RM250 JUTA DIUNGKIT-UNGKIT, TAPI RM305 JUTA DIDIAMKAN SAJA... ITU PERANGAI PENYOKONG PAKATAN!

Sunday, 9 November 2014



Bukan main bising lagi para penyokong Pakatan Rakyat apabila Kerajaan mengambil tindakan menuntut pinjaman daripada NFC. Semuanya diungkit. Semuanya juga dijadikan konspirasi dan semuanya digambarkan sebagai rasuah. Dan kalau kita ikuti semua 'cakap-cakap' Pakatan Rakyat, RM250 juta itu adalah satu dosa, walaupun sebenarnya kes tersebut mempunyai peristiwanya sendiri, terutama yang membabitkan sekatan dan sebagainya.

RM250 juta merupakan satu 'dosa'.

Bagaimana dengan RM305 juta?

RM250 juta untuk membangunkan industri daging lembu halal tetapi akhirnya kecundang di tangan kartel-kartel daging yang menguasai pasaran Malaysia masakini yang memperuntukkan hampir RM1 bilion untuk memastikan usaha kerajaan menerusi NFC terbantut, gagal dan dibatalkan.

RM305 juta dengan RM250, mana yang lebih besar? Mana yang lebih memberikan impak?

Pakatan Rakyat cuba membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia menerusi pinjaman mudah RM250 juta kepada syarikat yang sememangnya boleh menaikkan mutu dan tahap kualiti daging lembu halal di Malaysia dan tidak lagi bergantung kepada daging-daging yang diragui statusnya yang dibawa masuk oleh para kartel dari negara-negara Asia Selatan. Sedangkan jumlah tersebut perlu dibayar kembali oleh syarikat berkenaan.

Malangnya, akaun dan aktiviti syarikat tersebut telah dibekukan. Tiada cara lain untuk membayar pinjaman mudah tersebut.

Anehnya, pada masa yang sama, KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG yang diketuai oleh Lim Guan Eng secara sengaja dan dalam keadaan sedar, telah MENGHADIAHKAN menerusi pembayaran RM 305JUTA kepada sebuah syarikat yang hanya melakukan 'feasibility studies' untuk satu projek mega yang langsung tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat mahupun penduduk Pulau Pinang.

RM305 juta itu tidak perlu dibayar langsung sama ada kajian yang dilakukan itu berjaya atau sebaliknya. Ia seolah-olah satu hadiah daripada Lim Guan Eng kepada syarikat yang menjadi proksinya bagi menyonglap wang rakyat Pulau Pinang. Dan telah didedahkan, bahkan diakui sendiri oleh Lim Guan Eng bahawa syarikat berkenaan merupakan syarikat yang tidak berpengalaman untuk menjalankan kajian tetapi projek mega berharga tinggi itu diserahkan kepada mereka menerusi runding terus.

Mana suara Pakatan Rakyat yang beria-ia sangat nak jaga DUIT RAKYAT? Mana Rafizi Ramli yang menyibuk dan cukup berpuas hati dengan upahan daripada kartel-kartel daging untuk menjahanamkan industri daging negara, dan memastikan rakyat Malaysia bergantung daging kepada mereka?

Kenapa RM250 juta pinjaman mudah yang dibising-bisingkan, sedangkan RM305 juta yang dihadiahkan begitu sahaja, langsung tidak disebut?

Apakah rakyat Malaysia sudah gila?


2 comments:

  1. Masalahnya UMNO bagi kat ahli sendiri yang pegang jawatan utama manakala DAP tak bagi kat ahli sendiri. Di sini kita nampak kebodohan UMNO vs kecerdikan DAP. Kalau UMNO bagi kat orang yang tiada kepentingan,kemungkinan isu ini tidak akan timbul langsung. Kartel mengagalkan NFC? Memang ada kartel cina dalam industri daging tapi kenapa kerajaan tidak bendung gejala ini dgn mengurangkan AP atau kuota import? Ini semua salah UMNO jugak. Masing2 dok pikir nak isi kocek sendiri aje dan rakyat merana.

    ReplyDelete
  2. betul...memang betul... umno yg lemah kira2 berbanding cina dap...

    ReplyDelete

RM250 JUTA DIUNGKIT-UNGKIT, TAPI RM305 JUTA DIDIAMKAN SAJA... ITU PERANGAI PENYOKONG PAKATAN!

Sunday, 9 November 2014 ·



Bukan main bising lagi para penyokong Pakatan Rakyat apabila Kerajaan mengambil tindakan menuntut pinjaman daripada NFC. Semuanya diungkit. Semuanya juga dijadikan konspirasi dan semuanya digambarkan sebagai rasuah. Dan kalau kita ikuti semua 'cakap-cakap' Pakatan Rakyat, RM250 juta itu adalah satu dosa, walaupun sebenarnya kes tersebut mempunyai peristiwanya sendiri, terutama yang membabitkan sekatan dan sebagainya.

RM250 juta merupakan satu 'dosa'.

Bagaimana dengan RM305 juta?

RM250 juta untuk membangunkan industri daging lembu halal tetapi akhirnya kecundang di tangan kartel-kartel daging yang menguasai pasaran Malaysia masakini yang memperuntukkan hampir RM1 bilion untuk memastikan usaha kerajaan menerusi NFC terbantut, gagal dan dibatalkan.

RM305 juta dengan RM250, mana yang lebih besar? Mana yang lebih memberikan impak?

Pakatan Rakyat cuba membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia menerusi pinjaman mudah RM250 juta kepada syarikat yang sememangnya boleh menaikkan mutu dan tahap kualiti daging lembu halal di Malaysia dan tidak lagi bergantung kepada daging-daging yang diragui statusnya yang dibawa masuk oleh para kartel dari negara-negara Asia Selatan. Sedangkan jumlah tersebut perlu dibayar kembali oleh syarikat berkenaan.

Malangnya, akaun dan aktiviti syarikat tersebut telah dibekukan. Tiada cara lain untuk membayar pinjaman mudah tersebut.

Anehnya, pada masa yang sama, KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG yang diketuai oleh Lim Guan Eng secara sengaja dan dalam keadaan sedar, telah MENGHADIAHKAN menerusi pembayaran RM 305JUTA kepada sebuah syarikat yang hanya melakukan 'feasibility studies' untuk satu projek mega yang langsung tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat mahupun penduduk Pulau Pinang.

RM305 juta itu tidak perlu dibayar langsung sama ada kajian yang dilakukan itu berjaya atau sebaliknya. Ia seolah-olah satu hadiah daripada Lim Guan Eng kepada syarikat yang menjadi proksinya bagi menyonglap wang rakyat Pulau Pinang. Dan telah didedahkan, bahkan diakui sendiri oleh Lim Guan Eng bahawa syarikat berkenaan merupakan syarikat yang tidak berpengalaman untuk menjalankan kajian tetapi projek mega berharga tinggi itu diserahkan kepada mereka menerusi runding terus.

Mana suara Pakatan Rakyat yang beria-ia sangat nak jaga DUIT RAKYAT? Mana Rafizi Ramli yang menyibuk dan cukup berpuas hati dengan upahan daripada kartel-kartel daging untuk menjahanamkan industri daging negara, dan memastikan rakyat Malaysia bergantung daging kepada mereka?

Kenapa RM250 juta pinjaman mudah yang dibising-bisingkan, sedangkan RM305 juta yang dihadiahkan begitu sahaja, langsung tidak disebut?

Apakah rakyat Malaysia sudah gila?


2 comments:

Anonymous said...
9 November 2014 at 22:36  

Masalahnya UMNO bagi kat ahli sendiri yang pegang jawatan utama manakala DAP tak bagi kat ahli sendiri. Di sini kita nampak kebodohan UMNO vs kecerdikan DAP. Kalau UMNO bagi kat orang yang tiada kepentingan,kemungkinan isu ini tidak akan timbul langsung. Kartel mengagalkan NFC? Memang ada kartel cina dalam industri daging tapi kenapa kerajaan tidak bendung gejala ini dgn mengurangkan AP atau kuota import? Ini semua salah UMNO jugak. Masing2 dok pikir nak isi kocek sendiri aje dan rakyat merana.

Anonymous said...
10 November 2014 at 15:04  

betul...memang betul... umno yg lemah kira2 berbanding cina dap...

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks