PEMANDU PERIBADI KARPAL SINGH DILOKAPKAN... Keluarga Karpal Enggan Bayar Wang Jaminan RM5,000

Saturday, 2 August 2014

Kesian...

Bekas pemandu peribadi mendiang Karpal Singh yang merupakan pemandu dalam kemalangan maut membunuh Karpal Singh dan pembantu peribadinya, hari ini terpaksa hidup di dalam lokap selepas didakwa memandu secara cuai dan merbahaya.

Dan di sebalik jasa-jasanya kepada Karpal Singh selama Pengerusi DAP itu hidup, ahli-ahli keluarga Karpal Singh langsung tidak mempedulikannya.

C. Selvam tidak dapat mengadakan wang jaminan RM5,000 sepertimana yang telah ditetapkan oleh mahkamah.

Anak ketiga Karpal, Ramkarpal Singh Deo yang turut berada di dalam kenderaan yang sama ketika kemalangan itu berlaku berkata, mereka tidak dapat membayar wang jaminan memandangkan mereka adalah saksi kejadian.

"Saya telah disapina sebagai saksi pendakwa untuk perbicaraan ini, Jadi, kami tidak boleh terlibat dalam menjamin Selvam," katanya.

Ramkarpal, 38, telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei selepas kerusi tersebut kosong ekoran kematian Karpal Singh pada 17 April.

C.Selvam, seorang warganegara India, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kampar pada 9 Julai kerana memandu secara cuai dan merbahaya. Dia bagaimanapun, mengaku tidak bersalah.

Insiden yang meragut nyawa Karpal Singh berlaku di KM306.1 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar pada 17 April.

Semenjak itu, C.Selvam telah direman dan dilokapkan. Kini, dia gagal pula menyediakan wang jaminan, sekaligus memanjangkan lagi tempohnya di dalam penjara sehingga tarikh perbicaraan.

Agak aneh kerana keluarga peguam Karpal Singh langsung tidak dapat mencari jalan membantu mengeluarkan C.Selvam.

Atau sebenarnya mereka memang tidak peduli dengan untung nasibnya?

11 comments:

  1. Agaknya mereka anggap dia cuai memandu dan megakibatkan kemalangan, kalau macam tu, takkan diorang nak jamin kan?Tambah lagi sampai Karpal meninggal.

    ReplyDelete
  2. Pemandu ikut arahan..kalau boss suruh speed sebab nak cepat sampai adakah dia patut bantah?..salah siapa..kalau laju boss pun boleh sound ""woi slow sikit..."

    ReplyDelete
  3. Replies

    1. Betu bro boss tido. Tapi bila tanya pemandu dia kata fia pun tido.

      Delete
  4. Kenapa warganegara India boleh menjadi pemandu kepada Ahli Parlimen? sudah tidak adakah rakyat Malaysia yang boleh atau memang dasar DAP mendahulukan warganegara asing?

    ReplyDelete
  5. Apa susah...bg je la duit jaminan tu pada orang lain utk pg jamin...cakap serupa org bodoh... tak nak tolong cakap je la....

    SI BN...lu orang jgn sibuk pulak nak tolonggg....jgn jadi pak sanggup...lu org ni kadang-kadang bodoh...

    ReplyDelete
  6. Warga India boleh dapat permit kerja sebagai pemandu ka? Kalau tak ada ada permit, maknanya telah menyalah gunakan pass sosial. Pejabat AG patut ambil tindakan keatas pemandu dan majikannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....ada kes salahguna pass sosial....takkan majikannya yang merupakan peguam handal-handal belaka tak tahu? Dakwa, jangan tak dakwa!!

      Delete
    2. Ada yang tak kena nie, apa kah pemandu dalam kategori yang dibenarkan kepada perkerja asing. Hah!....AG...IGP...apa cerita...jgn buat lawak double standard. Orang dah naik meluat....
      Orang lama 1957

      Delete

PEMANDU PERIBADI KARPAL SINGH DILOKAPKAN... Keluarga Karpal Enggan Bayar Wang Jaminan RM5,000

Saturday, 2 August 2014 ·

Kesian...

Bekas pemandu peribadi mendiang Karpal Singh yang merupakan pemandu dalam kemalangan maut membunuh Karpal Singh dan pembantu peribadinya, hari ini terpaksa hidup di dalam lokap selepas didakwa memandu secara cuai dan merbahaya.

Dan di sebalik jasa-jasanya kepada Karpal Singh selama Pengerusi DAP itu hidup, ahli-ahli keluarga Karpal Singh langsung tidak mempedulikannya.

C. Selvam tidak dapat mengadakan wang jaminan RM5,000 sepertimana yang telah ditetapkan oleh mahkamah.

Anak ketiga Karpal, Ramkarpal Singh Deo yang turut berada di dalam kenderaan yang sama ketika kemalangan itu berlaku berkata, mereka tidak dapat membayar wang jaminan memandangkan mereka adalah saksi kejadian.

"Saya telah disapina sebagai saksi pendakwa untuk perbicaraan ini, Jadi, kami tidak boleh terlibat dalam menjamin Selvam," katanya.

Ramkarpal, 38, telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei selepas kerusi tersebut kosong ekoran kematian Karpal Singh pada 17 April.

C.Selvam, seorang warganegara India, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kampar pada 9 Julai kerana memandu secara cuai dan merbahaya. Dia bagaimanapun, mengaku tidak bersalah.

Insiden yang meragut nyawa Karpal Singh berlaku di KM306.1 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar pada 17 April.

Semenjak itu, C.Selvam telah direman dan dilokapkan. Kini, dia gagal pula menyediakan wang jaminan, sekaligus memanjangkan lagi tempohnya di dalam penjara sehingga tarikh perbicaraan.

Agak aneh kerana keluarga peguam Karpal Singh langsung tidak dapat mencari jalan membantu mengeluarkan C.Selvam.

Atau sebenarnya mereka memang tidak peduli dengan untung nasibnya?

11 comments:

Anonymous said...
2 August 2014 at 11:23  

Agaknya mereka anggap dia cuai memandu dan megakibatkan kemalangan, kalau macam tu, takkan diorang nak jamin kan?Tambah lagi sampai Karpal meninggal.

Anonymous said...
2 August 2014 at 11:46  

Pemandu ikut arahan..kalau boss suruh speed sebab nak cepat sampai adakah dia patut bantah?..salah siapa..kalau laju boss pun boleh sound ""woi slow sikit..."

Anonymous said...
2 August 2014 at 12:21  

Bos tido bro

Anonymous said...
2 August 2014 at 13:19  

Kenapa warganegara India boleh menjadi pemandu kepada Ahli Parlimen? sudah tidak adakah rakyat Malaysia yang boleh atau memang dasar DAP mendahulukan warganegara asing?

raismazzadam said...
2 August 2014 at 13:38  

Cuba tanya...klu diam tu tandanya setuju

raismazzadam said...
2 August 2014 at 13:42  

Apa susah...bg je la duit jaminan tu pada orang lain utk pg jamin...cakap serupa org bodoh... tak nak tolong cakap je la....

SI BN...lu orang jgn sibuk pulak nak tolonggg....jgn jadi pak sanggup...lu org ni kadang-kadang bodoh...

raismazzadam said...
2 August 2014 at 13:44  

Selamanya......

JackD said...
2 August 2014 at 20:45  

Warga India boleh dapat permit kerja sebagai pemandu ka? Kalau tak ada ada permit, maknanya telah menyalah gunakan pass sosial. Pejabat AG patut ambil tindakan keatas pemandu dan majikannya.

Anonymous said...
2 August 2014 at 23:34  

Betul....ada kes salahguna pass sosial....takkan majikannya yang merupakan peguam handal-handal belaka tak tahu? Dakwa, jangan tak dakwa!!

Anonymous said...
3 August 2014 at 05:56  


Betu bro boss tido. Tapi bila tanya pemandu dia kata fia pun tido.

Anonymous said...
3 August 2014 at 09:01  

Ada yang tak kena nie, apa kah pemandu dalam kategori yang dibenarkan kepada perkerja asing. Hah!....AG...IGP...apa cerita...jgn buat lawak double standard. Orang dah naik meluat....
Orang lama 1957

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks