AZMIN ALI AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KE ATAS FAEKAH HUSSIN DAN 7 ORANG BEKAS PEMBANTU KHALID IBRAHIM KALAU MEREKA TAK PULANGKAN DUIT RM2.6 JUTA

Sunday, 4 January 2015

Semua lapan bekas pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberi tempoh 14 hari untuk memulangkan wang pampasan yang bernilai lebih RM2.6 juta yang didakwa diberikan oleh bekas Menteri Besar itu, tanpa mengikut prosedur.

Dalam nada tegas, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan keperluan untuk mengambil tindakan mahkamah atau sebaliknya selepas ini.

Azmin pada hari ini turut berkata surat arahan pemulangan akan dikeluarkan secepat mungkin.

"Setelah medapat nasihat pihak peguam maka pengurusan yang baru memutuskan akan hantar surat kepada mereka sebagai peringatan untuk kembalikan sejumlah wang yang telah dibayar.

"Akan ada tindakan yang diambil jika mereka ingkar tapi kita beri peluang kepada mereka yang berkenaan untuk teliti surat tersebut dan ambil tindakan seperti yang diputuskan," ujar Azmin.

Antara yang menerima pampasan tersebut adalah bekas Ketua Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin; Arfa'eza Abdul Aziz selaku setiausaha akhbar dan Mustapa Mohd Talib sebagai setiausaha politiknya.

Pampasan bernilai jutaan ringgit itu diberikan kononnya sebagai ganjaran kerana meletakkan jawatan secara sukarela melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) akibat peralihan pucuk pimpinan.

Pihak pengurusan baru MBI selepas ini akan membut keputusan berapa jumlah yang sepatutnya layak diterima kelapan-lapan individu ini.

"Mereka akan dibayar mengikut peruntukan sedia ada kerana pembayaran sebelum ini dibuat dalam jumlah yang besar dan jelas melanggar tatacara dan peraturan kewangan serta syarat- syarat kontrak yang dipersetujui sebelum ini," katanya lagi.

Faekah yang juga bekas Ketua Eksekutif MBI menerima hampir RM700,000, sementara Arfa'eza menerima sekitar RM400,000 dan Mustapa pula mendapat pampasan bernilai RM265,000.

2 comments:

  1. Lumayan tu...

    ReplyDelete
  2. Alang alang menyelok perkasam biar sampai ke pangkal teliga !!

    Kali ini Faekah wajib mengajar PKR melalui mahkamah terutamanya MB asmin abang kpd bapok azuan ali tu..

    Minta campurtangan mahkamah untuk menentukan sama ada pembayaran itu sah atau tidak
    2. Biar mahkamah jawab samaada wang itu wajarkah dibelanjakan walaupun sehingga habis setelah plantif menerima bayaran/imbohan itu, sedangkan plantif beranggapan wang tersebut diterima secara sah!

    3.Adakah MB chabok ada kuasa untuk meminta sesorang memulankan wang yang telah dibayar sedangkan semasa pembayaran itu pihak yang membayar dan pihak yang menerima percaya dan yakin transaksi itu adalah sah dan wajar??

    4 apa pun, semua penerima bayaran/imbuhan tersebut wajar memindahkan wang tersebut kepada penama lain untuk keselamatan wang tersebut

    lawan di mahkamah walaupun sehingga ke peringkat mahkamah rayuan !!

    Faekah bukan sekadar wajar menunjuk taring, tapi harus membaham mereka yang selama ini mahu menunjuk belang !!!

    Go Faekah Go

    ReplyDelete

AZMIN ALI AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KE ATAS FAEKAH HUSSIN DAN 7 ORANG BEKAS PEMBANTU KHALID IBRAHIM KALAU MEREKA TAK PULANGKAN DUIT RM2.6 JUTA

Sunday, 4 January 2015 ·

Semua lapan bekas pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberi tempoh 14 hari untuk memulangkan wang pampasan yang bernilai lebih RM2.6 juta yang didakwa diberikan oleh bekas Menteri Besar itu, tanpa mengikut prosedur.

Dalam nada tegas, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan keperluan untuk mengambil tindakan mahkamah atau sebaliknya selepas ini.

Azmin pada hari ini turut berkata surat arahan pemulangan akan dikeluarkan secepat mungkin.

"Setelah medapat nasihat pihak peguam maka pengurusan yang baru memutuskan akan hantar surat kepada mereka sebagai peringatan untuk kembalikan sejumlah wang yang telah dibayar.

"Akan ada tindakan yang diambil jika mereka ingkar tapi kita beri peluang kepada mereka yang berkenaan untuk teliti surat tersebut dan ambil tindakan seperti yang diputuskan," ujar Azmin.

Antara yang menerima pampasan tersebut adalah bekas Ketua Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin; Arfa'eza Abdul Aziz selaku setiausaha akhbar dan Mustapa Mohd Talib sebagai setiausaha politiknya.

Pampasan bernilai jutaan ringgit itu diberikan kononnya sebagai ganjaran kerana meletakkan jawatan secara sukarela melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) akibat peralihan pucuk pimpinan.

Pihak pengurusan baru MBI selepas ini akan membut keputusan berapa jumlah yang sepatutnya layak diterima kelapan-lapan individu ini.

"Mereka akan dibayar mengikut peruntukan sedia ada kerana pembayaran sebelum ini dibuat dalam jumlah yang besar dan jelas melanggar tatacara dan peraturan kewangan serta syarat- syarat kontrak yang dipersetujui sebelum ini," katanya lagi.

Faekah yang juga bekas Ketua Eksekutif MBI menerima hampir RM700,000, sementara Arfa'eza menerima sekitar RM400,000 dan Mustapa pula mendapat pampasan bernilai RM265,000.

2 comments:

Anonymous said...
4 January 2015 at 15:42  

Lumayan tu...

Anonymous said...
4 January 2015 at 17:04  

Alang alang menyelok perkasam biar sampai ke pangkal teliga !!

Kali ini Faekah wajib mengajar PKR melalui mahkamah terutamanya MB asmin abang kpd bapok azuan ali tu..

Minta campurtangan mahkamah untuk menentukan sama ada pembayaran itu sah atau tidak
2. Biar mahkamah jawab samaada wang itu wajarkah dibelanjakan walaupun sehingga habis setelah plantif menerima bayaran/imbohan itu, sedangkan plantif beranggapan wang tersebut diterima secara sah!

3.Adakah MB chabok ada kuasa untuk meminta sesorang memulankan wang yang telah dibayar sedangkan semasa pembayaran itu pihak yang membayar dan pihak yang menerima percaya dan yakin transaksi itu adalah sah dan wajar??

4 apa pun, semua penerima bayaran/imbuhan tersebut wajar memindahkan wang tersebut kepada penama lain untuk keselamatan wang tersebut

lawan di mahkamah walaupun sehingga ke peringkat mahkamah rayuan !!

Faekah bukan sekadar wajar menunjuk taring, tapi harus membaham mereka yang selama ini mahu menunjuk belang !!!

Go Faekah Go

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks