Kenyataan hodoh Rafizi Ramli segera menarik perhatian Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang menyifatkan Rafizi Ramli adalah manusia bodoh kerana mengeluarkan kenyataan populis semata-mata untuk memaksa sokongan PAS kepada cadangan gila PKR untuk menaikkan Wan Azizah menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
"Kalau benar dia seorang pengarah strategi, Rafizi Ramli tidak akan mengeluarkan kenyataan yang sebegitu bodoh," kata Mustafa Ali.
Kenyataan Rafizi Ramli juga telah mendedahkan pucuk pimpinan PAS kepada serangan dari dalam parti itu sendiri. Kebanyakan penyokong Anwarinas beranggapan, pucuk pimpinan PAS telah mengkhianati perjuangan parti kerana bekerjasama dengan UMNO dan mahu menghidupkan semula Kerajaan Perpaduan yang telah diusulkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada tahun 2008 dahulu.
Dalam satu kenyataan lain, Nasrudin Tantawi Hassan, bekas Ketua Pemuda PAS yang sekarang ini merupakan Ahli Parlimen Temerloh turut dituduh menjadi anjing dan lidah UMNO kerana mengeluarkan kenyataan menyokong Presiden PAS selain turut meminta ahli-ahli PAS yang lain memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor berbanding menyokong Wan Azizah.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nasruddin itu, menyebabkan para penyokong Anwarinas segera mengecam dan memberikan pelbagai gelaran kepadanya.
Come on pas.... bersihkan parti dari anwaranis...
ReplyDeleteSelama ni.... sosialis ...komunis... free thinker semua masuk pas....
Seme menyamar pakai kepiah kehulu hilir... tp solat x pernah...
Abang rafizi berpendapat pas tak layak jadi pm.itu pun nak marah, came on pas relaks la jangan mara mara.
ReplyDeleteX pernah solat, tgna kena betukan ni...
ReplyDelete
ReplyDeleteDI TEMPAT SAYA DI TG KARANG ADA CINA YG DULU SOKONG DAP JADI AHLI PAS.
APA TUJUANNYA YE ?
DeleteAda udang sebalik batu tu bro.
bro...kejap lagi gerenti dia pakai kopiah.
Deleteadalah yang dihajatkan tu....
DeleteYG DLM DAP YG TAK PERNAH BERKHATAN TU BANYAK DAH MENGGUNAKAN AYAT2 QURAAN DGN TAFSIRAN MENGIKUT SELERA SESUKA HATI DIA. KADER2 PULA MENYUSUP MASUK DLM KUMPULAN SASARAN.
TAKEBEER. . .