ELIZABETH WONG Buat Kejutan Bila Menyatakan Sokongan Kepada Khalid Ibrahim

Tuesday, 12 August 2014

Anwar Ibrahim dan PKR dengan penuh yakin menyatakan bahawa kesemua baki ADUN PKR Selangor yang berjumlah 13 orang menyokong penuh pemecatan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. DAP juga menyatakan perkara yang sama.

Namun hari ini, dalam pertemuan barisan Exco Selangor dengan Khalid Ibrahim, kelebihan nyata berpihak kepada Khalid Ibrahim.

Khalid Ibrahim hanya memerlukan 4 orang Exco untuk bersama-samanya memerintah Selangor. Keempat-empat Exco tersebut telah pun diperolehi dan kesemua mereka adalah dari PAS. Exco-Exco lain dari PKR dan DAP masih belum memberikan kata putus.

Sehari selepas PAS mengeluarkan arahan kepada keempat-empat Exconya agar tidak meletakkan jawatan, sebaliknya meneruskan tugas seperti biasa, DAP menerusi Lim Guan Eng juga mengeluarkan arahan yang sama, sekaligus memansuhkan arahan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang sebelum itu dengan tegas menyatakan kesemua Exco DAP akan meletak jawatan kerana tidak bermaruah untuk bekerja dengan Menteri Besar yang mahu dipecat.

Keyakinan Anwar Ibrahim dan Saifuddin Nasution ternyata tergugat apabila Elizabeth Wong yang merupakan antara Exco paling rapat dengan Khalid, hadir ketika sidang media yang diberikan oleh Khalid semalam. Sekaligus kehadiran Elizabeth Wong itu menandakan, beberapa orang ADUN PKR lain akan turut bersama-samanya memberikan sokongan kepada Khalid walaupun mereka mungkin akan diancam RM5 juta saman oleh Anwar Ibrahim dan PKR.

Sesuatu yang menarik di Selangor ialah, yang paling kuat memekak dan mahukan Khalid meletak jawatan adalah Ahli-Ahli Parlimen, sementara ADUN-ADUN pula lebih banyak menutup mulut dan seakan-akan tidak terlibat dalam kemelut tersebut.

6 comments:

  1. Pandai tak DAP... Wakil cina dari DAP dia kekalkan untuk mengawasi MB... Yg Melayu gaduh sama sendiri..

    ReplyDelete
  2. Apa pun DAP paling kosisten gunakan melayu sesama melayu gaduh...

    ReplyDelete
  3. Elizabeth Wong akan jadi gunting dalam lipatan, Itulah sikap org CINA , seperti lalang, untung cina ikut. AWAS STRATEGI DAP.

    ReplyDelete
  4. Ya..EW tu PKR bukan DAP...yang DAP Madam Speaker Hanna Yeoh dari Jerusubang

    ReplyDelete
  5. Apa jadi hal pula dengan surat sumpah 5 juta tu. Tak jadi hal punya. Itu sumpah sesumpah saja. Satu sen pun tak laku surat putar belit macam tu. KETUM ingat bolih cucuk hidung semua ADUN dalam pr. Mimpi siang punya olang itu macam yuga la....

    ReplyDelete

ELIZABETH WONG Buat Kejutan Bila Menyatakan Sokongan Kepada Khalid Ibrahim

Tuesday, 12 August 2014 ·

Anwar Ibrahim dan PKR dengan penuh yakin menyatakan bahawa kesemua baki ADUN PKR Selangor yang berjumlah 13 orang menyokong penuh pemecatan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. DAP juga menyatakan perkara yang sama.

Namun hari ini, dalam pertemuan barisan Exco Selangor dengan Khalid Ibrahim, kelebihan nyata berpihak kepada Khalid Ibrahim.

Khalid Ibrahim hanya memerlukan 4 orang Exco untuk bersama-samanya memerintah Selangor. Keempat-empat Exco tersebut telah pun diperolehi dan kesemua mereka adalah dari PAS. Exco-Exco lain dari PKR dan DAP masih belum memberikan kata putus.

Sehari selepas PAS mengeluarkan arahan kepada keempat-empat Exconya agar tidak meletakkan jawatan, sebaliknya meneruskan tugas seperti biasa, DAP menerusi Lim Guan Eng juga mengeluarkan arahan yang sama, sekaligus memansuhkan arahan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang sebelum itu dengan tegas menyatakan kesemua Exco DAP akan meletak jawatan kerana tidak bermaruah untuk bekerja dengan Menteri Besar yang mahu dipecat.

Keyakinan Anwar Ibrahim dan Saifuddin Nasution ternyata tergugat apabila Elizabeth Wong yang merupakan antara Exco paling rapat dengan Khalid, hadir ketika sidang media yang diberikan oleh Khalid semalam. Sekaligus kehadiran Elizabeth Wong itu menandakan, beberapa orang ADUN PKR lain akan turut bersama-samanya memberikan sokongan kepada Khalid walaupun mereka mungkin akan diancam RM5 juta saman oleh Anwar Ibrahim dan PKR.

Sesuatu yang menarik di Selangor ialah, yang paling kuat memekak dan mahukan Khalid meletak jawatan adalah Ahli-Ahli Parlimen, sementara ADUN-ADUN pula lebih banyak menutup mulut dan seakan-akan tidak terlibat dalam kemelut tersebut.

6 comments:

Anonymous said...
12 August 2014 at 13:11  

Pandai tak DAP... Wakil cina dari DAP dia kekalkan untuk mengawasi MB... Yg Melayu gaduh sama sendiri..

Anonymous said...
12 August 2014 at 13:20  

Apa pun DAP paling kosisten gunakan melayu sesama melayu gaduh...

Anonymous said...
12 August 2014 at 13:40  

Elizabeth Wong akan jadi gunting dalam lipatan, Itulah sikap org CINA , seperti lalang, untung cina ikut. AWAS STRATEGI DAP.

Audio Hypnosis Tarikan Rezeki said...
12 August 2014 at 14:18  

Elizabeth bukan PKR ke?

Anonymous said...
12 August 2014 at 16:59  

Ya..EW tu PKR bukan DAP...yang DAP Madam Speaker Hanna Yeoh dari Jerusubang

Anonymous said...
12 August 2014 at 23:19  

Apa jadi hal pula dengan surat sumpah 5 juta tu. Tak jadi hal punya. Itu sumpah sesumpah saja. Satu sen pun tak laku surat putar belit macam tu. KETUM ingat bolih cucuk hidung semua ADUN dalam pr. Mimpi siang punya olang itu macam yuga la....

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks