SEBAR GAMBAR KELUARGA KERANI SEKOLAH YANG DIROGOL BUNUH, 10 PENGGUNA FACEBOOK DIPANGGIL BERI KETERANGAN

Friday, 20 November 2015

10 orang pengguna Facebook telah diambil keterangan mereka dalam usaha mengesan pihak yang mengedarkan teks serta gambar-gambar pembunuhan seorang kerani sekolah agama di Bukit Pasir, tiga hari lepas.

Ketua Polis Muar, ACP Azman Ayob berkata, mereka ini telah berkongsi maklumat dan menyebarkannya.

"Pihak polis amat memandang berat isu ini dan akan memanggil beberapa pemegang akaun WhatsApp dan Facebook untuk diambil keterangan. Ini terpaksa dilakukan selepas pengguna media sosial tidak menghiraukan amaran serta peringatan daripada pihak berkuasa untuk lebih bertanggungjawab dalam isu-isu seperti ini. Pihak kami terpaksa mengambil tindakan tegas. Justeru, kami menyeru, pihak terbabit agar tampil ke hadapan kerana kami akhirnya tetap boleh mengesan mereka," katanya.

Tiga hari lepas, berita tentang pembunuhan seorang kerani sekolah agama, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, menjadi viral. Nurul Shahira telah ditemui dibunuh di luar bilik tidur di rumahnya di Taman Setia Kasih, Sungai Terap.

Mayatnya telah ditemui oleh jiran selepas enjin kereta Honda Civicnya tidak dimatikan selama lebih 4 jam, iaitu dari pukul 2:00 petang dan pintu sebelah pemandu selain pintu rumah terbuka, sekaligus menimbulkan kecurigaan kepada jiran tetangga.

Pihak polis kemudiannya telah memberkas enam orang lelaki warga Nepal berusia antara 25 sehingga 43 yang bekerja tidak jauh dari lokasi pembunuhan beberapa jam selepas jenazah Nurul Shahira ditemui.

Menurut Azman, suami Nurul Shahira, Muhammad Faris Jaafar, 30, telah diambil keterangannya di IPD Muar petang semalam untuk membantu siasatan.

Muhammad Faris berang apabila gambar keluarganya, tersebar di media sosial ketika siasatan sedang berjalan.

– BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

SEBAR GAMBAR KELUARGA KERANI SEKOLAH YANG DIROGOL BUNUH, 10 PENGGUNA FACEBOOK DIPANGGIL BERI KETERANGAN

Friday, 20 November 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks