Ada yang mempertikaikan, mengapa SKMM hanya memilih akaun-akaun Facebook yang tidak popular tetapi enggan mengambil perhatian terhadap akaun-akaun popular, terutama sekali yang membabitkan pemimpin-pemimpin parti politik Pakatan Rakyat yang sedang bergelut untuk meraih sokongan daripada rakyat setelah mereka langsung tidak memberikan reaksi terbaik pada ketika banjir melanda.
Antara yang paling kerap disasarkan untuk difitnah selain PDRM, ATM, Bomba, UMNO dan Barisan Nasional adalah Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Pakatan Rakyat sekarang ini seperti sedang mendapat senjata besar apabila mereka menimbulkan isu tentang pesawat rasmi Perdana Menteri yang dikesan bergerak di merata-rata tempat di dunia ini. Mereka cuba lari daripada isu sebenar iaitu bantuan kepada rakyat yang menderita banjir. Mereka cuba menggunakan isu menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor semata-mata utnuk mengalihkan isu sebenar.
Apa sebenarnya yang menjadi objektif Pakatan Rakyat dan para pecacai mereka?
Pada masa banjir melanda, mereka mencipta pelbagai cerita-cerita dongeng semata-mata untuk menunjukkan Kerajaan Pusat tidak bersedia, semata-mata untuk menuding jari kepada kelemahan agensi-agensi yang telah dipertanggungjawab, semata-mata untuk membuktikan bahawa PDRM, ATM dan Bomba yang bertungkus lumus membantu mengeluarkan mangsa-mangsa banjir sebagai tidak cekap, cemerkap dan tidak terlatih bahkan semata-mata untuk menunjukkan kononnya Kerajaan Persekutuan adalah zalim, pembuli dan penganiaya.
Mereka memang tidak ada kerja atau mereka sememangnya tidak peduli dengan undang-undang di negara ini?
Atau sebenarnya kerana penguatkuasa undang-undang di negara ini seperti SKMM tidak berupaya dan tidak cekap dalam menjalankan tugas mereka?
0 comments:
Post a Comment