LARI DARIPADA DITEKAN KERANA GAGAL MENEKAN PAS BERHUBUNG HUDUD, DAP HIDUPKAN KEMBALI ISU TEOH BENG HOCK

Thursday, 19 March 2015

Isu Teoh Beng Hock telah dipergunakan oleh DAP semenjak sekian lama. Proses Mahkamah Koroner yang tidak memuaskan hati ramai orang, telah diambil kesempatan oleh DAP, apatah lagi semasa proses di mahkamah koroner, beberapa nama di kalangan pemimpin DAP telah disebut sebagai punca kematian Teoh Beng Hock.

DAP dan keluarga Teoh Beng Hock tetap menuduh SPRM yang menyebabkan kematian bekas pembantu peribadi Ean Yong Hian Wah. Faktor keberadaan Ahli Majlis MPKj, Tan Boon Wah yang merupakan orang terakhir berada bersama-sama Teoh Beng Hock dan dilihat memarahi serta menyuruh Teoh Beng Hock mati, langsung tidak disebut atau dibangkitkan oleh DAP.

Ini adalah kerana Tan Boon Wah adalah kroni utama Ean Yong Hian Wah, manakala Teoh Beng Hock pula adalah saksi SPRM yang diperlukan oleh SPRM dalam bentuk hidup untuk mendedahkan penyelewengan serta skandal kewangan Ean Yong Hian Wah.

Isu hudud adalah isu yang besar. DAP sedar, masyarakat Cina sangat marah kerana cakap besar DAP tentang kekuasaan mereka ke atas PAS, terbukti hanya cakap kosong. PAS dengan bantuan dan kerjasama UMNO dapat meluluskan enakmen Undang-Undang Syariah (II) Kelantan yang membawa kepada perlaksanaan hudud.

Sekarang pun, UMNO memiliki 88 kerusi Parlimen (BN-133 kerusi) dan PAS pula memiliki 21 kerusi Parlimen. Pembentangan di Parlimen pasti akan membolehkan PAS mendapat majoriti mudah walaupun bukan 2/3 majoriti. Kecuali Ahli-Ahli Parlimen Melayu-Islam PKR akan turut sama menyokong sekaligus meninggalkan MCA, MIC dan GERAKAN sebagai golongan minoriti dalam Parlimen.

Tidak seperti kebiasaan, isu yang banyak memberikan kelebihan kepada DAP, biasanya akan diheret panjang dan lama. Tetapi dalam isu hudud, DAP seperti kelam-kabut dan tidak mahu menunggu lama, walaupun beberapa orang pemimpin DAP cuba untuk menimbulkan kontroversi dengan menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Isu terbaik yang dikeluarkan oleh DAP sekarang adalah isu Teoh Beng Hock meskipun pada masa yang sama, seandainya terdapat desakan dan keputusan pihak berkuasa untuk menyambung siasat kes tersebut, DAP terpaksa menyerahkan ramai pemimpin DAP Selangor mereka, termasuklah Ahli-Ahli Majlis MPKj pada ketika Teoh Beng Hock DIMARAHI (ni lor)  Tan Boon Wah (RUJUK SINI) dan Ean Yong Hian Wah.

0 comments:

Post a Comment

LARI DARIPADA DITEKAN KERANA GAGAL MENEKAN PAS BERHUBUNG HUDUD, DAP HIDUPKAN KEMBALI ISU TEOH BENG HOCK

Thursday, 19 March 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks