DBKL KENA JAWAB! BUKAN RUMAH MAMPU MILIK KALAU HARGANYA SETENGAH JUTA RINGGIT!

Wednesday, 18 November 2015



Ini adalah komen saya kepada wartawan Astro Awani apabila mereka tanya saya betul ke Datuk Bandar KL telah mengatakan bahawa projek perumahan ditanah setinggan Datuk Keramat itu tidak pernah diluluskan oleh DBKL dengan harga RM750k hingga RM2juta.

Saya sertakan salinan surat kelulusan DBKL yang diberi kepada saya oleh penduduk Datuk Keramat. Kalau tidak kerana demonstrasi penduduk disitu sudah tentu ramai penduduk setinggan disitu akan berterusan ditipu.

DBKL perlu mengarahkan pemaju tanah kontroversi di Kampung Datuk Keramat untuk membina hanya rumah mampu milik di kawasan berkenaan.

Pembinaan rumah mencecah sehingga setengah juta ringgit ini dilihat tidak mampu dimiliki penduduk Bumiputera sendiri. DBKL kena mengaku kesilapan mengeluarkan surat yang mahu pembinaan rumah berharga lebih RM750,000 sehingga RM2 juta di kawasan itu pada asalnya.

Selepas ada desakan dari demonstrasi barulah harganya direndahkan. Persoalannya sekarang adakah RM500,000 itu harga mampu milik? Bukan rumah mampu milik kalau harganya setengah juta ringgit. DBKL kena tengok balik isu ini dan keluarkan surat meminta pemaju mengikut harga seperti yang termaktub dalam arahan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan.

Isu ini sangat meragukan kerana kelulusan diberi kepada sebuah syarikat perumahan tidak sampai setahun ditubuhkan.

Ahli Parlimen Titiwangsa

1 comment:

  1. Persoalan nya yang lebih dimahukan terhadap jawapan adakah rumah mampu milik berharag RM500000 itu harus tertumpu, adakah mana mana pemimpin kerajaan terlibat, atau menteri mana terlibata atau pegawai mana terlibat.. jadi untuk mengelakkan sensasi isu, kita berharap badana bertindaka kg keramat turut membuat lapuran ke SPRM untuk siasatan bagi mengetahui punca kelulusan harga terlampau yang ditakrifkan harga mampu milik

    ReplyDelete

DBKL KENA JAWAB! BUKAN RUMAH MAMPU MILIK KALAU HARGANYA SETENGAH JUTA RINGGIT!

Wednesday, 18 November 2015 ·



Ini adalah komen saya kepada wartawan Astro Awani apabila mereka tanya saya betul ke Datuk Bandar KL telah mengatakan bahawa projek perumahan ditanah setinggan Datuk Keramat itu tidak pernah diluluskan oleh DBKL dengan harga RM750k hingga RM2juta.

Saya sertakan salinan surat kelulusan DBKL yang diberi kepada saya oleh penduduk Datuk Keramat. Kalau tidak kerana demonstrasi penduduk disitu sudah tentu ramai penduduk setinggan disitu akan berterusan ditipu.

DBKL perlu mengarahkan pemaju tanah kontroversi di Kampung Datuk Keramat untuk membina hanya rumah mampu milik di kawasan berkenaan.

Pembinaan rumah mencecah sehingga setengah juta ringgit ini dilihat tidak mampu dimiliki penduduk Bumiputera sendiri. DBKL kena mengaku kesilapan mengeluarkan surat yang mahu pembinaan rumah berharga lebih RM750,000 sehingga RM2 juta di kawasan itu pada asalnya.

Selepas ada desakan dari demonstrasi barulah harganya direndahkan. Persoalannya sekarang adakah RM500,000 itu harga mampu milik? Bukan rumah mampu milik kalau harganya setengah juta ringgit. DBKL kena tengok balik isu ini dan keluarkan surat meminta pemaju mengikut harga seperti yang termaktub dalam arahan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan.

Isu ini sangat meragukan kerana kelulusan diberi kepada sebuah syarikat perumahan tidak sampai setahun ditubuhkan.

Ahli Parlimen Titiwangsa

1 comments:

Anonymous said...
18 November 2015 at 21:23  

Persoalan nya yang lebih dimahukan terhadap jawapan adakah rumah mampu milik berharag RM500000 itu harus tertumpu, adakah mana mana pemimpin kerajaan terlibat, atau menteri mana terlibata atau pegawai mana terlibat.. jadi untuk mengelakkan sensasi isu, kita berharap badana bertindaka kg keramat turut membuat lapuran ke SPRM untuk siasatan bagi mengetahui punca kelulusan harga terlampau yang ditakrifkan harga mampu milik

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks