PERMAINAN DAP DI SARAWAK MENGGUNAKAN ISU AGAMA, AMAT MERBAHAYA DAN PERLU DIBANTERAS SEGERA!

Monday, 30 March 2015

Sudah terang lagi bersuluh, isu yang dibangkitkan tentang pengislaman secara paksa seorang pelajar berusia 13 tahun di Lutong, Sarawak, didalangi oleh DAP. DAP yang sedang berusaha menguasai DUN Sarawak pada PRN tahun hadapan, kembali menggunakan isu-isu sensitif membabitkan agama dan kaum di Sarawak apabila tindakan mereka ada tahun 2011 menggunakan isu-isu yang sama, tidak dikenakan sebarang tindakan mahupun bantahan secara besar-besaran oleh pihak berkuasa.

Menggunakan SIB dan S4S, permainan DAP kali ini jauh lebih merbahaya berbanding 2011 apabila secara sengaja mereka cuba mensensasikan cerita pengislaman seorang pelajar yang dipelihara oleh datuknya dan bersama-sama datuknya memeluk agama Islam dengan dibantu oleh dua orang guru dari Semenanjung.

DAP yang dikuasai oleh golongan yang giat meniupkan sentimen Sarawak for Sarawakians yang sebenarnya bertujuan untuk memastikan usaha mereka untuk mengubah komposisi kaum serta merampas kepentingan kaum Pribumi dan Bumiputera di Sarawak terutama yang membabitkan tanah.

Sepanjang DAP tidak mempunyai banyak kerusi DUN sebelum tahun 2011, insiden-insiden sebegini tidak pernah timbul. Tidak pernah diperkatakan dan tidak pernah diperbesar-besarkan. Sebaliknya ia diselesaikan dengan cara paling muhibbah memandangkan masyarakat Sarawak sendiri terdiri daripada pelbagai pemeluk agama walaupun mereka sekeluarga. Bukan asing dalam sebuah keluarga, ahli-ahlinya menganut agama Islam, Kristian, mahupun agama nenek moyang. Tidak pernah berlaku permusuhan dan pergaduhan pun kecuali sehinggalah DAP memainkan isu anti-Christ pada PRN tahun 2011.

Namun DAP yang cuba menggunakan kelebihan komposisi penganut Kristian telah menyemarakkan permusuhan antara agama di Sarawak bagi memudahkan mereka merampas kuasa. DAP jugalah yang membiayai kumpulan S4S yang diketuai oleh Lina Soo, seorang lagi Cina yang berkhayal mahu menghapuskan pemerintahan Bumiputera Sarawak dan menjadikan Bumiputera Sarawak sebagai hamba pecacai mereka.

Politik subversif DAP mudah dilihat dan dikesan. Di Kedah, DAP Kedah enggan putus hubungan dengan PAS Kedah dan PAS Pusat memandangkan DAP amat bergantung kepada kekuatan PAS untuk bertapak dan seterusnya menguasai negeri itu. Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi maharaja dengan meminggirkan PAS dan menjadikan PAS sebagai pak turut memandangkan PAS hanya memiliki satu atau dua kerusi dan kemudian melantik wakil PAS menduduki jawatan dalam Majlis Agama Islam Pulau Pinang serta Baitulmal Pulau Pinang. Di Perak, memandangkan komposisi Cina agak besar, DAP yang diketuai oleh Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham bertindak mengancam dan mengugut sehinggakan para pemimpin PAS seperti Nizar Jamaluddin turut menghentam partinya sendiri. Manakala di Selangor, DAP yang takut hilang kuasa sekiranya PAS dan UMNO bekerjasama, tidak memilih untuk menyingkirkan PAS memandangkan sekiranya PAS dikeluarkan dari Pakatan Rakyat, DAP dan PKR akan kehilangan Kerajaan Negeri. Di Johor, DAP mengambil sikap berhati-hati ekoran cita-cita mereka untuk merampas 17 kerusi Parlimen pada PRU-14 di Johor akan terjejas sekiranya PAS enggan mengerahkan ahli-ahlinya menyokong DAP. Sedangkan di Sabah pula, Lim Kit Siang menamakan beberapa orang pemimpin Barisan Nasional Sabah sebagai Ketua Menteri yang baru menggantikan Musa Aman untuk menunjukkan sokongan berterusan DAP kepada Kristian. Di Sarawak, di mana Dyana Sofya dan Teresa Kok dijadikan wakil, laga-melaga antara penganut agama Kristian dan Islam dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Teresa Kok bagaimanapun, tidak dibenarkan masuk ke Sarawak lagi. Tetapi itu tidak menghalang DAP daripada membawa pastor-pastor yang cenderung kepada DAP untuk 'berkursus' di Pulau Pinang dan Ipoh serta Brunei Darussalam dengan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh DAP Pusat bagi tujuan menukarkan gereja-gereja sebagai pusat-pusat politik DAP. Kerjasama dengan puak-puak ekstrim dalam SIB yang percaya, mereka lebih baik menyokong DAP serta S4S yang diwujudkan oleh DAP bagi tujuan subversif, memudahkan Teresa Kok dan Dyana Sofya menjalankan tugas-tugas mereka.

Perlu diingat, orang pertama yang mempersoalkan autonomi Sarawak adalah Lim Kit Siang. Manakala orang yang mahu membebaskan dan memerdekakan Sarawak dari Malaysia pula adalah Anwar Ibrahim.

Dalam kes yang membabitkan pelajar berkenaan, pelajar tersebut telah mengesahkan bahawa dia telah dijaga dan tinggal bersama-sama datuknya semenjak kecil lagi. Pengislamannya telah diizinkan oleh datuknya. Malah datuknya yang berusia 67 tahun telah pun lebih awal memeluk agama Islam.

Pihak yang didalangi oleh DAP, telah melakukan ugutan bunuh dan ugutan jenayah ke atas kedua-dua orang guru wanita yang dituduh memaksa pelajar terbabit memeluk agama Islam. Bahkan pemaksaan untuk membuat laporan polis oleh pelajar terbabit yang bertujuan untuk menaikkan sentimen kebencian dan permusuhan antara agama di Sarawak, khususnya di Lutong telah pun dibuat biarpun pada masa yang sama, datuk dan cucunya itu telah menjelaskan perkara sebenar.

Isu-isu sebegini sedang rancak dimainkan oleh DAP dengan bantuan daripada entiti-entiti tajaan mereka di Sarawak. Tindakan tegas perlu dilakukan demi menyelamatkan Sarawak daripada dirosakkan oleh parti yang sentiasa mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan Bumiputera dalam Perlembagaan Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

PERMAINAN DAP DI SARAWAK MENGGUNAKAN ISU AGAMA, AMAT MERBAHAYA DAN PERLU DIBANTERAS SEGERA!

Monday, 30 March 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks