DAP Sarawak tidak dinafikan amat mengidamkan tanah-tanah di Sarawak, khususnya yang membabitkan Tanah Adat yang mereka sengaja timbulkan isu untuk menaikkan sentimen di kalangan anak-anak negeri yang terdiri daripada suku kaum Bumiputera ke atas Kerajaan Negeri Sarawak dan Putrajaya.
Namun hari ini, Chong Chien Jen dan DAP Sarawak perlu garu kepala kerana sumber utama pendapatan negeri, sudah ditiadakan oleh Ketua Menteri Sarawak. Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem telah mengumumkan bahawa cukai tanah tidak lagi dikenakan ke atas tanah pertanian yang berkeluasan tidak kurang 100 ekar dan kediaman di negeri tersebut. Pengumuman tersebut berlaku serentak dengan penguatkuasaannya.
Sekaligus menunjukkan dan membuktikan bahawa Adenan Satem dan kerajaan tidak bergantung langsung dengan cukai-cukai tanah sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor yang berada di bawah Pakatan.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata dengan pemansuhan itu cukai tidak akan dikenakan ke atas tanah kategori tersebut.
“Semua tunggakan dan bayaran tambahan, jika ada akan dibatalkan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia hari ini.
Menurut Adenan yang juga Menteri Perancangan Sumber Dan Alam Sekitar, keputusan itu akan melibatkan 360,422 geran tanah dengan jumlah cukai RM8.58 juta atau 19 peratus daripada jumlah keseluruhan cukai tanah di Sarawak.
“Sebanyak 173,752 geran tanah adalah milik pekebun kecil yang kurang dari 100 ekar membabitkan jumlah cukai RM3.62 juta atau lapan peratus jumlah keseluruhan cukai tanah negeri.
“Manakala 186,670 geran tanah adalah tanah kediaman, dengan jumlah cukai RM4.96 juta atau 11 peratus daripada jumlah keseluruhan cukai negeri,” jelasnya.
Adenan turut memberitahu kerajaan negeri akan membayar balik kepada pemilik tanah terbabit yang sudah menjelaskan cukai tanah masing-masing.
Hadir sama Menteri Perancangan Sumber Dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Datu Sudarsono Osman, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohd Morshidi Ghani dan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Datu Sajeli Kepli.

0 comments:
Post a Comment