GAGAL MENCEROBOH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, FAHMI ZAINOL DAN KONCO-KONCONYA MENDAPAT TEMPAT DI SURAU PENYOKONG PAS DI SINTOK!

Saturday 15 November 2014


Asalnya program ini akan diadakan di UUM Sintok, Kedah. Namun pihak pentadbiran Universiti Utara Malaysia yang memang terkenal dengan ketegasan semenjak awal penubuhannya dahulu, tidak memberikan kebenaran buat konco-konco Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Fahmi Zainol, bekas pelajar keciciran daripada memasuki pekarangan Universiti.

Larangan tersebut telah menyebabkan salah seorang pelajar UUM yang juga Presiden TMUUM Ahmad Fitry Ramly telah ditahan kerana bersikap biadap terhadap Pengarah Keselamatan apabila dipanggil memberikan penelasan berkaitan program ini.

Fahmi Zainol berharap para pelajar UUM akan menyambut kedatangannya. Mungkin juga Ahmad Fitry Ramly telah memberikan input yang salah kepadanya tentang sambutan para pelajar UUM kepada Fahmi Zainol.



Akibatnya, Fahmi Zainol berhadapan dengan bantahan dan dihalau oleh para pelajar UUM sendiri sehingga dia akhirnya terpaksa berceramah di dalam sebuah surau di atas tanah persendirian yang terletak 4 kilometer dari UUM.

Surau tersebut adalah surau PAS bagi UPU Sintok. Justeru tidak menghairankan jikalau berlakunya perkara syubhah dan haram kerana ia menjadi halal selagi mana orang yang memasuki surau tersebut bersifat menentang UMNO-BN. Tidak menjadi satu kesalahan jikalau bercampur lelaki dan perempuan di dalam satu tempat tanpa tirai dan tanpa hadangan. Yang salah kalau ianya berlaku dalam program UMNO-BN sahaja. Tidak juga menjadi satu kesalahan apabila memakai seluar pendek dan tidak bertudung berada di dewan solat kerana ia bertujuan untuk menentang UMNO-BN.



Hasil daripada pelbagai gabungan termasuklah pihak keselamatan dan para pelajar yang anti Fahmi Zainol tetapi mahu melihat sendiri tindak tanduk serta perangai hodohnya, lebih kurang 100 orang berada di surau tersebut untuk mendengar ceramah Fahmi Zainol dan rakan-rakannya.

Antara mereka yang dikenali selain Fahmi Zainol adalah:
(a) Abdul Muqit, Presiden Pro M Nasional
(b) Ahmad Fitri bin Mohd Ramli, Presiden TM UUM
(c) Shamimi bt Abdul Majid, TM UUM
(d) Azizol, TM UUM
(e) Bawani a/l Kaniapan, TM UUM
(f) Chew Choo Man, TM UUM

Fahmi Zainol dalam ucapannya menyatakan tangkapan ke atas Fitri adalah salah dan menyalahi udnang-undang. Dia juga menuduh perlantikan TNC di kesemua universiti adalah dipengaruhi ahli politik kerajaan dan untuk itu, para pelajar universiti perlu mengubahnya.

Namun yang paling menarik ialah, bagi budak muda yang lahir selepas Malaysia berada dalam keadaan yang paling selesa selepas merdeka, Fahmi Zainol menuduh selama 57 tahun, dia tidak nampak sebarang pembangunan tetapi yang dia lihat adalah kerajaan rasuah semata-mata.


Fahmi turut menceritakan, ketika ditahan polis di Kota Kinabalu, dia telah dipaksa menjalani ujian air kencing. Bukan itu sahaja, dia juga menafikan akaun Facebook yang telah menimbulkan kemarahan ramai orang, terutama sekali para pelajar UMS apabila terdapat beberapa kenyataan yang memperemeh-remehkan dan menghina rakyat Sabah.

Pada masa yang sama, dia juga menafikan gerombolannya telah merempuh pagar UM. Sebaliknya dia mendakwa pagar tidak roboh tetapi yang roboh hanyalah mangga kunci. Dia turut mendakwa, menjemput Anwar Ibrahim ke UMNO bukan atas kapasiti politik tetapi atas dasar Alumni, sekalipun Anwar Ibrahim sebenarnya bukanlah Alumni UM sebaliknya hanyalah seorang pelajar keciciran kerana terlalu sibuk bermain politik.


Manakala rakan rapatnya yang akan bersama-sama Fahmi Zainol walau ke mana pun pergi, dan menggeletar ketika ditahan oleh polis di Kota Kinabalu beberapa hari lepas, cuba tunjuk berani dan lagak dengan menyatakan, di sebalik nasihat yang diberikan oleh anggota polis yang menahannya agar dia lebih memberikan fokus kepada pelajarannya, Muqit bertanya kembali kepada anggota polis itu secara menyindir, ijazah apa yang telah diperolehi oleh anggota tersebut tanpa dia mengetahui, kebanyakan pegawai polis sebenarnya adalah pemegang ijazah!

Dalam ceramah di surau PAS itu juga, Abdul Muqit mencabar anggota-anggota Cawangan Khas untuk mendengar ceramah mereka dan melaporkan apa yang diperkatakan kepada Perdana Menteri Malaysia.

Azizol yang merupakan TM UUM pula menyatakan program tersebut hanyalah sebagai satu permulaan sahaja kerana selepas ini mereka akan masuk ke mana-mana universiti untuk melakukan hasutan dan tohmahan serta fitnah untuk melawan kerajaan atas alasan menentang Akta Hasutan.


Fahmi Zainol merupakan sebahagian daripada 'angkatan tentera' DAP yang dididik, dibiayai dan didoktrin dengan ketuanan DAP-Kristian serta penyebaran idea-idea Sosialisme. Pelajar-pelajar Melayu dijadikan tumpuan oleh DAP, terutama menerusi School of Democracy (SOD) bagi tujuan meruntuhkan institusi dan penguasaan Melayu ke atas negara ini sekaligus memudahkan DAP meruntuhkan Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Budak-budak hingusan seperti Fahmi Zainol hanya perlu dibelai dan dipuji oleh DAP selain menyuntik mereka dengan pelbagai semangat yang menentang sistem sedia ada dan memandang serta menjunjung DAP ke martabat tertinggi.

Beralasankan keadilan sosial dan kuasa pelajar, idea ini telah digunakan di seluruh dunia dan sekalipun ada yang berjaya menggulingkan kerajaan seperti yang berlaku di beberapa negara Arab, tetapi keadaan negara tersebut dalam segala segi - ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya - bertambah teruk.


10 comments:

  1. Kesan kebebasan bersuara yg diberikan ,kesian mak bapak yg mengharapkan sesuatu dari anak anak mereka,fikir fikirkan lah

    ReplyDelete
  2. Jika dia salah tangkap saja. Dok cerita panjang-panjang buat apa. Zahid tak ada teloq kah? Budak mentah tu pun hampa tak berani ambil tindakan apakan pula penghasut macam Kit Siang dengan anak dia.

    ReplyDelete
  3. kenapa didalam surau????

    ReplyDelete
  4. Budak ni mmg bodoh...kembalikan ISA..

    ReplyDelete
  5. GOMEN BUANG ISA, AKTA HASUTAN... INI LAH HASILNYA...
    BUKAN FAHMI YANG BODOH, TETAPI GOMEN YANG BAHLOL.
    NEGARA YANG AMAN DAH JADI KACAU....... BAIK TAK PAYAH ADA UNDANG 2.
    Stupid stupid GOMEN.

    ReplyDelete
  6. Kerana nak cari populariti, ISA dihapuskan ; terbukti memporak-perandakan negara. Pelbagai cabaran secara sengaja dicetuskan ; berani dilakukan kerana tiada ada undang2 bersifat pencegahan. Tindakan oleh pihak berkuasa pun lumpuh ; hampir tiada langsung.
    Adakah takut sangat kepada 'worldview' dan tekanan kuasa asing menyebabkan pihak berkuasa langsung TIDAK mahu bertindak ???
    Adakah kerana taksub sangat kepada populariti diri sebagai pemimpin ulung negara, maka undang2 pencegahan dihapuskan ? Jika ini benar, eloklah mengundur diri sahaja dan biar yang lebih berani dan tegas mengganti kamu.
    Sudah terlalu banyak kesilapan dibuat ; rakyat sudah mula naik meluat dan benci. Golongan Bumiputera/Melayu lagi terasa dengan kesilapan mereka memilih kamu dan kuncu2 kamu yang masing2 asyik mengampu dan tak berani menegur.
    Generasi akan datang akan kutuk kamu kerana kebaculan dan tiada visi yang jelas sebagai pemimpin negara. Awak dah GAGAL sebenarnya !
    Kini, Akta Hasutan hendak dihapuskan pula ; kesilapan kali kedua dalam sejarah pentadbiran sekarang. Pengamal undang2, termasuk mantan Ketua2 Hakim, IGP, cendiakawan, ahli2 akademik dan golongan profesional ..... semuanya melabel kamu sebagai 'a complete failure' , seorang yang gagal sebagai teraju kerajaan.
    Amat kesal kerana mempercayai dan mengundi parti kamu.

    ReplyDelete
  7. Cakap budak baru tukar seluar hijau skolah mngah pun nk prcaya...
    Boddo...belajaq bagi abih dulu..!!

    ReplyDelete
  8. Mohon sesiapa yg free pg tikam budak tu..
    Cegah sebelum parah..tq

    ReplyDelete
  9. anwar berahim dah tikam budak tu....tikam belakang...

    Pakcik Sambal Tempoyak.

    ReplyDelete
  10. Kami rakyat mahu hidup aman dan harmoni. Sebelum keadaan jadi parah tangkap je bebudak ni. Kecik kecik tak nak mampos dan besar menyusahkan orang.

    ReplyDelete

GAGAL MENCEROBOH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, FAHMI ZAINOL DAN KONCO-KONCONYA MENDAPAT TEMPAT DI SURAU PENYOKONG PAS DI SINTOK!

Saturday 15 November 2014 ·


Asalnya program ini akan diadakan di UUM Sintok, Kedah. Namun pihak pentadbiran Universiti Utara Malaysia yang memang terkenal dengan ketegasan semenjak awal penubuhannya dahulu, tidak memberikan kebenaran buat konco-konco Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Fahmi Zainol, bekas pelajar keciciran daripada memasuki pekarangan Universiti.

Larangan tersebut telah menyebabkan salah seorang pelajar UUM yang juga Presiden TMUUM Ahmad Fitry Ramly telah ditahan kerana bersikap biadap terhadap Pengarah Keselamatan apabila dipanggil memberikan penelasan berkaitan program ini.

Fahmi Zainol berharap para pelajar UUM akan menyambut kedatangannya. Mungkin juga Ahmad Fitry Ramly telah memberikan input yang salah kepadanya tentang sambutan para pelajar UUM kepada Fahmi Zainol.



Akibatnya, Fahmi Zainol berhadapan dengan bantahan dan dihalau oleh para pelajar UUM sendiri sehingga dia akhirnya terpaksa berceramah di dalam sebuah surau di atas tanah persendirian yang terletak 4 kilometer dari UUM.

Surau tersebut adalah surau PAS bagi UPU Sintok. Justeru tidak menghairankan jikalau berlakunya perkara syubhah dan haram kerana ia menjadi halal selagi mana orang yang memasuki surau tersebut bersifat menentang UMNO-BN. Tidak menjadi satu kesalahan jikalau bercampur lelaki dan perempuan di dalam satu tempat tanpa tirai dan tanpa hadangan. Yang salah kalau ianya berlaku dalam program UMNO-BN sahaja. Tidak juga menjadi satu kesalahan apabila memakai seluar pendek dan tidak bertudung berada di dewan solat kerana ia bertujuan untuk menentang UMNO-BN.



Hasil daripada pelbagai gabungan termasuklah pihak keselamatan dan para pelajar yang anti Fahmi Zainol tetapi mahu melihat sendiri tindak tanduk serta perangai hodohnya, lebih kurang 100 orang berada di surau tersebut untuk mendengar ceramah Fahmi Zainol dan rakan-rakannya.

Antara mereka yang dikenali selain Fahmi Zainol adalah:
(a) Abdul Muqit, Presiden Pro M Nasional
(b) Ahmad Fitri bin Mohd Ramli, Presiden TM UUM
(c) Shamimi bt Abdul Majid, TM UUM
(d) Azizol, TM UUM
(e) Bawani a/l Kaniapan, TM UUM
(f) Chew Choo Man, TM UUM

Fahmi Zainol dalam ucapannya menyatakan tangkapan ke atas Fitri adalah salah dan menyalahi udnang-undang. Dia juga menuduh perlantikan TNC di kesemua universiti adalah dipengaruhi ahli politik kerajaan dan untuk itu, para pelajar universiti perlu mengubahnya.

Namun yang paling menarik ialah, bagi budak muda yang lahir selepas Malaysia berada dalam keadaan yang paling selesa selepas merdeka, Fahmi Zainol menuduh selama 57 tahun, dia tidak nampak sebarang pembangunan tetapi yang dia lihat adalah kerajaan rasuah semata-mata.


Fahmi turut menceritakan, ketika ditahan polis di Kota Kinabalu, dia telah dipaksa menjalani ujian air kencing. Bukan itu sahaja, dia juga menafikan akaun Facebook yang telah menimbulkan kemarahan ramai orang, terutama sekali para pelajar UMS apabila terdapat beberapa kenyataan yang memperemeh-remehkan dan menghina rakyat Sabah.

Pada masa yang sama, dia juga menafikan gerombolannya telah merempuh pagar UM. Sebaliknya dia mendakwa pagar tidak roboh tetapi yang roboh hanyalah mangga kunci. Dia turut mendakwa, menjemput Anwar Ibrahim ke UMNO bukan atas kapasiti politik tetapi atas dasar Alumni, sekalipun Anwar Ibrahim sebenarnya bukanlah Alumni UM sebaliknya hanyalah seorang pelajar keciciran kerana terlalu sibuk bermain politik.


Manakala rakan rapatnya yang akan bersama-sama Fahmi Zainol walau ke mana pun pergi, dan menggeletar ketika ditahan oleh polis di Kota Kinabalu beberapa hari lepas, cuba tunjuk berani dan lagak dengan menyatakan, di sebalik nasihat yang diberikan oleh anggota polis yang menahannya agar dia lebih memberikan fokus kepada pelajarannya, Muqit bertanya kembali kepada anggota polis itu secara menyindir, ijazah apa yang telah diperolehi oleh anggota tersebut tanpa dia mengetahui, kebanyakan pegawai polis sebenarnya adalah pemegang ijazah!

Dalam ceramah di surau PAS itu juga, Abdul Muqit mencabar anggota-anggota Cawangan Khas untuk mendengar ceramah mereka dan melaporkan apa yang diperkatakan kepada Perdana Menteri Malaysia.

Azizol yang merupakan TM UUM pula menyatakan program tersebut hanyalah sebagai satu permulaan sahaja kerana selepas ini mereka akan masuk ke mana-mana universiti untuk melakukan hasutan dan tohmahan serta fitnah untuk melawan kerajaan atas alasan menentang Akta Hasutan.


Fahmi Zainol merupakan sebahagian daripada 'angkatan tentera' DAP yang dididik, dibiayai dan didoktrin dengan ketuanan DAP-Kristian serta penyebaran idea-idea Sosialisme. Pelajar-pelajar Melayu dijadikan tumpuan oleh DAP, terutama menerusi School of Democracy (SOD) bagi tujuan meruntuhkan institusi dan penguasaan Melayu ke atas negara ini sekaligus memudahkan DAP meruntuhkan Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Budak-budak hingusan seperti Fahmi Zainol hanya perlu dibelai dan dipuji oleh DAP selain menyuntik mereka dengan pelbagai semangat yang menentang sistem sedia ada dan memandang serta menjunjung DAP ke martabat tertinggi.

Beralasankan keadilan sosial dan kuasa pelajar, idea ini telah digunakan di seluruh dunia dan sekalipun ada yang berjaya menggulingkan kerajaan seperti yang berlaku di beberapa negara Arab, tetapi keadaan negara tersebut dalam segala segi - ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya - bertambah teruk.


10 comments:

Anonymous said...
15 November 2014 at 09:24  

Kesan kebebasan bersuara yg diberikan ,kesian mak bapak yg mengharapkan sesuatu dari anak anak mereka,fikir fikirkan lah

Anonymous said...
15 November 2014 at 10:24  

Jika dia salah tangkap saja. Dok cerita panjang-panjang buat apa. Zahid tak ada teloq kah? Budak mentah tu pun hampa tak berani ambil tindakan apakan pula penghasut macam Kit Siang dengan anak dia.

Anonymous said...
15 November 2014 at 10:52  

kenapa didalam surau????

Anonymous said...
15 November 2014 at 10:54  

Budak ni mmg bodoh...kembalikan ISA..

Anonymous said...
15 November 2014 at 11:39  

GOMEN BUANG ISA, AKTA HASUTAN... INI LAH HASILNYA...
BUKAN FAHMI YANG BODOH, TETAPI GOMEN YANG BAHLOL.
NEGARA YANG AMAN DAH JADI KACAU....... BAIK TAK PAYAH ADA UNDANG 2.
Stupid stupid GOMEN.

Burung Merbok said...
15 November 2014 at 13:01  

Kerana nak cari populariti, ISA dihapuskan ; terbukti memporak-perandakan negara. Pelbagai cabaran secara sengaja dicetuskan ; berani dilakukan kerana tiada ada undang2 bersifat pencegahan. Tindakan oleh pihak berkuasa pun lumpuh ; hampir tiada langsung.
Adakah takut sangat kepada 'worldview' dan tekanan kuasa asing menyebabkan pihak berkuasa langsung TIDAK mahu bertindak ???
Adakah kerana taksub sangat kepada populariti diri sebagai pemimpin ulung negara, maka undang2 pencegahan dihapuskan ? Jika ini benar, eloklah mengundur diri sahaja dan biar yang lebih berani dan tegas mengganti kamu.
Sudah terlalu banyak kesilapan dibuat ; rakyat sudah mula naik meluat dan benci. Golongan Bumiputera/Melayu lagi terasa dengan kesilapan mereka memilih kamu dan kuncu2 kamu yang masing2 asyik mengampu dan tak berani menegur.
Generasi akan datang akan kutuk kamu kerana kebaculan dan tiada visi yang jelas sebagai pemimpin negara. Awak dah GAGAL sebenarnya !
Kini, Akta Hasutan hendak dihapuskan pula ; kesilapan kali kedua dalam sejarah pentadbiran sekarang. Pengamal undang2, termasuk mantan Ketua2 Hakim, IGP, cendiakawan, ahli2 akademik dan golongan profesional ..... semuanya melabel kamu sebagai 'a complete failure' , seorang yang gagal sebagai teraju kerajaan.
Amat kesal kerana mempercayai dan mengundi parti kamu.

Anonymous said...
15 November 2014 at 14:57  

Cakap budak baru tukar seluar hijau skolah mngah pun nk prcaya...
Boddo...belajaq bagi abih dulu..!!

Anonymous said...
15 November 2014 at 21:41  

Mohon sesiapa yg free pg tikam budak tu..
Cegah sebelum parah..tq

Anonymous said...
15 November 2014 at 23:44  

anwar berahim dah tikam budak tu....tikam belakang...

Pakcik Sambal Tempoyak.

Anonymous said...
16 November 2014 at 13:53  

Kami rakyat mahu hidup aman dan harmoni. Sebelum keadaan jadi parah tangkap je bebudak ni. Kecik kecik tak nak mampos dan besar menyusahkan orang.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks