PKR Bakal Bergolak Lagi Ekoran Perlantikan Azmin Ali Sebagai Menteri Besar Selangor

Monday, 22 September 2014


Hampir pasti, Azmin Ali adalah Menteri Besar Selangor yang baru. Petang ini jam 4:00, Khalid Ibrahim akan mengadakan majlis perpisahan yang bakal dihadiri oleh Azmin Ali dan ramai pemimpin Pakatan Rakyat kecuali Wan Azizah, Rafizi Ramli, Zuraidah Kamaruddin, Saifuddin Nasution dan Anwar Ibrahim.

Saifuddin Nasution yang bekerjasama dengan Rafizi Ramli serta memacaikan Chegu Bard telah melakukan serangan bertali arus ke atas Azmin Ali. Manakala Anwar Ibrahim pula tidak tetap pendirian memandangkan sebelum ini dia adalah penyokong terkuat Wan Azizah untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Azmin Ali beberapa kali menyelar Anwar Ibrahim sebagai 'orang gila' yang mahukan isterinya dilantik ke jawatan Menteri Besar Selangor dan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mencapai tujuan tersebut walaupun akhirnya, tindakan Anwar Ibrahim mendatangkan kerugian yang lebih besar kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Seperti yang sedia maklum, Azmin Ali sudah mendapat persetujuan daripada PAS Selangor kecuali dua ADUN iaitu Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (ADUN Hulu Langat dan Morib) selain turut memperolehi sokongan daripada pembangkang Selangor (UMNO-BN). Beberapa orang ADUN PKR yang menjadi sebahagian daripada 30 orang ADUN Pakatan yang memberi Akuan Bersumpah menyokong Wan Azizah, juga telah menyatakan sokongan kepada Azmin Ali.

Sehingga sekarang, Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli serta Zuraidah Kamaruddin cuba menafikan 'kemenangan' Azmin Ali dalam perebutan jawatan Menteri Besar Selangor. Saifuddin Nasution masih sempat mengeluarkan satu kenyataan media bahawa perlantikan Menteri Besar Selangor masih belum diputuskan. Manakala R.Sivarasa pula menyatakan, DYMM Sultan Selangor perlu memberikan penjelasan berhubung keputusan melantik calon selain Wan Azizah ke jawatan berkenaan.

Azmin mempunyai akar umbi yang sangat kuat dalam PKR walaupun dia tidak begitu menonjol dan tidak begitu agresif seperti pemimpin-pemimpin PKR yang lain.

Ramai yang menyatakan, Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor akan menutup terus peluang UMNO-BN yang menampilkan wakil-wakil rakyat yang sudah layak digelar AYAM PENCEN dan TIDAK BERAKAL untuk menguasai dan mengambilalih semula Selangor dalam beberapa PRU akan datang.

13 comments:

  1. Cuaca semakin panas, walapun hujan turun setiap petang dan sekali sekala di sebelah pagi ... namun panas ini makin membara...terutama di hati KETUM AL JUBURIT .... rancangannya berantakan, tsunami bakal melanda PKR ...Selamat berkubur! !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa pulak KETUM nak panas hati...????? bukan ke Azmin tu anak didik KETUM...????

      Delete
    2. Kenapa anwar nak tentang wan jijah jawatan presiden setelah mengetahui azmin pun ambil borang pencalonan? Kemudian menarik diri di saat akhir selepas tarikh penyerahan borang di tutup. Ko ada ajal politik??

      Delete
  2. tapi azmin pun punyai sisi yg teruk gak...terutama aksi 'ais kerim'...

    azhar...

    ReplyDelete
  3. Alkisah dikhabarkan sudah kedengaran sayup2 bunyi tangisan seseorang. Tidak dpt dipastikan gerangan empunya suara. Dikisahkan seorang penduduk yang tinggal dikampung ceruk tok kunna .....

    ReplyDelete
  4. BUKAN SAHAJA SELANGOR PUNAH. DUNIA PUN SUDAH MENJADI ALAM YG TERUK BILA TOKOH YG DIAMBIL MENJADI MB SABUAH NEGERI BERBUDAYA ISLAM TERPALIT DGN BERBAGAI2 SKANDAL....SEBUT SAJA ISUNYA, APA YG TAK ADA.

    ReplyDelete
  5. Kita tunggu tengok adakah Anwar, Azizah, Saifuddin, Rafizi dan Zuraidah akan hadir dalam Majlis Angkat Sumpah MB Selangor besok.

    Kita tunggu. Selepas ini sukar diramal keadaan di Selangor.

    ReplyDelete
  6. Wan Azizah gagal jadi MB melalui Kajang Move. Siapa tahu Anwar akan berjaya menjadi Timb. Naib Chanselor Kehormat melalui Sungai Buloh Move. Yang kita tahu permohonan Anwar sedang diperingkat akhir tapisan oleh mahkamah. Sama-sama kita doakan kejayaan buat Anwar. AAAAmmmiiiiiinnn...............

    ReplyDelete
  7. ANUWAR CAN STILL REMOTE AZMIN......HAHAHAHAHA !

    ReplyDelete
  8. Jika kita berfikiran lebih jauh lagi.....

    Sekiranya YB Azmin menerima jawatan MB Selangor, dan tidak dipersetujui oleh pemimpin PKR, maka musuh-musuh YB Azmin di PKR yang tidak dapat mengalahkan dia waktu pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR akan berusaha memecatnya dari PKR.

    Calon yang bertanding bersama-sama YB Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden akan diangkat sebagai Timbalan Presiden secara otomatik. Itu sebabnya calon itu beria-ria nakkan DSWA sebagai MB Selangor untuk memerangkap YB Azmin

    ReplyDelete
  9. Apa muslihat disebalik pelantikan ini?

    ReplyDelete
  10. Azmin akan membatalkan perjanjian air. Rakyat selangor akan tiada air utk basuh berak pun. Azmin akan merompak duit rakyat Selangor utk kegunaan KETUM.
    Habislah Selangor!
    Bagaimana pun kita mengucapkan tahniah le kpd rakyat Selangor yg telah memilih Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dan tepat sekali, habis bijak membuat penilaian dan percaturan yang menjadi mangsa rakyat yang memberi sokongan.

      Delete

PKR Bakal Bergolak Lagi Ekoran Perlantikan Azmin Ali Sebagai Menteri Besar Selangor

Monday, 22 September 2014 ·


Hampir pasti, Azmin Ali adalah Menteri Besar Selangor yang baru. Petang ini jam 4:00, Khalid Ibrahim akan mengadakan majlis perpisahan yang bakal dihadiri oleh Azmin Ali dan ramai pemimpin Pakatan Rakyat kecuali Wan Azizah, Rafizi Ramli, Zuraidah Kamaruddin, Saifuddin Nasution dan Anwar Ibrahim.

Saifuddin Nasution yang bekerjasama dengan Rafizi Ramli serta memacaikan Chegu Bard telah melakukan serangan bertali arus ke atas Azmin Ali. Manakala Anwar Ibrahim pula tidak tetap pendirian memandangkan sebelum ini dia adalah penyokong terkuat Wan Azizah untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Azmin Ali beberapa kali menyelar Anwar Ibrahim sebagai 'orang gila' yang mahukan isterinya dilantik ke jawatan Menteri Besar Selangor dan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mencapai tujuan tersebut walaupun akhirnya, tindakan Anwar Ibrahim mendatangkan kerugian yang lebih besar kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Seperti yang sedia maklum, Azmin Ali sudah mendapat persetujuan daripada PAS Selangor kecuali dua ADUN iaitu Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (ADUN Hulu Langat dan Morib) selain turut memperolehi sokongan daripada pembangkang Selangor (UMNO-BN). Beberapa orang ADUN PKR yang menjadi sebahagian daripada 30 orang ADUN Pakatan yang memberi Akuan Bersumpah menyokong Wan Azizah, juga telah menyatakan sokongan kepada Azmin Ali.

Sehingga sekarang, Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli serta Zuraidah Kamaruddin cuba menafikan 'kemenangan' Azmin Ali dalam perebutan jawatan Menteri Besar Selangor. Saifuddin Nasution masih sempat mengeluarkan satu kenyataan media bahawa perlantikan Menteri Besar Selangor masih belum diputuskan. Manakala R.Sivarasa pula menyatakan, DYMM Sultan Selangor perlu memberikan penjelasan berhubung keputusan melantik calon selain Wan Azizah ke jawatan berkenaan.

Azmin mempunyai akar umbi yang sangat kuat dalam PKR walaupun dia tidak begitu menonjol dan tidak begitu agresif seperti pemimpin-pemimpin PKR yang lain.

Ramai yang menyatakan, Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor akan menutup terus peluang UMNO-BN yang menampilkan wakil-wakil rakyat yang sudah layak digelar AYAM PENCEN dan TIDAK BERAKAL untuk menguasai dan mengambilalih semula Selangor dalam beberapa PRU akan datang.

13 comments:

Kabus Ibra said...
22 September 2014 at 13:37  

Cuaca semakin panas, walapun hujan turun setiap petang dan sekali sekala di sebelah pagi ... namun panas ini makin membara...terutama di hati KETUM AL JUBURIT .... rancangannya berantakan, tsunami bakal melanda PKR ...Selamat berkubur! !!!

Anonymous said...
22 September 2014 at 13:55  

tapi azmin pun punyai sisi yg teruk gak...terutama aksi 'ais kerim'...

azhar...

Anonymous said...
22 September 2014 at 13:57  

Alkisah dikhabarkan sudah kedengaran sayup2 bunyi tangisan seseorang. Tidak dpt dipastikan gerangan empunya suara. Dikisahkan seorang penduduk yang tinggal dikampung ceruk tok kunna .....

Anonymous said...
22 September 2014 at 14:09  

kenapa pulak KETUM nak panas hati...????? bukan ke Azmin tu anak didik KETUM...????

Anonymous said...
22 September 2014 at 15:24  

Kenapa anwar nak tentang wan jijah jawatan presiden setelah mengetahui azmin pun ambil borang pencalonan? Kemudian menarik diri di saat akhir selepas tarikh penyerahan borang di tutup. Ko ada ajal politik??

Anonymous said...
22 September 2014 at 15:48  

BUKAN SAHAJA SELANGOR PUNAH. DUNIA PUN SUDAH MENJADI ALAM YG TERUK BILA TOKOH YG DIAMBIL MENJADI MB SABUAH NEGERI BERBUDAYA ISLAM TERPALIT DGN BERBAGAI2 SKANDAL....SEBUT SAJA ISUNYA, APA YG TAK ADA.

Anonymous said...
22 September 2014 at 16:12  

Kita tunggu tengok adakah Anwar, Azizah, Saifuddin, Rafizi dan Zuraidah akan hadir dalam Majlis Angkat Sumpah MB Selangor besok.

Kita tunggu. Selepas ini sukar diramal keadaan di Selangor.

Anonymous said...
22 September 2014 at 16:25  

Wan Azizah gagal jadi MB melalui Kajang Move. Siapa tahu Anwar akan berjaya menjadi Timb. Naib Chanselor Kehormat melalui Sungai Buloh Move. Yang kita tahu permohonan Anwar sedang diperingkat akhir tapisan oleh mahkamah. Sama-sama kita doakan kejayaan buat Anwar. AAAAmmmiiiiiinnn...............

Anonymous said...
22 September 2014 at 16:48  

ANUWAR CAN STILL REMOTE AZMIN......HAHAHAHAHA !

Anonymous said...
22 September 2014 at 18:57  

Jika kita berfikiran lebih jauh lagi.....

Sekiranya YB Azmin menerima jawatan MB Selangor, dan tidak dipersetujui oleh pemimpin PKR, maka musuh-musuh YB Azmin di PKR yang tidak dapat mengalahkan dia waktu pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR akan berusaha memecatnya dari PKR.

Calon yang bertanding bersama-sama YB Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden akan diangkat sebagai Timbalan Presiden secara otomatik. Itu sebabnya calon itu beria-ria nakkan DSWA sebagai MB Selangor untuk memerangkap YB Azmin

Anonymous said...
22 September 2014 at 20:51  

Apa muslihat disebalik pelantikan ini?

Anonymous said...
22 September 2014 at 22:26  

Azmin akan membatalkan perjanjian air. Rakyat selangor akan tiada air utk basuh berak pun. Azmin akan merompak duit rakyat Selangor utk kegunaan KETUM.
Habislah Selangor!
Bagaimana pun kita mengucapkan tahniah le kpd rakyat Selangor yg telah memilih Pakatan Rakyat.

Anonymous said...
22 September 2014 at 22:45  

Betul dan tepat sekali, habis bijak membuat penilaian dan percaturan yang menjadi mangsa rakyat yang memberi sokongan.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks