POLIS DAN SKMM SUDAH BERJAYA KENALPASTI PENGKHIANAT YANG BOCORKAN KERTAS PEPERIKSAAN UPSR!!!

Friday, 12 September 2014


Polis dan SKMM dengar khabarnya telah berjaya mengenalpasti individu-individu yang terlibat dalam pembocoran soalan-soalan matapelajaran dala UPSR sehingga menyusahkan puluhan ribu pelajar dan guru-guru.

Menteri Pelajaran II, Idris Jusoh memberitahu media hari ini, polis dan SKMM turut mengenalpasti beberapa 'hotspot' kebocoran tersebut berlaku.

"Saya telah diberitahu bahawa pasukan penyiasat telah mengenalpasti beberapa individu yang dipercayai bertanggungjawab membocorkan kertas-kertas peperiksaan," katanya. "Individu-individu yang tidak bertanggungjawab telah mengkhianati rahsia negara bagi kepentingan diri sendiri. Hukuman yang keras akan dikenakan kepada mereka."

Idris Jusoh turut memberitahu para wartawan, penjadualan semula peperiksaan UPSR memberi kesan kepada hampir sejuta orang ibu bapa. Keputusan untuk penangguhan bagi kertas Sains dan English pada 30 September dibuat berdasarkan isu logistik, teknikal dan keselamatan.

Sikap tidak bertanggungjawab para pengkhianat tersebut telah menimbulkan kemarahan Idris, memandangkan golongan yang paling terkesan adalah kanak-kanak dan ibu bapa.

"Para pengkhianat ini langsung tidak mempunyai perasaan atau integriti sehingga menyebabkan keseluruhan peperiksaan ini telah ditunda dan diduduki semula, sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku."

Menurut Idris, Kementerian telah mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan kertas-kertas UPSR pada 30 September nanti selamat. Menteri berkenaan bagaimanapun, enggan menerangkan bagaimana kertas English dan Sains boleh bocor, namun tidak menolak kemungkinan sabotaj punca utamaya.

"Kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan peperiksaan pada 30 September nanti tiak bocor. Kami juga telah mengambil langkah-langkah mengatasi sebarang kelemahan."

Idris sedar, di media sosial, ibu bapa yang marah kerana anak-anak mereka terpaksa menduduki semula menghalakan kemarahan mereka kepada Kementerian Pelajaran. Malah sudah ada desakan agar Kementerian Pelajaran segera mengenalpasti pengkhianat-pengkhianat tersebut dan menghadapkan mereka ke muka pengadilan.

"Selain daripada mempersiapkan peperiksaan semula pada 30 September, objektif utama kami ialah bekerjasama dengan pihak berkuasa dan memastikan para pengkhianat tersebut, diberkas."

4 comments:

  1. Pengkhianat ni mesti berotakkan anwar aljuburi.....kompem!!!!!

    ReplyDelete
  2. molek benar pendapat tuan hamba tu...

    ReplyDelete
  3. Mereka akan melakukan apa saja asalkan matlamat untuk menghancurkan negara tercapai. Pakatan haram ni jika berkuasa pun bukan dapat membawa kebaikan. Otak mereka hanya fukus untuk demostrasi jalanan dan hasutan yang tak berkesudahan.

    Malas berusaha membangunkan negara hanya mereka tahu melakukan huru hara.

    Orang bodoh pandai bercakap. Sampai masanya Allah swt tarik balik suara yang dipinjamkan barulah tahu siapa yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa.

    ReplyDelete
  4. Agreed to all the above comments

    ReplyDelete

POLIS DAN SKMM SUDAH BERJAYA KENALPASTI PENGKHIANAT YANG BOCORKAN KERTAS PEPERIKSAAN UPSR!!!

Friday, 12 September 2014 ·


Polis dan SKMM dengar khabarnya telah berjaya mengenalpasti individu-individu yang terlibat dalam pembocoran soalan-soalan matapelajaran dala UPSR sehingga menyusahkan puluhan ribu pelajar dan guru-guru.

Menteri Pelajaran II, Idris Jusoh memberitahu media hari ini, polis dan SKMM turut mengenalpasti beberapa 'hotspot' kebocoran tersebut berlaku.

"Saya telah diberitahu bahawa pasukan penyiasat telah mengenalpasti beberapa individu yang dipercayai bertanggungjawab membocorkan kertas-kertas peperiksaan," katanya. "Individu-individu yang tidak bertanggungjawab telah mengkhianati rahsia negara bagi kepentingan diri sendiri. Hukuman yang keras akan dikenakan kepada mereka."

Idris Jusoh turut memberitahu para wartawan, penjadualan semula peperiksaan UPSR memberi kesan kepada hampir sejuta orang ibu bapa. Keputusan untuk penangguhan bagi kertas Sains dan English pada 30 September dibuat berdasarkan isu logistik, teknikal dan keselamatan.

Sikap tidak bertanggungjawab para pengkhianat tersebut telah menimbulkan kemarahan Idris, memandangkan golongan yang paling terkesan adalah kanak-kanak dan ibu bapa.

"Para pengkhianat ini langsung tidak mempunyai perasaan atau integriti sehingga menyebabkan keseluruhan peperiksaan ini telah ditunda dan diduduki semula, sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku."

Menurut Idris, Kementerian telah mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan kertas-kertas UPSR pada 30 September nanti selamat. Menteri berkenaan bagaimanapun, enggan menerangkan bagaimana kertas English dan Sains boleh bocor, namun tidak menolak kemungkinan sabotaj punca utamaya.

"Kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan peperiksaan pada 30 September nanti tiak bocor. Kami juga telah mengambil langkah-langkah mengatasi sebarang kelemahan."

Idris sedar, di media sosial, ibu bapa yang marah kerana anak-anak mereka terpaksa menduduki semula menghalakan kemarahan mereka kepada Kementerian Pelajaran. Malah sudah ada desakan agar Kementerian Pelajaran segera mengenalpasti pengkhianat-pengkhianat tersebut dan menghadapkan mereka ke muka pengadilan.

"Selain daripada mempersiapkan peperiksaan semula pada 30 September, objektif utama kami ialah bekerjasama dengan pihak berkuasa dan memastikan para pengkhianat tersebut, diberkas."

4 comments:

Anonymous said...
12 September 2014 at 14:50  

Pengkhianat ni mesti berotakkan anwar aljuburi.....kompem!!!!!

Anonymous said...
12 September 2014 at 15:06  

molek benar pendapat tuan hamba tu...

Anonymous said...
12 September 2014 at 17:14  

Mereka akan melakukan apa saja asalkan matlamat untuk menghancurkan negara tercapai. Pakatan haram ni jika berkuasa pun bukan dapat membawa kebaikan. Otak mereka hanya fukus untuk demostrasi jalanan dan hasutan yang tak berkesudahan.

Malas berusaha membangunkan negara hanya mereka tahu melakukan huru hara.

Orang bodoh pandai bercakap. Sampai masanya Allah swt tarik balik suara yang dipinjamkan barulah tahu siapa yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa.

Unknown said...
20 September 2014 at 16:26  

Agreed to all the above comments

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks