Penangkapan Khairuddin Abu Hassan sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Malahan cabaran demi cabaran yang ditbuat oleh Khairuddin kepada pihak berkuasa, khususnya pihak polis agar menangkap, menahan serta menyiasat, bahkan mengheretnya ke mahkamah sudah dibuat berkali-kali.
Untuk itu, Khairuddin yang dikatakan seorang ahli perniagaan tetapi dikhabarkan, teras perniagaannya adalah projek-projek UMNO dan kerajaan, secara terang-terangan meuwar-uwarkan pemergiannya ke beberapa buah negara seperti Switzerland, London dan Hong Kong serta Singapura untuk membuat laporan polis dan meminta campurtangan asing ke atas negara ini.
Sebelum ditahan, Khairuddin dengan bangganya memberitahu yang dia telah menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland dan menyatakan, ianya bukanlah satu kesalahan memandangkan laporan polis yang dibuatnya di Malaysia, tidak diambil tindakan.
Alasan laporan polis yang dibuatnya di Malaysia tidak disiasat dan diambil tindakan, cuba digunakan oleh Khairuddin untuk menghalalkan perbuatannya menjemput kuasa-kuasa asing mencampuri urusan dalaman Malaysia dan motif Khairuddin dan kumpulannya untuk menggulingkan kerajaan sedia ada di negara ini, telah cuba disahihkan dengan perbuatannya itu.
Selain Khairuddin, seorang lagi keledai yang digunakan adalah Anina Saadudin, bekas ahli Wanita UMNO yang bukan sahaja tidak faham undang-undang dan peraturan, bahkan buta kayu tentang Perlembagaan UMNO.
Gerakan menggulingkan Najib, sedang dilakukan dengan giat walaupun tidak secara terang-terangan oleh kumpulan-kumpulan tertentu di mana bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir juga dilihat sebagai salah seorang yang penting dalam gerakan ini.
Berani kerana benar...takut kena jail..kah..kah..kah..
ReplyDeleteReport polis tak jalan, malah beliau yg kena pula..
Apa sudah jadi dgn siasatan 1MDB???
Apa makna guling kerajaan? memaksa dgn keras merampas kuasa kerajaan?...
Satu dunia tahu kisah 1MDB & 2.5Billion..
Cina tembam & dua ekor lagi tak dapat dikesan??? Serious ke SPRM & polis cari 3 ekor ni...
Laporan WSJ..1.4 billion lesap & baru2 hampir 1 Billion lesap.
Hampir 2.6billion, angka yg hampir sama ye dgn duit derma. I
kahkahkah..ko gelakkan b... atas bukit ye jang! siang malam cerita duit juta2 jgn sampai kira daun kering dah la
DeleteNegarawan bersih4.0 ada join khairuddin botox buat kerja jahat ni ke?
ReplyDelete