Selepas JAMAL ABDILLAH Dalam GEGAR VAGANZA, SYED HAMID ALBAR Dari SPAD Pula Kena Belasah Beramai-ramai

Monday, 14 December 2015

Exco Pemuda UMNO mendedahkan punca perselisihan faham antara Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Menerusi satu rakaman video yang dimuatnaik di Facebooknya, Nazir Hussin Akhtar Hussin menjelaskan, Ismail Sabri bertanyakan isu kenaikan tambang pengangkutan awam kepada Syed Hamid.

Katanya, Ismail Sabri juga bertanyakan kepada Syed Hamid jika SPAD boleh mengkaji semula kenaikan tambang itu.

“Tan Sri perlu bersifat terbuka. Tidaklah hanya bertanya soalan itu menjadi menteri bongkak, kurang ajar. Tan Sri wajar jawab (soalan Ismail Sabri).

“Tidak wajar hanya bertanya isu rakyat beliau (Ismail Sabri) dikecam begitu rupa. Jadi Tan Sri, betulkan keadaan ini,” katanya.

Kontroversi antara Syed Hamid dan Ismail Sabri tercetus ketika kedua-duanya bertembung di sebuah stesen radio untuk ditemubual.

Dalam perbualan singkat, Ismail Sabri telah meminta Syed Hamid dan SPAD mengkaji semula kenaikan itu kerana ramai rakyat marah.

Syed Hamid kemudian telah memuatnaik status di Facebook mendakwa seorang menteri sombong dan angkuh.

Tanpa menyebut nama, Syed Hamid berkata sikap menteri berkenaan memalukan kerajaan.

Nazir Hussin sebelum ini menerusi status di Facebook mempertahankan Ismail Sabri dan mendakwa Syed Hamid yang sebenarnya sombong dan bongkak.

https://www.facebook.com/video.php?v=1100336596651932

0 comments:

Post a Comment

Selepas JAMAL ABDILLAH Dalam GEGAR VAGANZA, SYED HAMID ALBAR Dari SPAD Pula Kena Belasah Beramai-ramai

Monday, 14 December 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks