Sudah banyak pendedahan dan pertanyaan dibuat berhubung status kebanyakan warga Afrika di negara ini. Alasan yang diberikan ialah, mereka adalah pelajar-pelajar asing di IPTS di negara ini.
Namun jikalau kita perhatikan dan amat-amati, kebanyakan daripada mereka langsung tidak mempunyai ciri-ciri sebagai pelajar. Malah dalam beberapa kes, termasuklah dua orang yang ditangkap melacur di Pulau Pinang baru-baru ini, dikatakan pelajar di IPTS di Lembah Kelang tetapi dikesan bergiat dalam tempoh yang agak lama.
Turut didedahkan ialah bagaimana 'pelajar-pelajar' Afrika tersebut dikatakan sepatutnya menghadiri kelas bahasa tetapi mereka tidak pernah berbuat begitu sebaliknya ada yang terlibat dengan dadah, blackmoney mahupun love scam yang telah mendatangkan kerugian beratus-ratus juta ringgit di kalangan rakyat Malaysia.
Apa yang sudah berlaku kepada penapisan di Imigresen?
Adakah cukup dengan hanya 'lesen' pas pelajar, maka mereka dilepaskan?
Kalau kemasukan warga Afrika boleh bocor dan sekarang mengundang pelbagai masalah, hanya dengan beralasankan 'keuntungan' IPTS-IPTS tertentu, bagaimanakah agaknya Kementerian dan Jabatan-Jabatan tertentu yang berkaitan, mampu menangani masalah pendatang dan imigran yang cukup ramai di negara ini Persiaran Multimedia tempat di mana terdapatnya restoran Arab yang terletak tidak jauh dari Universiti Lim Kok Weng, dan perhatikan sahaja setiap warga Afrika yang melepak di situ.
Kemudian, buatlah rumusan sendiri sama ada mereka benar-benar pelajar asing seperti yang dikhabarkan atau mereka sebenarnya hanya berlesenkan pas pelajar untuk buat kerja lain!
salam admin.. rasanya IPTS.. IPTA (IPT Awam) tak buat untung.. dan budak budak Negro ni kurang kat IPTA, yang ada biasanya buat Master dan Phd.. buat Degree tak le seramai bebudak Diploma/Degree di IPTS (IPT Swasta).. budak budak di IPTA biasanya dari Somalia, Somaliland, Zimbabwe. Nigeria ada gak tapi biasanya yang Muslim.
ReplyDeleteSetiap peraturan dan undang-undang perlukan ketegasan bukan hanya cakap retorik politik semata-mata.
ReplyDeleteDalam pra-syarat kelulusan permit masuk keMalaysia sebagai pelajar atau pekerja jelas 'warga asnig yang masuk sebagai pelajar atau pekerja tidak dibenarkan berkahwin dengan mana-mana warga tempatan" Jelas..
Apa tindakan KDN, Imigresen , Pejabat Agama yang berkuasa? Pernikahan atau perkahwinan dari hukum syarak adalah sah tetapi dari segi undang-undang negara adalah sebaliknya
Sememangnya perkara ini diketahui oleh pekerja asing bahawa mereka tidak dibenarkan berkahwin dan bila berkahwin dengan wanita tempatan khasnya , tidak ada satu unit oenguatkuasa pun yang mempersoalkan serta mengambil tindak wajar.
Disarankan suapaya Menteri KDN jangan hanya pandai mengeluarkan ayat sebaliknya arahan penguatkuasan peraturan yang ada bagi membendong warga asing berniaga atas nama isteri atau suami warga tempatan.
caranya mudah . dapatkan rekod dari pejabat agama atau pendaftar perkahwinan di jpn , atau laatan kedai peniaga warga asing, ambil rekdo dan keterangan , dan ditangkap dan dihantar pulang, pedulikan soal sensitivit keluarga untuk sementara waktu kerana setiap mereka yang berkahwin dengan warga asing memang tahu risiko berpisah atau bercerai akibat dari pelanggaran undang-undang dan sebagai suaimi mereka mempunyai hak untuk membawa pulang mana-m,ana wanita yang dikwanini pulang ke negara mereka.
Jadi KDN perlu bertindak sekarang , jangan cakap tidak serupa bikin walaupun ia melibatkan keluarag sendiri, undang-undang negara adalah keutamaan
Arab dan Afrika student antarabangsa lah konon.....
ReplyDeletePihak imigresen dan menteri pengajian tinggi perlu belajar dari negara UK.....ini kerana mereka akan pastikan setiap pergerakan pelajar asing adalah bertepatan hanya untuk belajar dan mereka akan memeriksa rekod kedatangan pelajar di universiti.sekiranya tidak menepati visa mereka dibatalkan segera...takut pihak imigresen dan pihak universiti yang terlibat ..mereka ni. Kautim...u untung i pun untung maa.....wallahuaalam
ReplyDelete