Gaya mewah isterinya pula mula terdedah sehingga menyebabkan Guan Eng terpaksa merayu agar isterinya tidak dilibatkan dalam isu politik sekalipun pada masa yang sama, DAP menjadikan Rosmah Mansor sebagai bahan sesahan mereka pada setiap masa walau atas isu apa sekalipun.
Sebenarnya kalau diperhatikan betul-betul, gaya mewah Betty Chew hanya bermula selepas kepala Lim Guan Eng berplaster. Kehidupan mewah glamour Betty Chew bermula selepas Guan Eng dikatakan mempunyai skandal dengan seorang wanita bernama Ng Phaik Keng. (RUJUK SINI).
Selepas Julai 2012, Betty Chew yang pada ketika itu masih lagi ADUN Kota Laksamana mewakili DAP Melaka, menghilangkan diri buat seketika. Walaupun beberapa hari sebelum menghilangkan diri, Betty Chew bersama-sama sebilangan ADUN DAP tunjuk perasaan ke dalam DUN Melaka sebagai membantah pertnayaan ADUN MCA-BN Gan Tian Loo yang bertanyakan tentang masalah rumahtangganya, selepas 4 Julai 2012, Betty Chew hilang dari radar. Sekaligus meninggalkan Guan Eng dengan plaster di dahinya!
Itu masalah rumahtangga. Biasalah bagi mana-mana pasangan yang berkahwin berkonfrontasi.
Namun maklumat mendapati, selepas itu Betty Chew telah 'bercuti' ke Eropah selama hampir sebulan. Selama di Eropah, Betty Chew telah menjalani facial dan rawatan muka yang menelan belanja RM70,000 bagi satu sesi rawatan.
PRU-13, Betty Chew tidak lagi menjadi calon. Sekaligus membolehkan dia berada di Pulau Pinang mengawasi dan memantau Lim Guan Eng yang tidak boleh melihat perempuan-perempuan Cina muda yang cantik-cantik.
Dan untuk memujuk isterinya sekaligus menyelamatkan kedudukannya sendiri, Guan Eng telah menggunakan wang rakyat untuk membolehkan isterinya hidup bermewah-mewah walaupun pada asalnya, mereka hanyalah Cina Darat.
Di Pulau Pinang, Betty Chew bijak menjalin hubungan dan menjadi orang perantaraan antara taikun-taikun besar yang mahu mendapat projek bernilai berbilion ringgit termasuklah projek di tapak bekas Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Bukit Relau dan terowong dasar laut yang penuh kontroversi serta enggan didedahkan butirannya oleh Lim Guan Eng.
Pada PRU-13, Betty Chew yang memperolehi banyak keistimewaan dan pujukan-pujukan berharga mahal, bersetuju untuk 'berkorban' demi Lim Guan Eng dengan membotakkan kepalanya dalam usaha meraih simpati daripada para penyokong. Lakonan air mata Betty Chew berjaya. Meskipun beragama Katholik, pembotakan dilakukan di sebuah tokong Cina.
Air mata dan kepala botak Betty Chew kemudiannya berharga mahal, semahal tanah-tanah di seluruh Pulau Pinang apabila dia dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa berkaitan tanah dalam sebuah entiti yang ditubuhkan oleh Tan Kok Ping.
Bagi mengelakkan skandal tersebut daripada diperkatakan, konco-konco Guan Eng mula menyerang Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak. Kesibukan menjawab dan mempertahankan diri, menyelamatkan Betty Chew dan Guan Eng daripada diperkatakan.
Kini, penjualan-penjualan tanah milik Kerajaan Negeri telah menjadi industri utama dan Lim Guan Eng dengan bangganya mengumumkan bahawa Pulau Pinang sedang menikmati lebihan pendapatan walaupun hakikatnya, yang dikatakan lebihan pendapatan itu sebenarnya adalah hasil jualan tanah yang tidak seberapa kalau dibandingkan dengan keuntungan yang diperolehi oleh kroni-kroni Lim Guan Eng serta keluarga Lim Guan Eng sendiri.
0 comments:
Post a Comment