Berbanding dengan Robert Kuok dan Ananda Krishnan, Syed Mokhtar Al-Bukhary menetap dan bekerja di Malaysia. Dia tidak menyedut kekayaan Malaysia untuk dihamburkan ke negara luar. Sebaliknya kekayaan yang diperolehinya di Malaysia, digunakan untuk rakyat Malaysia dan tidak sekadar menjadi lintah darat yang kerjanya menghisap keuntungan tetapi dia sendiri menetap di negara luar sepertimana Robert Kuok dan Ananda Krishnan.
Musibah banjir yang telah melanda Malaysia, menyaksikan sekali lagi Syed Mokhtar Al-Bukhary mendermakan sebahagian daripada perolehan kepada mangsa-mangsa banjir sekalipun jumlah kekayaan jauh lebih rendah berbanding Robert Kuok mahupun Ananda Krishnan, Teh Hong Piow, Quek Leng Chan dan Lee Shin Cheng.
Taktik DAP itu mudah sebenarnya dan bagi sesiapa yang pernah berurusan dengan para peniaga yang mempunyai otak DAP, pastinya akan tahu bagaimana penipuan dibuat dan penipuan tersebut akan dibangga-banggakan seolah-olah merekalah yang paling baik hati.
Telah terbukti, yang tetap membantu adalah kaum Bumiputera dan pribumi juga. Manakala golongan yang memperjuangkan kesamarataan, sekadar memikirkan keuntungan sendiri tanpa sedikit pun mahu menyumbang kembali apa yang telah mereka perolehi dari kekayaan negara ini.
gua link bro, tq
ReplyDeleteAnwar Ibrahim mungkin boleh pujuk takun cina untuk menderma kot.
ReplyDelete