USTAZ KASANOVA Diburu JAWI Kerana Perdayakan 13 Orang Wanita

Wednesday, 18 November 2015

Seorang lelaki yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kasanova atau nama sebenarnya Mohd Razis Ismail, didakwa telah memperdayakan sekurang-kurangnya 13 orang wanita menerusi perkahwinan haram.

Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya berkata, pada 25 Oktober, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Mohd Razis Ismail, juga dikenali sebagai Ustaz Kasanova atau Ustaz Arrozi Abdul Rahman atau Ibn Ar-Razi selepas dia gagal muncul untuk memanjangkan tempoh jaminannya.

"Kesalahan yang dilakukan oleh suspek adalah berkahwin tanpa melalui prosedur sebenar. Kebanyakan perkahwinan dan perceraiannya tidak didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia," kata Paimuzi Yahya kepada pihak media.

Menurut Paimuzi lagi, modus operandi suspek adalah berlagak sebagai seorang guru agama untuk memperdayakan mangsa-mangsanya.

"Dia mendakwa masih lagi bujang dan dikenali sebagai Ustaz Arrozi Abdul Rahman dan Ibn Ar-Razi. Sasarannya adalah pelajar-pelajar wanita dari institusi-institusi pengajian tinggi atau janda yang mempunyai kewangan yang kukuh," katanya lagi.

Mereka yang mempunyai maklumat tentang Ustaz Kasanova diminta menghubungi Pegawai Penyiasat JAWI Farah Wahida Zulkiflee di 011-329616821 atau Divisyen Penguatkuasaan JAWI 1-800-88-1771.

0 comments:

Post a Comment

USTAZ KASANOVA Diburu JAWI Kerana Perdayakan 13 Orang Wanita

Wednesday, 18 November 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks