AKHIRNYA DAVID OROK, SI PENGHINA ISLAM DAN BEKAS CALON PARTI STAR, DIPENJARAKAN SELAMA 16 BULAN

Monday, 21 September 2015

Julai 2014, blog ini telah mendedahkan tentang bekas calon Parti STAR di DUN Sulaman pada PRU-13 yang cukup galak menghina Allah, Al Quran, Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam menerusi Facebook. (RUJUK SINI)

Pendedahan tersebut telah menyebabkan kemarahan di kalangan umat Islam dan penduduk Sabah pelbagai kaum serta agama. Walaupun ada pihak yang cuba melindungi David Orok, tetapi akhirnya mereka tidak mampu menghalang David Orok daripada mengakui perbuatannya dan memohon maaf secara terbuka di media massa dan sosial.

Isu membabitkan David Orok adalah kemuncak daripada kempen agresif Jeffrey Kitingan dan kumpulannya untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia. Tindakan pihak berkuasa, telah menyebakan Jeffrey Kitingan beralih alasan, kononnya kumpulannya tidak bertujuan mengeluarkan Sabah dari Malaysia sebaliknya sekadar menuntut hak yang lebih banyak buat negeri itu.

David Orok telah menimbulkan kegelisahan dan kebencian antara kaum dan agama.

Hasilnya ialah, beberapa maklumat tentang dirinya, termasuklah gambar rumah, kenderaan dan anak isterinya mula diedarkan, menyebabkan David Orok cepat-cepat mengakui perbuatannya.

Hari ini, mahkamah di Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman 16 bulan penjara ke atas David Orok selepas dia menukar pengakuannya kepada bersalah atas pertuduhan menghasut dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad s.a.w

David Orok telah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang menyebabkan sekiranya didapati bersalah, dia boleh didenda sebanyak RM5,000 atau dipenjara maksimum selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

5 Julai tahun lalu, beberapa laporan polis telah dibuat tentang kelakuan David Orok. David Orok cuba berdalih kononnya, perbuatannya yang menimbulkan kegusaran, kemarahan dan permusuhan antara kaum itu, hanyalah satu perbincangan intelektual. Pendedahan tentang peribadinya, telah menyebabkan dia memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat.

Dalam perbicaraan itu, mahkamah turut menolak permohonan David untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

0 comments:

Post a Comment

AKHIRNYA DAVID OROK, SI PENGHINA ISLAM DAN BEKAS CALON PARTI STAR, DIPENJARAKAN SELAMA 16 BULAN

Monday, 21 September 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks