Khalid Ibrahim Cabar Saifuddin Nasution Buat Laporan Kepada SPRM Untuk Buktikan Fitnah Jahatnya

Monday, 4 August 2014


KENYATAAN RASMI KHALID IBRAHIM
4 Ogos 2014

Saya mengalu-alukan siasatan ke atas sebarang tuduhan salah laku dan penyelewengan yang melibatkan saya. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada saya oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat, Dato' Saifuddin Nasution sangat serius. Kesemua tuduhan tersebut adalah tidak benar.

Sekiranya, Dato' Saifuddin percaya kesemua tuduhan tersebut adalah benar, sepatutnya dia dan rakan-rakannya segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara selain dengan segera mendedahkan sebarang bukti untuk membuktikan dakwaannya.

Kegagalan berbuat begitu hanya mengundang spekulasi bahawa kesemua tuduhan tersebut bermotifkan politik dan berniat jahat.

Saya dengan ini, berikrar dan berazam untuk memberikan sepenuh kerjasama dengan apa-apa cara untuk semua siasatan yang akan dijalankan. Saya juga akan mengambil tindakan undang-undang bagi sebarang kenyataan fitnah yang dibuat terhadap saya.

Sementara itu, saya akan meneruskan khidmat saya kepada rakyat Selangor dengan sebaik-baiknya, dengan komitmen sepenuhnya bagi ketelusan, akauntabiliti dan pentadbiran yang baik.

KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

5 comments:

  1. Jahat sungguh sipudin ni ye.

    ReplyDelete
  2. Syabas TS,berani kerana benar,kami pun memang menjangkakan TS akan mengeluarkan kenyataan balas dgn seger.Kami mendoakan kebenar berada di pihak TS,kerana kami yakin TS lebih bersih dari para pemimpin PKR yg lain termasuklah Anwar sendiri.

    ReplyDelete
  3. lagi ditekan, lagi hebat rupanya khalid ini. tak makan saman beginilah yang dimahukan oleh rakyat selangor, bukan apa yang dimahukan oleh golongan gila politik dan barua politik.

    ReplyDelete
  4. kalid.....gau caya luuuuuuu

    ReplyDelete
  5. Wow,..YB amat berani, mesti percaya ada support bnyk kuat dari belakang...kalu tidak mana boleh, bnyk kebal hooo, saya salute sama YB..


    ReplyDelete

Khalid Ibrahim Cabar Saifuddin Nasution Buat Laporan Kepada SPRM Untuk Buktikan Fitnah Jahatnya

Monday, 4 August 2014 ·


KENYATAAN RASMI KHALID IBRAHIM
4 Ogos 2014

Saya mengalu-alukan siasatan ke atas sebarang tuduhan salah laku dan penyelewengan yang melibatkan saya. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada saya oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat, Dato' Saifuddin Nasution sangat serius. Kesemua tuduhan tersebut adalah tidak benar.

Sekiranya, Dato' Saifuddin percaya kesemua tuduhan tersebut adalah benar, sepatutnya dia dan rakan-rakannya segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara selain dengan segera mendedahkan sebarang bukti untuk membuktikan dakwaannya.

Kegagalan berbuat begitu hanya mengundang spekulasi bahawa kesemua tuduhan tersebut bermotifkan politik dan berniat jahat.

Saya dengan ini, berikrar dan berazam untuk memberikan sepenuh kerjasama dengan apa-apa cara untuk semua siasatan yang akan dijalankan. Saya juga akan mengambil tindakan undang-undang bagi sebarang kenyataan fitnah yang dibuat terhadap saya.

Sementara itu, saya akan meneruskan khidmat saya kepada rakyat Selangor dengan sebaik-baiknya, dengan komitmen sepenuhnya bagi ketelusan, akauntabiliti dan pentadbiran yang baik.

KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

5 comments:

Anonymous said...
4 August 2014 at 17:18  

Jahat sungguh sipudin ni ye.

Anonymous said...
4 August 2014 at 17:21  

Syabas TS,berani kerana benar,kami pun memang menjangkakan TS akan mengeluarkan kenyataan balas dgn seger.Kami mendoakan kebenar berada di pihak TS,kerana kami yakin TS lebih bersih dari para pemimpin PKR yg lain termasuklah Anwar sendiri.

Anonymous said...
4 August 2014 at 17:36  

lagi ditekan, lagi hebat rupanya khalid ini. tak makan saman beginilah yang dimahukan oleh rakyat selangor, bukan apa yang dimahukan oleh golongan gila politik dan barua politik.

Anonymous said...
4 August 2014 at 18:18  

kalid.....gau caya luuuuuuu

Anonymous said...
6 August 2014 at 00:06  

Wow,..YB amat berani, mesti percaya ada support bnyk kuat dari belakang...kalu tidak mana boleh, bnyk kebal hooo, saya salute sama YB..


 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks