LIM GUAN ENG DISERANG MASYARAKAT CINA PULAU PINANG

Wednesday, 11 March 2015


Semenjak kebelakangan ini, Lim Guan Eng amat kurang memberikan kenyataan. Seperti sedar yagn dia sekarang menjadi perhatian dan kemarahan penduduk Pulau Pinang yang semakin membuak-buak ke atas pentadbirannya, Lim Guan Eng terpaksa berpaut kepada bapanya dan beberapa pemimpin DAP untuk menimbulkan isu bagi mengalihkan perhatian yang ditumpukan kepadanya dan isterinya, Betty Chew.

Masyarakat Cina Pulau Pinang yang sebelum ini berasakan mereka akan lebih baik di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, terutama selepas diasak dan diracuni dengan retorik-retorik hebat tentang pembelaan rakyat menerusi amalan Sosialisme, akhirnya mendapati mereka juga seperti masyarakat Melayu Pulau Pinang yang telah ditipu oleh Lim Guan Eng.

Dasar pentadbiran Lim Guan Eng adalah untuk kroni, demi kroni dan kepada kroni. Masyarakat marhein yang memberikan kemenangan kepada DAP untuk membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang selama dua penggal berturut-turut, tidak dipedulikan.

Bermula dengan penghancuran dan kezaliman ke atas penduduk Kampung Buah Pala yang majoriti mereka adalah masyarakat Tamil dan India, di mana kesemua mereka telah dihalau bagaikan anjing kurap, disusuli dengan pemusnahan kampung-kampung Melayu serta rompakan dan rampasan ke atas tanah-tanah wakaf yang tidak berdokumen, kini pentadbiran kejam Lim Guan Eng menjadikan para peniaga Cina terutama di tanah besar, sebagai mangsa kekejamannya.

Beberapa perobohan yang menggunakan tenaga-tenaga kerja bangsa Melayu yang menjadi anggota-anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Dan di sebalik bersikap angkuh dan membohong kononnya, Pulau Pinang mencatatkan 'KEUNTUNGAN' besar, hakikatnya, pentadbiran Lim Guan Eng yang tidak pandai mentadbir negeri dan mendapatkan punca pendapatan negeri itu terutama dari segi menarik pelaburan dari luar, telah menaikkan dan meningkatkan semua kadar cukai di negeri tersebut. Malahan turut menaikkan tarif air bagi menampung perbelanjaan negeri yang sangat besar, malah jauh lebih besar berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Pulau Pinang mencatatkan defisit perolehan selama 6 tahun berturut-turut selepas mengambilalih Pulau Pinang dari Barisan Nasional. Pelaburan dalam negeri itu juga merosot secara drastik menjadikan Pulau Pinang yang telah dimajukan oleh Barisan Nasional lebih awal, sekarang ini terpaksa mendapatkan 'bantuan' Kerajaan Persekutuan dalam bentuk pembayaran honororium untuk dikumpulkan dan dijadikan sebagai pendapatan negeri.

Maka, tidak hairanlah sebahagian besar masyarakat Cina yang sebelum ini kuat menyokong Lim Guan Eng, kini berpaling tadah dan mula menyiarkan pembohongan, salahguna serta perbelanjaan mewah yang dibuat oleh Lim Guan Eng dan isterinya.

7 comments:

  1. Sebenarnya perangai semberono orang Cina dalam menjalankan perniagaan lebih teruk dari orang lain.Kalau boleh dimana-mana saja mereka suka mereka mahu berniaga ,mereka boleh berniaga,kebersihan,susunan,peraturan itu semua tolak tepi.Ini akan menjadi satu masalah besar kepada LGE nanti.

    ReplyDelete
  2. padan muka org Penang.. semua bodoh!

    ReplyDelete
  3. wayang aja..kalau kedai melayu dah lama kena roboh la..
    cina bertahun2 buat tak apa..

    LGE mahu melayu miskin..Bila Melayu miskin apa akan jadi?

    Lu kena rompak la..Lu ingat Melayu mahu minta sedekah?

    ReplyDelete
  4. Tahniah.... Pengundi PP...... khususnya pengundi Melayu yang menyokong DAP/PKR/PR

    ReplyDelete
  5. Komunis mana tahu memerintah sebagai kerajaan (Negeri atau Pusat)....takat perintah di dalam hutan untuk kera dan babi hutan bolehlah

    ReplyDelete
  6. bagai kera dapat Bunga...habis dibelinya bag2 tangan mahal dan RANTAI beratus ribu harganya....Parking kereta pun macam dalam hutan...mana2 boleh taruk (KOMUNIS DAPAT BUNGA)

    ReplyDelete
  7. Orang Penang BODOH!!

    Orang Selangor BONGOK!!!

    Orang Kelantan BAHLOL!!!

    ReplyDelete

LIM GUAN ENG DISERANG MASYARAKAT CINA PULAU PINANG

Wednesday, 11 March 2015 ·


Semenjak kebelakangan ini, Lim Guan Eng amat kurang memberikan kenyataan. Seperti sedar yagn dia sekarang menjadi perhatian dan kemarahan penduduk Pulau Pinang yang semakin membuak-buak ke atas pentadbirannya, Lim Guan Eng terpaksa berpaut kepada bapanya dan beberapa pemimpin DAP untuk menimbulkan isu bagi mengalihkan perhatian yang ditumpukan kepadanya dan isterinya, Betty Chew.

Masyarakat Cina Pulau Pinang yang sebelum ini berasakan mereka akan lebih baik di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, terutama selepas diasak dan diracuni dengan retorik-retorik hebat tentang pembelaan rakyat menerusi amalan Sosialisme, akhirnya mendapati mereka juga seperti masyarakat Melayu Pulau Pinang yang telah ditipu oleh Lim Guan Eng.

Dasar pentadbiran Lim Guan Eng adalah untuk kroni, demi kroni dan kepada kroni. Masyarakat marhein yang memberikan kemenangan kepada DAP untuk membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang selama dua penggal berturut-turut, tidak dipedulikan.

Bermula dengan penghancuran dan kezaliman ke atas penduduk Kampung Buah Pala yang majoriti mereka adalah masyarakat Tamil dan India, di mana kesemua mereka telah dihalau bagaikan anjing kurap, disusuli dengan pemusnahan kampung-kampung Melayu serta rompakan dan rampasan ke atas tanah-tanah wakaf yang tidak berdokumen, kini pentadbiran kejam Lim Guan Eng menjadikan para peniaga Cina terutama di tanah besar, sebagai mangsa kekejamannya.

Beberapa perobohan yang menggunakan tenaga-tenaga kerja bangsa Melayu yang menjadi anggota-anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Dan di sebalik bersikap angkuh dan membohong kononnya, Pulau Pinang mencatatkan 'KEUNTUNGAN' besar, hakikatnya, pentadbiran Lim Guan Eng yang tidak pandai mentadbir negeri dan mendapatkan punca pendapatan negeri itu terutama dari segi menarik pelaburan dari luar, telah menaikkan dan meningkatkan semua kadar cukai di negeri tersebut. Malahan turut menaikkan tarif air bagi menampung perbelanjaan negeri yang sangat besar, malah jauh lebih besar berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Pulau Pinang mencatatkan defisit perolehan selama 6 tahun berturut-turut selepas mengambilalih Pulau Pinang dari Barisan Nasional. Pelaburan dalam negeri itu juga merosot secara drastik menjadikan Pulau Pinang yang telah dimajukan oleh Barisan Nasional lebih awal, sekarang ini terpaksa mendapatkan 'bantuan' Kerajaan Persekutuan dalam bentuk pembayaran honororium untuk dikumpulkan dan dijadikan sebagai pendapatan negeri.

Maka, tidak hairanlah sebahagian besar masyarakat Cina yang sebelum ini kuat menyokong Lim Guan Eng, kini berpaling tadah dan mula menyiarkan pembohongan, salahguna serta perbelanjaan mewah yang dibuat oleh Lim Guan Eng dan isterinya.

7 comments:

Anonymous said...
11 March 2015 at 22:59  

Sebenarnya perangai semberono orang Cina dalam menjalankan perniagaan lebih teruk dari orang lain.Kalau boleh dimana-mana saja mereka suka mereka mahu berniaga ,mereka boleh berniaga,kebersihan,susunan,peraturan itu semua tolak tepi.Ini akan menjadi satu masalah besar kepada LGE nanti.

Anonymous said...
12 March 2015 at 00:04  

padan muka org Penang.. semua bodoh!

Anonymous said...
12 March 2015 at 00:10  

wayang aja..kalau kedai melayu dah lama kena roboh la..
cina bertahun2 buat tak apa..

LGE mahu melayu miskin..Bila Melayu miskin apa akan jadi?

Lu kena rompak la..Lu ingat Melayu mahu minta sedekah?

Anonymous said...
12 March 2015 at 10:25  

Tahniah.... Pengundi PP...... khususnya pengundi Melayu yang menyokong DAP/PKR/PR

Unknown said...
12 March 2015 at 11:19  

Komunis mana tahu memerintah sebagai kerajaan (Negeri atau Pusat)....takat perintah di dalam hutan untuk kera dan babi hutan bolehlah

Unknown said...
12 March 2015 at 11:21  

bagai kera dapat Bunga...habis dibelinya bag2 tangan mahal dan RANTAI beratus ribu harganya....Parking kereta pun macam dalam hutan...mana2 boleh taruk (KOMUNIS DAPAT BUNGA)

Anonymous said...
12 March 2015 at 13:41  

Orang Penang BODOH!!

Orang Selangor BONGOK!!!

Orang Kelantan BAHLOL!!!

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks