Husam Musa hanya muncul apabila cerita kayu-kayu balak menghentam dan menghancurkan rumah penduduk. Bimbang mangsa-mangsa banjir mempersalahkan projek pembalakan mega yang berlaku di Hulu Kelantan, Husam Musa terpaksa mencari jalan untuk berbohong dan menyelamatkan dirinya.
Projek pembalakan mega di Hulu Kelantan begitu berleluasa ketika zaman Husam Musa menjadi Exco Kanan merangkap 'Menteri Besar dalam pendalangan'.
Antara yang paling banyak mendapat projek pembalakan adalah Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming menerusi syarikat mereka, Upaya Padu Sdn. Bhd. yang telah dianugerahkan lebih 10,000 ekar tanah untuk dibalak dan dijadikan 'ladang rakyat' kononnya.
Dalam satu kenyataan, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming mengaku mereka telah diberikan tanah balak di Gua Musang sejurus selepas Nizar Jamaluddin dipersetujui sebagai Menteri Besar Perak selepas Pilihanraya Umum 2008. (BACA DI SINI)
Berbanding negeri-negeri lain, Kelantan mencatatkan kerugian dan kemusnahan terbesar. Kerajaan Negeri Kelantan sendiri mengenalpasti punca kemusnahan besar itu adalah daripada pembalakan tidak terkawal di Hulu Kelantan.
Husam Musa dua malam sudah telah mengadakan satu forum yang mempertikaikan peranan Kerajaan Persekutuan dan bantuan yang diberikan. Menurutnya, PETRONAS perlu memberikan RM3 bilion kepada Kelantan untuk Kelantan membangunkan semula negeri tersebut.
Yang melakukan pemusnahan
Sudahlah alam sekitar dimusnahkan, sekarang yang perlu membayar gantirugi adalah Kerajaan Persekutuan?
Apakah Husam Musa cuba menyembunyikan peranan Ngeh-Nga dan kaum kroninya dalam skandal pembalakan dan pemusnahan alam sekitar di Hulu Kelantan dengan cubaan melakukan pembohongan sehinggakan para penganut ajaran PAS totok menyalahkan kunci air, menyalahkan Kerajaan Persekutuan tidak menyalurkan bantuan, menyalahkan petugas-petugas awam yang lambat menghantar bantuan dan sebagainya tanpa menyalahkan punca utama banjir lumpur besar yang telah membunuh 21 orang rakyat Kelantan?
Haa totok n the geng sila jawab
ReplyDeletehusam buat hal dlm senyap...nampak baik jer tp bahaya kpd parti.
ReplyDelete