Pengisytiharan bahawa tiga buah negeri di utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sedang menghadapi wabak anjing gila, menyebabkan pentadbiran Lim Guan Eng mengambil langkah drastik bertujuan untuk membendung dan mengurangkan ancaman rabbies atau penyakit anjing gila yang dibawa oleh anjing-anjing tidak bertuan.
Beberapa badan bukan kerajaan NGO yang tidak peduli tentang wabak anjing gila, cuba menjadi hero menyelamatkan anjing-anjing tidak bertuan yang hidup liar itu. (RUJUK SINI) Sekian lama, anjing-anjing tersebut terbiar dan bebas merayau ke sana ke mari, tiada sebarang suara daripada NGO tersebut, kini keputusan melupuskan haiwan-haiwan berkenaan, mula diperkatakan dan dipersoalkan.
Dalam apa juga masalah yang ditimbulkan di Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah mengakui perbuatannya, bahkan dia akan mencuri kredit UMNO dan Barisan Nasional, sepertimana dia melakukannya dalam pemberian peruntukan untuk sekolah-sekolah agama sedangkan peruntkan tersebut datangnya daripada Kerajaan Pusat yang diterajui oleh UMNO. Begitu juga dengan pembinaan rumah mampu milik oleh PERDA, cuba diperakui oleh DAP dan Lim Guan Eng serta para penyokong mereka, sedangkan satu-satunya cadangan untuk membina rumah mampu milik di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang DAP, hanya di kawasan Batu Kawan yang masih lagi dalam peringkat perbincangan walaupun sudah enam tahun berlalu.
Mujurlah Lim Guan Eng, atau Nga Kor Ming tidak menyalahkan Najib dan Rosmah Mansor kerana terpaksa membunuh anjing di Pulau Pinang!
tangkap semua anjing gila....letak semua kat rumah diorang.....sanggup ke?????
ReplyDelete