Taktik PAS mengalihkan perkara sebenar dengan menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak menyediakan banyak kemudahan dan keperluan di Pengkalan Kubor serta Kelantan, sudah mula memakan diri sendiri ekoran sudah ramai yang mempersoalkan kuasa Kerajaan Negeri dengan kuasa Kerajaan Pusat dalam pembangunan negeri.
Disebabkan isu pembangunan dan royalti minyak kurang mantap, PAS mula menjadikan kehidupan peribadi calon BN, Mat Razi Mat Ail sebagai sasaran.
Dan seperti biasa, skandal seks menjadi umpan yang paling sedap untuk mengalihkan sokongan.
Kononnya, PAS berjaya menjejaki seorang wanita yang pernah belajar di salah sebuah sekolah di Geting dalam kawasan Pengkalan Kubor, yang pernah menjalin hubungan asmara dan seks dengan Mat Razi.
Kononnya juga, hubungan sulit itu berlaku sewaktu Mat Razi menjadi guru di sekolah berkenaan. Oleh kerana hubungan sulit itulah, isteri Mat Razi tidak keluar berkempen membantu suaminya sebagai calon kerana bimbang, akan ada pengundi yang bertanya dan dia tidak boleh menjawab.
PAS pernah menggunakan taktik yang sama dalam PRK Permatang Pasir pada tahun 2009 ke atas calon BN, Rohaizat Othman. Rohaizat yang sedang mendapat sokongan besar, tiba-tiba didedahkan mempunyai seorang isteri yang dikahwini secara rahsia demi menutup pengetahuan isteri pertama.
Pemimpin PAS yang terlibat secara langsung dalam isu tersebut sehingga menyebabkan rumahtangga Rohaizat Othman dengan wanita berkenaan runtuh selepas PRK Permatang Pasir, adalah bekas Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi. Tantawi bukan sahaja membawa wanita tersebut pada acara ceramah dan kempen, malah turut juga membawa pelbagai cerita yang sebenarnya tidak perlu didedahkan kepada orang ramai kerana itu adalah masalah rumahtanggan Rohaizat dan isteri-isterinya.
Taktik yang sama nampaknya berulang di PRK DUN Pengkalan Kubor. Bezanya, calon dahulu didakwa mengabaikan isteri keduanya kerana terlalu takut dengan isteri pertama, manakala di Pengkalan Kubor, calon BN dituduh berzina sehingga pasangannya mengandung, sebelum dinikahkan dan diceraikan.
Jahanam rumah tangga orang sebab fitnah.
ReplyDeleteErk.. takde isu dah pas ni.
ReplyDeleteAgenda PAS;
ReplyDeleteMATLAMAT MENGHALALKAN CARA!
ada satu lagi;
HALAL UNTUK KU, HARAM UNTUK MU!
ada faham!!!
sekarang nie DAP pun ikut cara PAS mengkristiankan bangsa mereka sendiri.
aku dah rasa diorang ni mmg guna intipati syiah...syiah kan golongan paling byk bersumpah palsu...
ReplyDeletelebih kurang aje la diorang ni...buat benda palsu...mcm benar2 berlaku...
-smh-
Mereka membela al Jubori,kononnya keran al Jubori diaibkan.tapi bila tiba tang mereka mengaibkan orang tanpa bukti kukuh, di 'haruskan'.Pukimak Pas.
ReplyDeletetakkan semua benda nak seret mahkamah. tapi kalau mahkamah dapat membersihkan nama baik, itu je la pilihan yang ada
ReplyDeleteTak guna hanya menangkis - baik Ustaz Mat Razi ni SAMAN PAS dan budak pompuan tu, kalau betul ini FITNAH! Ini bukan perkara main- main; kerana kalau tak ditentang habis-habisan sekiranya fitnah, boleh menjatuhkan maruah UMNO!
ReplyDeleteMakcik Sambal Belacan.
Tak kisah admin nak tulis apa pun. Janji masyuk.
ReplyDeleteitulah yang aku tak suka dengan orang pas ni, baginikah perilaku orang pas yang boleh dicontohi? kalau bercakap merekalah yang paling islam, kalau umno semua masuk neraka, sebab itu Allah tidak memberi kemenangan pada pas walaupun sudah berpuluh tahun berjuang kononnya untuk menegakkan Islam, ciri keislaman dalam diri pun belum mantap bagaimana dan jadi peminpin Islam yang disegani
ReplyDeleteTapi kalau betul ada perlakuan sumbang, tak kisah lah UMNO atau PAS, rakyat wajib tahu.
ReplyDeleteUMNO dan PAS sepatutnya meletakkan necara moral yang lebih tinggi. Tidak seperti PKR yang tidak kesah akan semua itu. Malangnya, kalau sudah ada video pun, Stopa masih kekal di PAS..
Kalau sudah tak ada modal atau isu yang boleh diketengahkan, lain isu pula yang digunakan> Fitnah memang sudah darah daging orang Parti Ajaran Sesat berkempen. Suka fitnah memfitnah orang. Akui diri sendiri parti Islam tapi memfitnah orang. Itukah dikatakan parti Islam. PAS bukan parti berkonsep Islam, kalau iapun kenapa waktu kempen boleh memfitnah pihak lawan. Islam tidak mengajar kita mencerca atau memfitnah orang lain. PAS memang parti ajaran sesat
ReplyDelete