Seminggu lepas, Supremo DAP iaitu Lim Kit Siang telah mencadangkan agar UMNO berpakat dengan DAP untuk membentuk sebuah kerajaan campuran yang baru dinamakan sebagai Barisan Selamatkan Malaysia ketika kemuncak masalah yang melanda hubungan antara DAP dan PAS ekoran DUN Kelantan meluluskan enakmen syariah (II) Kelantan.
DAP menyatakan, satu-satunya cara UMNO mahu mengekalkan kuasa adalah dengan bekerjasama dengan mereka dan Perdana Menteri boleh dipilih daripada kalangan UMNO mahupun Pakatan Rakyat. Untuk itu, dua hari lepas dia telah menamakan beberapa orang pemimpin UMNO yang dikatakannya lebih layak sebagai Perdana Menteri termasuklah Nur Jazlan Mohamad dan Nazri Abdul Aziz. Manakala dari pihak Pakatan Rakyat pula, calon-calon Perdana Menterinya adalah Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan beberapa orang yang lain.
Menariknya, Kerajaan 'Selamatkan Malaysia' itu hanya perlu diwujudkan di negeri-negeri yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional sahaja. Disebabkan pemimpin MCA mempersoalkan kewajaran usul Lim Kit Siang. Menurut MCA, Kit Siang seharusnya mengusulkan Kerajaan Selamatkan Malaysia itu di peringkat Negeri Pulau Pinang dan Selangor terlebih dahulu memandangkan kedua-dua negeri berkenaan berada di bawah kawalan DAP, bukannya terus mengadakannya di peringkat Pusat.
Seorang Ahli Majlis Kerja Pusat MCA, Ti Lian Ker, dia menyokong idea 'bernas' Lim Kit Siang itu. Justeru menurutnya, DAP perlu segera mempraktikkan dan menunjukkan bukti bahawa idea Lim Kit Siang itu benar-benar boleh dipakai, bukannya sekadar muslihat politik murahan untuk menipu masyarakat Cina sekali lagi.
"Saya menyokong usul Kit Siang. Justeru untuk membuktikan keikhlasannya, dia patut mencadangkan agar Kerajaan Selamatkan Malaysia dibentuk terlebih dahulu di Pulau Pinang dan Selangor sebelum dipanjangkan pula ke peringkat Pusat. Tiga tahun lagi, rakyat dan pentadbiran sudah boleh menilai sendiri keputusan dan memutuskan apa tindakan selanjutnya," kata Ti dalam satu kenyataan media semalam.
Seminggu lepas, Lim Kit Siang memulakan cadangan untuk pembentukan kerajaan baru yang dinamakan 'Selamatkan Malaysia' (Save Malaysia) mengandungi Ahli-Ahli Parlimen dari Kerajaan dan Pembangkang dalam usaha untuk menangani tekanan PAS untuk mengimplementasikan hudud di Kelantan yang turut mendapat sokongan daripada UMNO.
Walaupun memberitahu bahawa cadangannya itu adalah bersifat peribadi, Ahli Parlimen paling lapok itu menegaskan bahawa objektif Kerajaan 'Selamatkan Malaysia' adalah untuk untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia dan mendaulatkan undang-undang.
Dua hari lepas juga, dalam usaha meraihkan sokongan daripada kumpulan pengundi tertentu, dia mencadangkan Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk menjadi Perdana Menteri dalam Kerajaan Campurannya.
Antara mereka termasuklah Nancy Shukri, Rosnah Rashid Shirlin dan Rohani Karim. Sebelum ini, dia mencadangkan agar Ahli Parlimen Barisan Nasional seperti Joseph Pairin Kitingan, Salleh Said Keruak, Hajiji Mohd Nor, Masidi Manjun untuk jawatan Ketua Menteri Sabah.
Nama Lajim Ukin telah tercicir sama sekali.
Secara jelas, nama-nama yang dicadangkan oleh Lim Kit Siang itu sebenarnya bertujuan untuk menimbulkan syak wasangka di kalangan para pemimpin Barisan Nasional, sekaligus menyebabkan Barisan Nasional berpecah belah dan saling syak-mengesyaki antara satu sama lain sepertimana yang telah dilakukan oleh DAP terhadap PAS termasuklah dengan mendalangi pertubuhan parasit yang dikenali sebagai PASMA bertujuan untuk menjahanamkan dan melemahkan PAS.
Barangkali disebabkan itulah, Ti Lian Ker pantas memberikan cadangan agar Lim Kit Siang mengarahkan anaknya, Lim Guan Eng mempraktikkan dan mewujudkan Kerajaan 'Selamatkan Malaysia' di Selangor dan Pulau Pinang terlebih dahulu.
Hahaha....nak pasang perangkap. Sekali terjerut leher sendiri. Kesian, nak mampos agaknya si kit siang ni.
ReplyDeleteBila Hati Telah Hitam, semuanya PAS akan menyalahkan UMNO walaupun yang membuat angkara adalah DAP. PAS akan berterusan menyokong DAP dengan menyalahkan UMNO diatas segala onar dan angkara DAP sendiri.
ReplyDeleteBeginilah bila hati pimpinan dan ahli-ahli PAS telah hitam, tidak tahu mengenal mana satu betul, mana satu salah, tidak kenal yang benar dan yang palsu, kerana ketamakkan undi pilihanraya, hati terus menjadi hitam hingga tidak tentu arah tujuan lagi.
Semoga ahli-ahli PAS dan pimpinan PAS menonton rancangan Bila Hati Telah Hitam di siaran Astro Oasis setiap hari jumaat jam 7:30 malam untuk mencerminkan diri mereka yang berpakaian macam orang soleh, tetapi kelakuan buruk, kerana Bila Hati Telah Hitam.
Anon 9:04,
ReplyDeleteSetuju dengan anda. Kerana ketamakan kuasa mereka sanggup bersekongkol dengan musuh agama dan bangsa sendiri. DAP yang membantah hudud UMNO dan BN pulak yang salah. PAS ialah Parti Ahli Sarkas.
Tanpa prasangka, aku setuju 100%
Deleteyang pasti untuk selamatkan selangor, pas and umno kena buat gomen baru diselangor. terajang exco dapigs and ahli majlis dari bumi selangor.
ReplyDeleteUbah ! Selamatkan Dap, LKS dan LGE ! he..he.. keterujaan Pas...
ReplyDelete