yang mempersoalkan kesahihan gambar tersebut lebih-lebih lagi resolusi gambar berkenaan yang begitu jelas.



Seorang pemilik akaun Twitter, Brown Moses, menyatakan beberapa tekstur peta yang digunakan di dalam gambar tersebut berasal dari peta google earth pada tahun 2012.







Brown Moses juga mendedahkan peta yang digunakan sebagai latar belakang pesawat ketika 'zoom in' berasal dari peta laman webyandax.







Dan satu lagi isu yang menjadi persoalan ramai adalah jarak tembakan jet pejuang berkenaan yang berukuran kira-kira 50 kilometer. Jarak ini bercanggah dengan laporan yang dikeluarkan oleh Rusia juga baru-baru ini yang mengatakan MH17 diserang dari jarak 400 meter sahaja




Jarak yang dikira menggunakan posisi jet pejuang berada dan posisi MH17 berada adalah 50KM. Pengiraan dibuat berdasarkan struktur bumi dan bantuan Google Maps.



Laporan yang menyatakan pesawat diserang dari jarak 400m oleh Rusia - 1TV.ru adalah media dari Rusia yang menyiarkan laporan tersebut.


Hasil dari siasatan pengguna internet juga, gambar yang didakwa MH17 dikatakan berasal dari satu gambar yang mana asalnya merupakan gambar bagi wallpaper desktop.








Selain dari isu diatas, beberapa perkara lain juga dibangkitkan oleh pengguna-pengguna di internet seperti saiz kapal terbang dengan jarak permukaan bumi, kedudukan lambang MAS, masa yang dipaparkan dalam gambar berkenaan dan juga bahagian kapal terbang yang terkena tembakan .


5 comments:

  1. Ada 2 pilihan, nak percaya Rusia atau blok barat asuhan Amerika? Rekod blok barat asuhan Amerika terbukti sentiasa menipu...

    ReplyDelete
  2. rasanya bukan pernyataan rasmi Russia. Ianya dari TV. Mungkin sengaja di buat oleh barat untuk bagi Russia nampak bodoh. Perlu di sebut gambar fake itu kononnya dari satelit uk/us dan sengaja di dedahkan kepada media Russia lalu di war-war sebagai pernyataan rasmi Russia kononnya lalu di siarkan satu lalu nampak Russia bodoh. Habis riuh satu dunia kecoh kata Russia guna foto fake Benda ni jangan lihat satu lapis sahaja dalam bab-bab menipu ni.

    ReplyDelete
  3. jangan cepat sgt terkentut, maksudnya jangan terus ambil respon muktamad. itu baru cerita dari media, bukanpun kenyataan rasmi kerajaan rusia. bersangkutan dengan berita media ini, media asuhan barat pula akan mencari akal bagi menunjukkan rusia nampak bodoh. mereka bermain dengan emosi anggota keluarga mangsa. sebagai media di negara yg menjadi mangsa, seharusnya berhati2 dalam melapor. pilih yang betul sahajalah ye....

    ReplyDelete
  4. Pelik dlam masa x smpai stahun, 2 kapal trbang brakhir dngan tragedi yg pelik2x...jika ini brlaku krna ktntuan tuhan kita trima dngan reda...ttpi jika ad pihak yg cuba mmbuat "kkecohan"demi kpntingan.....?apkah muslihat di sbalik tragis ini...

    ReplyDelete
  5. kalau peluru berpandu darat ke udara..mana dia vapor trail yang dihasilkan oleh peluru berpandu tersebut? Dalam banyak2 video dan juga gambar yang diambil..tidak ada satu pun yang menunjukkan vapor trail tersebut. Main mercun pun ada vapor trail..inikan pula peluru berpandu...

    ReplyDelete

JET PEJUANG UKRAINE TEMBAK MH17... SATU PERDEBATAN!

Sunday, 16 November 2014 ·

Jika semalam sebuah laporan dari egensi penyiasatan Rusia melaporkan mengenai satu atau dua jet pejuang dikesan berdekatan dengan pesawat MH17 ketika ianya terhempas di Ukrain, hari ini satu gambar yang didakwa saat pesawat pejuang Ukrain melepaskan tembakan tepat ke pesawat MH17 pula disebar oleh media Rusia.



Baca : Pesawat Lain Berdekatan Dengan MH17 Ketika Terhempas - Laporan



Gambar tersebut didakwa diambil dari satelit US ataupun British.







Bagaimanpun, ramai yang mempersoalkan kesahihan gambar tersebut lebih-lebih lagi resolusi gambar berkenaan yang begitu jelas.



Seorang pemilik akaun Twitter, Brown Moses, menyatakan beberapa tekstur peta yang digunakan di dalam gambar tersebut berasal dari peta google earth pada tahun 2012.







Brown Moses juga mendedahkan peta yang digunakan sebagai latar belakang pesawat ketika 'zoom in' berasal dari peta laman webyandax.







Dan satu lagi isu yang menjadi persoalan ramai adalah jarak tembakan jet pejuang berkenaan yang berukuran kira-kira 50 kilometer. Jarak ini bercanggah dengan laporan yang dikeluarkan oleh Rusia juga baru-baru ini yang mengatakan MH17 diserang dari jarak 400 meter sahaja




Jarak yang dikira menggunakan posisi jet pejuang berada dan posisi MH17 berada adalah 50KM. Pengiraan dibuat berdasarkan struktur bumi dan bantuan Google Maps.



Laporan yang menyatakan pesawat diserang dari jarak 400m oleh Rusia - 1TV.ru adalah media dari Rusia yang menyiarkan laporan tersebut.


Hasil dari siasatan pengguna internet juga, gambar yang didakwa MH17 dikatakan berasal dari satu gambar yang mana asalnya merupakan gambar bagi wallpaper desktop.








Selain dari isu diatas, beberapa perkara lain juga dibangkitkan oleh pengguna-pengguna di internet seperti saiz kapal terbang dengan jarak permukaan bumi, kedudukan lambang MAS, masa yang dipaparkan dalam gambar berkenaan dan juga bahagian kapal terbang yang terkena tembakan .



5 comments:

Anonymous said...
16 November 2014 at 11:32  

Ada 2 pilihan, nak percaya Rusia atau blok barat asuhan Amerika? Rekod blok barat asuhan Amerika terbukti sentiasa menipu...

Anonymous said...
16 November 2014 at 12:33  

rasanya bukan pernyataan rasmi Russia. Ianya dari TV. Mungkin sengaja di buat oleh barat untuk bagi Russia nampak bodoh. Perlu di sebut gambar fake itu kononnya dari satelit uk/us dan sengaja di dedahkan kepada media Russia lalu di war-war sebagai pernyataan rasmi Russia kononnya lalu di siarkan satu lalu nampak Russia bodoh. Habis riuh satu dunia kecoh kata Russia guna foto fake Benda ni jangan lihat satu lapis sahaja dalam bab-bab menipu ni.

Anonymous said...
16 November 2014 at 22:22  

jangan cepat sgt terkentut, maksudnya jangan terus ambil respon muktamad. itu baru cerita dari media, bukanpun kenyataan rasmi kerajaan rusia. bersangkutan dengan berita media ini, media asuhan barat pula akan mencari akal bagi menunjukkan rusia nampak bodoh. mereka bermain dengan emosi anggota keluarga mangsa. sebagai media di negara yg menjadi mangsa, seharusnya berhati2 dalam melapor. pilih yang betul sahajalah ye....

Anonymous said...
17 November 2014 at 07:50  

Pelik dlam masa x smpai stahun, 2 kapal trbang brakhir dngan tragedi yg pelik2x...jika ini brlaku krna ktntuan tuhan kita trima dngan reda...ttpi jika ad pihak yg cuba mmbuat "kkecohan"demi kpntingan.....?apkah muslihat di sbalik tragis ini...

Anonymous said...
17 November 2014 at 10:30  

kalau peluru berpandu darat ke udara..mana dia vapor trail yang dihasilkan oleh peluru berpandu tersebut? Dalam banyak2 video dan juga gambar yang diambil..tidak ada satu pun yang menunjukkan vapor trail tersebut. Main mercun pun ada vapor trail..inikan pula peluru berpandu...

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks