Transkrip WhatsApp tersebut sebenarnya membabitkan kecenderungan Tong Koii Ong dan Ong Kay Tat untuk menipu Xavier Justo dalam pembayaran RM2 juta menerusi Claire Rewcastle-Brown untuk maklumat-maklumat tentang PetroSaudi yang bakal digunakan untuk menggulingkan Najib Abdul Razak.
Selepas mengetahui kebocoran itulah, Dr, Mahathir memulakan langkah yang lebih drastik untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak.
Sudah beberapa kali amaran palsu kononnya Mahathir akan ditangkap di bawah Akta Hasutan. Sudah beberapa kali puak Pro-Tun sendiri yang memainkan cerita tentang Mahathir akan ditangkap di bawah Akta Hasutan kerana Najib sudah ketakutan dan ketar dengan hujah-hujah Mahathir yang menusuk serta menggoncangkan otak.
Semuanya seperti hendak menimbulkan simpati serta kesan yang lebih besar di kalangan rakyat sekiranya benar Mahathir ditangkap di bawah Akta Hasutan 1948.
Rasa-rasanya, Mahathir sendiri pun sedang berusaha untuk ditangkap dan dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 bagi memudahkan dia mencapai cita-citanya. Rasa-rasanya itulah taktik terakhirnya bagi menutup maruah dan ego serta kepala besarnya yang tercalar apabila kehendak dan rahsianya sudah bocor demi menjaga kepentingan kroni-kroninya yang banyak terjejas semenjak Najib mengambilalih tampuk pentadbiran negara.
Kini setelah sekian lama, setelah Deklarasi Rakyat 1200 Orang Mahathir-Kit Siang yang tidak laku beberapa hari lepas di Pandan Indah, publisiti diperlukan untuk perhimpunan kali kedua bagi memastikan, Mahathir tidak terus bercakap dengan bayang-bayang atau rumput di padang.
Heboh sekarang, Mahathir akan ditangkap di bawah Akta Hasutan 1948.
Sebenarnya kalau diikutkan hati, memang sokongan diberikan agar pihak berkuasa menangkap dan mendiamkan Mahathir dengan Akta Hasutan 1948. Nak lebih sedap, tangkap lagi Mahathir dan dakwa dia di bawah POTA, POCA atau SOSMA yang jauh lebih ringan berbanding ISA yang kerap digunakan untuk mendiamkan dan menghilangkan tekanan daripada musuh-musuhnya.
Namun, jikalau pihak berkuasa berbuat begitu, dengan penggunaan media sosial sekarang selain kehilangan kawalan yang cukup mudah, natijahnya akan terpalit kepada Kerajaan UMNO-BN dan Najib Abdul Razak.
Mahathir sebenarnya hanya dipergunakan oleh orang di sekelilingnya. Semakin Najib mencekik projek kepada para kroninya seperti YTL, semakin lancanglah lidah Mahathir berkata-kata.
Dan mujurlah berita terbaharu, MYTV menggantikan ASTRO, hanyalah game 'dari kroni kepada kroni' memandangkan MYTV adalah milik Syed Mokhtar Al-Bukhary manakala ASTRO pula adalah milik Ananda Krishnan yang menjadi kaya raya, hasil dari duit PETRONAS yang dipaksa bayar untuk pembinaan KLCC dan pembelian tapak KLCC yang sebelum itu dijual dengan harga murah kepada Ananda oleh kerajaan Malaysia, tetapi dibeli kembali oleh Petronas dengan harga berkali-kali ganda mahalnya bagi memastikan keuntungan sangat mudah untuk Ananda.
Tetapi sekurang-kurangnya Syed Mokhtar Al-Bukhary walaupun kroni Mahathir dan teras perniagaannya adalah kerajaan, setidak-tidaknya, dia telah mengembalikan sebahagian daripada perolehan itu kepada rakyat dan Kerajaan. Berbanding kroni-kroni Mahathir seperti Vincent Tan, Ananda Krishnan dan Francis Yeoh yang memperolehi kontrak-kontrak atau konsesi-konsesi kerajaan bernilai berpuluh-puluh bilion tetapi membawa hampir kesemua keuntungan mereka ke luar negara untuk 'disembunyikan' tanpa memulangkan kepada Kerajaan atau pun rakyat secara sewajarnya.
Tidak mungkin para strategis Perdana Menteri akan berfikiran pendek dan cetek dengan menganggap, penangkapan Mahathir di bawah Akta Hasutan adalah penyelesai masalah kerana sebenarnya ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar. Simpati yang berkurangan sekarang, malah rasa jelak, mual dan loya dengan gelagat Mahathir sekarang, pasti akan bertukar sekiranya Mahathir ditangkap di bawah Akta Hasutan.
Biarkan Mahathir bebas, tetapi orang di sekelilingnya yang kuat menghasut dan menipu orang tua itu yang perlu dikenakan hukuman!!!
BETUL2.KAWE SERO LAGU TU JUGOK.BIARKAN MAdey main shit sendiri puas2.
ReplyDeleteTangkap dan humban sj d prnjara.
ReplyDeleteMenyusahkan org sj si tun tua ni.
susahkan org atau nak selamatkan org? x pe sokongle pemimpin korang yang bagus tu..aku nak pemimpin yg berintergriti..bukan berkuasa untuk kepentingan sendiri. Jatuh najib x beerti kerajaan jatuh..aku sayang UMNO, bukan najib..
ReplyDelete