DAP adalah dalang utamanya. PKR pula ambil nama dan 'mengorbankan' Anwar Ibrahim untuk menjayakan rancangan jahat DAP. Manakala parti picisan Borneo, STAR, yang dipimpin oleh Jeffrey Kitingan menjadi barisan hadapan bagi menghilangkan jejak DAP dan PKR.
Serangan DAP kepada Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dalam isu Ibrahim Ali, merupakan fore-play kepada drama ini. Motifnya bukanlah kerana Ibrahim Ali sangat memandangkan pengaruh Ibrahim Ali tidaklah sekuat mana, apatah lagi di Sarawak sebaliknya mahu mencetuskan kemarahan meluap-luap di kalangan penganut agama Kristian Sarawak menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak tidak lama lagi.
Insiden di KLIA2 baru-baru ini menjelaskan bagaimana DAP bertindak dengan begitu baik mengikut perancangan yang teratur rapi.
Matlin singgah di Kuala Lumpur dalam perjalanannya dari Medan ke Kota Kinabalu. Bagasinya yang mengandungi bahan-bahan untuk penganut Kristian dikatakan sebagai persediaan sambutan Krismas tidak lama lagi.
Agak aneh, Matlin bagaikan sudah bersedia untuk rampasan tersebut. Buktinya ialah penyiaran berita tersebut oleh Matlin di Facebook, tidak sampai beberapa minit selepas insiden berkenaan (SINI) dan kemudian turut disebarkan oleh sebuah blog pada 26 Oktober (DI SINI).
Semuanya berlaku dalam tempoh yang sangat singkat Matlin dilihat sudah cukup bersedia untuk menyebarkan kes itu. Kes yang tidak menimbulkan kegemparan itu bagaimanapun, mendapat 'perhatian luar biasa' daripada kalangan bloggers, Facebooker dan orang media untuk tempoh yang singkat.
Malay Mail Online merupakan antara yang terawal membuat laporan iaitu pada 30 Oktober (SINI). Dan laporan berkenaan pula adalah berdasarkan kepada SUMBER-SUMBER YANG TIDAK DIDEDAHKAN.
Siapakah SUMBER-SUMBER YANG TIDAK DIDEDAHKAN itu?
Seperti yang diketahui SOP propaganda Pakatan (DAP) adalah dengan menggunakan media-media pro-Pakatan seperti Malaysian Insider, FMT, Malaysiakini dan beberapa blog lain. Mereka akan menyebarkan berita dan serta-merta para pengkomen setia dan berbayar mereka akan buat kerja selain pemimpin-pemimpin Pakatan sendiri untuk menyebarkan berita tersebut.
Salah seorang daripada pengkomen terawal adalah Ong Kian Meng yang merupakan antara Evangelic terulung dalam DAP. Dia segera mengaitkan insiden tersebut dengan Perjanjian 20 Perkara Sabah (DI SINI). Maklin turut berbuat perkara yang sama. (DI SINI)
Mengapa perlu Matlin mengambil risiko untuk check-out dan kemudian check-in balik 574 buah buku (133 tajuk), 419 CD dan 5 DVD di KLIA2? Dan mengapa pula Matlin dengan sengaja cuba menarik perhatian Kastam tentang bagasi tersebut?
Dia memang mahu ditangkap dan kandungan bagasi berkenaan dirampas? Satu lagi persoalan yang dibangkitkan, mengapa penjelasan mudah Matlin bahawa kandungan bagasi tersebut adalah untuk kegunaan gereja-gereja di Sabah tidak diterima oleh anggota-anggota Kastam, sedangkan kalimah 'ALLAH' sememangnya dibolehkan guna di Sabah dan Sarawak?
Adakah sebenarnya justifikasi salah anggota kastam tersebut sebenarnya untuk memburukkan lagi sentimen anti Semenanjung dan anti Islam di kalangan pengundi-pengundi Sabah dan Sarawak?
Pemeriksaan mendapati Matlin adalah salah seorang pemimpin STAR yang diketuai oleh Jeffrey Kitingan yang cukup obses untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia. Untuk tujuan tersebut, mereka sanggup mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti politik di Malaysia. DAP pula melihat kerjasama dengan STAR akan mengukuhkan kedudukan mereka di Sabah dan Sarawak, manakala PKR pula melihatnya sebagai satu pembalasan dendam kepada UMNO kerana pemenjaraan Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat.
SUMBER: ANOTHER BRICK IN THE WALL
Nampak gayanya parti dap lebih merbahaya dari parti pkm...
ReplyDeleteBen, yg. asyik di kutuk/ditangkap "pelampau Islam" - pelampau Kristian/Hindu/Buddha/Yahudi dsbnya tak 'wujud' nampaknya kat Malaysia ni! Kerana hanya umat Islam kena toleran kat NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang berzaman kami ni; bangsa lain seolah boleh buat apa mereka suka nampaknya akibat PENGKHIANATAN si pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-PENAKUT!
ReplyDeleteMakcik Sambal Belacan.
PEMBETULAN:
ReplyDeleteB247 yg. asyik di kutuk/ditangkap "pelampau Islam" - pelampau Kristian/Hindu/Buddha/Yahudi dsbnya tak 'wujud' nampaknya kat Malaysia ni! Kerana hanya umat Islam kena toleran kat NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang berzaman kami ni; bangsa lain seolah boleh buat apa mereka suka nampaknya akibat PENGKHIANATAN si pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-PENAKUT!
Makcik Sambal Belacan.
Dan s3perti biasa umno dan kerajaan akan berdiam diri macam ahli sufi dengan mengharapkan semua perkara dan masaalah berlalu pergi... kalau buat komen atau ambil pot pun, elaun bukan ada, malah silap2 dap belasah cukup2....
ReplyDeleteSalah kita orang melayu terlalu toleran sangat. Mula hari ini semua orang melayu tak kira ideologi bersatu kita pertahankan maruah agama islam, bangsa dan negara.
ReplyDeletetunggu anwar masuk penjara dulu....kerana segala masaalah yg berlaku sekarang berpunca drp manusia ini....kalau tak percaya?tunggu dan lihat...
ReplyDelete