Cubaan PAN/GHB Sik Ambil Kesempatan Atas Orang Miskin Daif, Amat Menjijikkan!

Tuesday, 29 September 2015

Berbohong dan mencari kesalahan, kemudian membuat tuduhan memang mudah. Ia adalah kerja yang tidak memerlukan sebarang modal, cukup sekadar menimbulkan persepsi dan kemudian mempropagandakan persepsi tersebut dengan cara menjaja menerusi kaedah paling murah iaitu meniupkan fitnah dan tipu daya.

Itulah yang dilakukan oleh golongan PARASIT PAS yang kini sudah keluar dan bersekutu dengan DAP di bawah pemidang Gerakan Harapan Baru atau Parti Amanah Negara. Sulaiman @ Leman Raja Lawak yang merupakan Pengerusi Penaja GHB atau PAN.

Kerja-kerja fitnah ini dilakukan oleh Sulaiman atau Leman Raja Lawak yang menggunakan Facebook sebagai medium utamanya. Maklumat berkenaan separuh benar, tetapi separuh lagi kebenaran telah dan dengan sengaja disembunyikan bagi tujuan fitnah.

Kononnya Ketua Cawangan UMNO dan Pengerusi JKKK serta KEDA dan ADUN yang merupakan Exco Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Kedah tidak mengambil sebarang tindakan walaupun si penama adalah seorang penyokong kuat UMNO. Malah kononnya berita tersebut cuba dihilangkan oleh pihak terbabit.

Penama, Zainol Abidin bin Abu Bakar, berusia 36 tahun, dan beralamat di Kg. Lubuk Besar, PDM Teloi dalam DUN Jeneri. Bekerja sebagai penoreh getah dan sudah beristeri serta mempunyai dua orang cahaya mata berusia 8 dan 3 tahun. Dia telah mendirikan rumah sendiri pada pertengahan tahun 2014 di atas tanah milik ibu saudaranya.

Zainol Abidin telah mengemukakan permohonan menerusi JKKK pada tahun 2014 bagi mendapatkan bantuan rumah di bawah Skim Peruntukan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Bagaimanapun, permohonannya tidak dapat diproses kerana tapak rumahnya berada di atas tanah milik orang lain dan dia sendiri tidak mendapatkan keizinan atau surat keizinan daripada pemilik tanah tersebut untuk tujuan mendirikan rumah buatnya.

Satu lagi faktor ialah, tanah tersebut mempunyai 9 orang penama lain dan masih belum dibuat penukaran nama. Dari segi perundangan, sebarang tindakan mendirikan rumah di atas tanah tersebut, bermaksud mendedahkan si penama kepada tindakan undang-undang oleh penama-penama tanah berkenaan.

Isu status tanah tersebut juga menyebabkan Zainol sekeluarga hanya menggunakan air sungai dan generator pada waktu malam. Bagaimanapun, dia adalah salah seorang penerima bantuan BRIM manakalanya ayahnya sebelum itu, pernah mendapat bantuan baik pulih rumah. Begitu juga dengan adiknya yang telah mendapat bantuan sebuah rumah PPRT.

Sebelum itu, Ketua Cawangan UMNO dan Pengerusi JKKK telah membawa permohonan Zainol kepada pihak KEDA dan Pejabat YB Datuk Tajuddin bin Abdullah yang merupakan Exco Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan. Namun kekangan perundangan dan status tanah tersebut telah menghalang pembinaan rumah PPRT untuk Zainol. Selagi surat kebenaran rasmi daripada pemilik-pemilik tanah tersebut tidak diterima, sampai bila-bilalah pihak agensi tidak boleh berbuat apa-apa.

GHB/PAN cuba mengambil kesempatan konon-kononnya mereka mahu memberikan bantuan kepada Zainol bagi mendirikan rumah buatnya, dengan memburuk-burukkan wakil rakyat dan kepimpinan UMNO setempat. Wakil rakyat dan kepimpinan UMNO diberikan persepsi, enggan membela nasib rakyat.

PAN/GHB yang diketuai oleh Leman Raja Lawak cuba mengambil kesempatan dengan kemiskinan dan kedaifan hidup Zainol Abidin sekeluarga. Cukup dengan hanya memaparkan lawatan dan majlis bergambar di hadapan rumah daif Zainol Abidin dan kemudian memberitahu kononnya mereka akan memberikan bantuan dan mengusahakan rumah buat Zainol Abidin, fitnah jahat sudah pun tercipta.

Timbul persoalan, mengapa kisah sebenar status tanah terbabit yang menyebabkan permohonan Zainol Abidin tidak diluluskan, tidak dinyatakan secara jelas selain daripada cuba memberikan tanggapan negatif kepada UMNO?

Ahli Parlimen Sik, YB Dr. Mansor bin Abdul Rahman yang diberitahu tentang kemiskinan dan kedaifan Zainol Abidin sekeluarga, telah pun membuat lawatan pada petang Hari Raya Aidil Adha bersamaan dengan 24 September 2015 jam 5:00 petang. Bagaimanapun, Dr. Mansor gagal menemui Zainol Abidin dan menyatakan bahawa akan kembali semula selepas pulang dari Kuala Lumpur.

0 comments:

Post a Comment

Cubaan PAN/GHB Sik Ambil Kesempatan Atas Orang Miskin Daif, Amat Menjijikkan!

Tuesday, 29 September 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks