'RELEVANKAH INSTITUSI BERAJA DI JOHOR DAN PEMANSUHAN (AKTA HASUTAN 1948)'
Malam ini, sidang media tersebut akan diadakan sebagaimana yang dijadualkan. Namun sedikit 'pembaikan' telah dibuat memandangkan pesanan WHATSAPP telah telah bocor dan didedahkan.
Jam 10:25 sehingga 10:45 pagi tadi, PKR Negeri Johor telah mengadakan satu sidang media di No.14, Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda. Seramai 20 orang yang terdiri daripada pemimpin PKR Johor dan wartawan-wartawan dari Berita Harian, The Star, Utusan Malaysia, NSTP dan Suara Keadilan turut hadir.
Antara yang hadir adalah Timbalan Pengerusi PKR Johor Hasan Karim, AJK PKR Cabang Kulai R.Gopalakrishnan, ADUN Bukit Batu Jimmy Puah, Setiausaha Kerja PKR Johor R.Yuneswaran, Pengerusi PKR Cabang Pulai Liew Woon Chew dan Ketua PKR Cabang Gelang Patah M.Murugan @ Rony.
Sidang media pagi tadi digunakan untuk menafikan perjuangan PKR menghasut rakyat Johor untuk menentang Sultan Johor, sebaliknya hanya diadakan untuk mendesak kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 selain mengkritik kerajaan kerana melakukan pendakwaan terhadap para pemimpin Pakatan Rakyat. Sidang media singkat itu juga menerangkan bahawa PKR akan melancarkan kempen mansuhkan Akta Hasutan menerusi Twitter dan Facebook.
Sidang media pagi tadi berlangsung dalam tempoh yang sangat singkat dan hanya menyentuh berkaitan pemansuhan Akta Hasutan 1948 tanpa para pemimpin PKR tersebut berani menyatakan secara terbuka tentang kempen untuk menghapuskan Kesultanan Johor sebagaimana yang tercatat dalam itenary Whatsapp.
Sesuatu yang menarik ialah, sidang media tersebut dibuat ATAS ARAHAN Anwar Ibrahim.
Sidang media malam nanti akan diadakan secara tertutup. Hanya ahli-ahli PKR dan wartawan-wartawan yang dijemput sahaja DIBENARKAN BERADA dan HADIR dalam sidang media jam 8:00 malam nanti.
PKR apasal jadi penakut...aku nak tengok sampai mana ko boleh usik sultan kami...
ReplyDeleteJangan samakan selangor,perak dengan johor..
Dari umur kami 7tahun tiap2 pagi nyanyi lagu negaraku lepas tu lagu Bangsa Johor sewaktu perhimpunan di sekolah. Walaupun kami melayu macam yang lain...tapi kami Bangsa Johor..kami setia pada Sultan Johor..bangsa kami ada nilai tersendiri.
ReplyDeleteSUKA SUKA DESAK HAPUSKAN AKTA. INGAT NEGARA INI TOK NENEK KO PUNYA.
KALAU KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN TERGUGAT BUKAN TANGGUNG JAWAB KO NAK JAWAB.
Klw tak suka akta...pegi pindah cari negara yg tak ada akta hasutan...berambos..apasal lagi mau tunggu sini..
ReplyDelete