NGA KOR MING NAK KATA APA, BUTIRAN UPAYAPADU TUNJUKKAN MEREKA JUGA TERIMA PINJAMAN MUDAH KERAJAAN PERSEKUTUAN?

Wednesday 7 January 2015

Mungkin ramai yang tidak tahu mengapa Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. diperkatakan dan mempunyai kaitan dengan Nga Kor Ming walaupun hakikatnya berdasarkan undang-undang tanah negeri Kelantan, tiada pemilikan bukan Melayu dan bukan anak Kelantan dibenarkan.

Mari kita perhatikan satu persatu:

1) Upayapadu telah dianugerahkan projek balak di tanah seluas 10,526 ekar di Relai, Chiku dalam Daerah Gua Musang, Kelantan.

2) Penganugerahan tersebut diberikan kepada Upayapadu oleh Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Yayasan Islam Kelantan.

3) Upayapadu asalnya dimiliki oleh Tan Sri Wong Yeon Chai (a.k.a TENGKU WONG) dan isterinya Loo Chooi Ting. TENGKU WONG merupakan seorang taukeh balak Pahang yang masyhur menerusi skandal pembelian kereta-kereta mewah tanpa cukai dan melanggar arahan larangan pembalakan oleh pihak berkuasa sehingga akhirnya mencetuskan Krisis Perlembagaan pada pertengahan 1980-an.

Bekas Presiden GERAKAN, Lim Keng Yaik merupakan antara orang yang telah mendedahkan TENGKU WONG sebagai RAJA PEMBALAKAN HARAM di Malaysia. (RUJUK SINI)

4) Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming telah membeli sepenuhnya 100% kepentingan dalam Upayapadu daripada Tengku Wong, isterinya dan pemegang-pemegang saham lain pada April 2012 dengan restu dari Yayasan Islam Kelantan.

5) Upayapadu LANGSUNG TIDAK MEMPUNYAI SEORANG PENGARAH ATAU PEMEGANG SAHAM BERBANGSA MELAYU PUN!


6) Nga Kor Ming tidak tersenarai sebagai pemegang saham sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tetapi Ngeh Koo Ham memiliki 51% saham Upayapadu dengan 1% secara langsung dan 50% menerusi pemilikan 99.99% ke atas Abundance Plantations Bhd.

7) Kenyataan Kewangan Tahun 2013 menunjukkan Upayapadu memiliki aset bukan semasa bernilai RM29 juta dan RM9 juta untuk aset-aset semasa. Bagaimanapun, syarikat itu juga memiliki liabiliti bukan semasa bernilai RM46 juta yang mana termasuklah pinjaman-pinjaman daripada pemegang-pemegang saham dan RM16 juta PINJAMAN MUDAH dari KERAJAAN PERSEKUTUAN.

8) Bagi Tahun Kewangan berakhir 2013, Upayapadu merekodkan KOSONG dalam perolehan dan RM700 ribu dalam kerugiaan. (KOSONG perolehan mungkin boleh diterima sekiranya TIADA SEBATANG BALAK PUN DITEBANG ATAU DIJUAL).

9)  Nga Kor Ming dikatakan berasal dari Kelantan memandangkan Kod Negeri pada kad pengenalannya adalah 03.

2 comments:

  1. Peliknya, knp mereka dpt buat pinjaman mudah dpd kerajaan? Mereka pulak bising nfc corp dpt pinjaman. Bnyknya benda2 pelik sekarang ni. Pembangkang pelik, kerajaanpun sama pelik gila.

    ReplyDelete
  2. Nak pelik apa....dalam ierajaan banyak pembakang...ingat najib ada masa nak tengok semua? Kak ros pun dia sempat jaga...

    ReplyDelete

NGA KOR MING NAK KATA APA, BUTIRAN UPAYAPADU TUNJUKKAN MEREKA JUGA TERIMA PINJAMAN MUDAH KERAJAAN PERSEKUTUAN?

Wednesday 7 January 2015 ·

Mungkin ramai yang tidak tahu mengapa Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. diperkatakan dan mempunyai kaitan dengan Nga Kor Ming walaupun hakikatnya berdasarkan undang-undang tanah negeri Kelantan, tiada pemilikan bukan Melayu dan bukan anak Kelantan dibenarkan.

Mari kita perhatikan satu persatu:

1) Upayapadu telah dianugerahkan projek balak di tanah seluas 10,526 ekar di Relai, Chiku dalam Daerah Gua Musang, Kelantan.

2) Penganugerahan tersebut diberikan kepada Upayapadu oleh Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Yayasan Islam Kelantan.

3) Upayapadu asalnya dimiliki oleh Tan Sri Wong Yeon Chai (a.k.a TENGKU WONG) dan isterinya Loo Chooi Ting. TENGKU WONG merupakan seorang taukeh balak Pahang yang masyhur menerusi skandal pembelian kereta-kereta mewah tanpa cukai dan melanggar arahan larangan pembalakan oleh pihak berkuasa sehingga akhirnya mencetuskan Krisis Perlembagaan pada pertengahan 1980-an.

Bekas Presiden GERAKAN, Lim Keng Yaik merupakan antara orang yang telah mendedahkan TENGKU WONG sebagai RAJA PEMBALAKAN HARAM di Malaysia. (RUJUK SINI)

4) Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming telah membeli sepenuhnya 100% kepentingan dalam Upayapadu daripada Tengku Wong, isterinya dan pemegang-pemegang saham lain pada April 2012 dengan restu dari Yayasan Islam Kelantan.

5) Upayapadu LANGSUNG TIDAK MEMPUNYAI SEORANG PENGARAH ATAU PEMEGANG SAHAM BERBANGSA MELAYU PUN!


6) Nga Kor Ming tidak tersenarai sebagai pemegang saham sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tetapi Ngeh Koo Ham memiliki 51% saham Upayapadu dengan 1% secara langsung dan 50% menerusi pemilikan 99.99% ke atas Abundance Plantations Bhd.

7) Kenyataan Kewangan Tahun 2013 menunjukkan Upayapadu memiliki aset bukan semasa bernilai RM29 juta dan RM9 juta untuk aset-aset semasa. Bagaimanapun, syarikat itu juga memiliki liabiliti bukan semasa bernilai RM46 juta yang mana termasuklah pinjaman-pinjaman daripada pemegang-pemegang saham dan RM16 juta PINJAMAN MUDAH dari KERAJAAN PERSEKUTUAN.

8) Bagi Tahun Kewangan berakhir 2013, Upayapadu merekodkan KOSONG dalam perolehan dan RM700 ribu dalam kerugiaan. (KOSONG perolehan mungkin boleh diterima sekiranya TIADA SEBATANG BALAK PUN DITEBANG ATAU DIJUAL).

9)  Nga Kor Ming dikatakan berasal dari Kelantan memandangkan Kod Negeri pada kad pengenalannya adalah 03.

2 comments:

Anonymous said...
7 January 2015 at 21:31  

Peliknya, knp mereka dpt buat pinjaman mudah dpd kerajaan? Mereka pulak bising nfc corp dpt pinjaman. Bnyknya benda2 pelik sekarang ni. Pembangkang pelik, kerajaanpun sama pelik gila.

Anonymous said...
7 January 2015 at 21:54  

Nak pelik apa....dalam ierajaan banyak pembakang...ingat najib ada masa nak tengok semua? Kak ros pun dia sempat jaga...

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks