Sedar bahawa orang Melayu secara majoritinya amat mudah naik angin sekiranya sultan-sultan mereka diusik, dihina mahupun diderhakai, Lim Guan Eng menggunakan taktik yang telah digunakan oleh Lee Kuan Yew lebih 5 dekad lalu. Dan secara tradisinya, orang Melayu mudah bersatu apabila Sultan mereka dihina, memaksa Lim Guan Eng perlu bertindak betul mengikut perang psikologi.
Semalam, DYMM Sultan Selangor menzahirkan kemurkaan baginda kepada DAP dan PKR kerana mempermain-mainkan serta menghina baginda. PKR seperti biasa, terus memperlihatkan kedegilan dan keangkuhan mereka memandangkan Anwar Ibrahim semenjak tahun 1974 lagi memang menentang dan mahu menghapuskan Kesultanan Melayu.
Hari ini, Lim Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, memohon ampun kepada Sultan Selangor atas tindakan parti itu yang hanya mengemukakan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baru.
Satu kenyataan Lim hari ini menyebut, dia memohon ampun kerana tindakan tersebut menyebabkan Sultan berasa dukacita.
Jelasnya, keputusan untuk mengemukakan nama calon tunggal itu dibuat selepas rundingan dengan ketua umum PKR, yang juga suami kepada Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“...Ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013," katanya.
Tambahnya, keputusan itu juga berdasarkan sokongan bertulis daripada majoriti 30 daripada 56 ADUN Selangor kepada Wan Azizah.
Ia juga berdasarkan kesepakatan antara parti Pakatan Rakyat bahawa calon MB baru itu dari parti PKR, katanya lagi.
Selain menyalahkan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng juga mahu memperlihatkan yang dia sedia berkompromi dengan orang Melayu dalam menghormati Sultan Selangor. Dia menjangkakan sokongan daripada orang Melayu, khususnya warga PAS kepadanya selepas membuat pengumuman permohonan maaf kepada Sultan Selangor.
DAP mohon maaf pun hanya lakonan saja. Puak ni tak pernah serik mempermainkan undang-undang Malaysia.
ReplyDeleteHaramkan saja parti yang tak tahu menghormati rukun negara, DAP & PKR tak layak bertanding di Selangor.
ReplyDeletekenapa semua keturunan di negari tidak mahu mengerti hal di mana kaki kita berpijak disitu langit dijunjung , not such thing as winning all ????
ReplyDeletenampaknya cina main lagi..dan pastinya melayu akan lupa apa yg cina dah buat...melayu mudah lupa..
ReplyDeleteBukan rasis ukurannya, tapi apa yang termaktub dalam perlembagaan dan rukun negara mestilah dipatuhi. Jika tidah mereka tidak layak mewakili rakyat.
ReplyDelete